bilangan pelawat

Monday, July 26, 2010

nota tilawah al-Quran tingkatan 4

1. MANUSIA PERLU BERSYUKUR

1. NIKMAT-NIKMAT ALLAH S.W.T
· Nikmat iman
· Nikmat islam
· Nikmat kesihatan dan tubuh badan
Nikmat kesempurnaan fizikal
· Nikmat akal fikiran
· Nikmat kemerdekaan
· Nikmat kemakmuran
· Nikmat keamanan

2. CARA MENSYUKURI NIKMAT ALLAH

· Menggunakan hati
- Sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmat
- Sentiasa menginsafi kebesarannya
- Merendah diri terhadap kekuasaanNya

· Menggunakan lidah
- Mengucap alhamdulillah ketika mendapat nikmat
- Berzikir, membaca al-quran dan memuji kebesaraanNya

· Menggunakan tubuh badan
- Menggunakan nikmat untuk kebaikan

3. KISAH UMAT DAHULU YANG DIBINASAKAN ALLAH KERANA TIDAK MENSYUKURI NIKMAT ALLAH:

· Kisah kaum aad
- Mereka diberi nikmat tanah yang subur dan kemewahan hasil tanaman
- Tetapi mereka kufur dan menolak ajaran nabi hud a.s
- Mereka dibinasakan dengan angin putting beliung yang memusnahkan diri dan harta

· Kisah kaum thamud
- Mereka dianugerahkan kekayaan dan kemewahan hidup
- Tetapi mereka angkuh dan menuduh nabi saleh a.s pendusta
- Mereka dibinasakan dengan halilintar yang kuat dan gempa bumi yang dahsyat

· Kisah kaum lut
- Mereka diberi kehidupan yang sangat mewah
- Tetapi mereka menolak ajaran nabi lut dan melakukan hubungan sejenis ( homoseks )
- Allah binasakan mereka dengan menterbalikkan negeri mereka

4. HIKMAH ALLAH MEMBINASAKAN UMAT TERDAHULU :

· Dapat menyedarkan manusia tentang kekuasaan Allah terhadap makhluknya
· Supaya manusia melaksanakan perintah Allah dan tidak menentang ajaranNya
· Sebagai pengajaran kepada manusia supaya tidak ingkar pada perintah Allah
· Memberi peringatan kepada manusia supaya tidak bersikap sombong dan ego dengan kekayaan dan kedudukan yang dimiliki

5. TUGAS MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH

· Menegakkan agama Allah dengan melaksanakan syariat yang ditetapkan
· Membangun, mengurus dan memakmurkan manusia dan alam
· Mencari dan mengkaji kebesaran Allah supaya lebih bertakwa kepada-Nya


2. RASUL PENYAMPAI WAHYU

RASUL :Rasul ialah manusia lelaki yang dipilih oleh allah untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada seluruh umat manusia dan membimbing manusia beriman kepada Allah demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

WAHYU :

Perkara yang disampaikan oleh Allah kepada para nabi dan rasul melalui perantaraan malaikat jibril.

PERANAN RASUL :

• Membetulkan aqidah daripada kesesatan kepada beriman dengan Allah.
• Menjelaskan syariat dan peraturan untuk kebahagiaan hidup manusia dunia dan akhirat.
• Mengajar dan menunjukkan cara beribadat yang betul.
• Mendidik manusia supaya berakhlak mulia.
Mengajar cara hidup bermasyarakat.
Memberitahu berita gembira kpd orang beriman dan berita azab kepada org yg kufur.

MANUSIA MEMERLUKAN WAHYU WALAUPUN TELAH DIANUGERAHKAN AKAL KERANA :

1. Akal manusia terbatas dan hanya mengetahui perkara yg dapat dilihat sahaja
2. Akal manusia tidak mampu menilai perkara baik dan buruk dengan tepat dan hanya berdasarkan logik semata-mata.
3. Penggunaan akal manusia hanya berlandaskan nafsu yang sentiasa mengajak manusia melakukan kejahatan.

MAKSUD PERKATAAN BERDASARKAN AYAT 50 SURAH AL-AN’AM :
KHAZANAH ALLAH :


Segala ilmu dan perkara yang dimiliki oleh Allah.

ORANG BUTA :

Orang yang tertutup pintu hatinya untuk menerima kebenaran dan tidak mahu beriman kepada Allah.

ORANG CELIK :

Orang yang beriman kepada Aallah dan sentiasa melaksanakan perintah-nya dan meninggalkan larangan-Nya.

KEISTIMEWAAN AL-QURAN

1. Merupakan mukjizat Allah yang kekal hingga ke hari ini.
2. Kandungannya lengkap untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
3. Bahasanya indah tiada bandingan dan tidak dapat ditandingi oleh pakar-pakar bahasa.
4. Membatalkan semua hukum yang terdapat dalam kitab terdahulu.
5. Ayat-ayatnya boleh dijadikan penawar terhadap pelbagai penyakit manusia.



3. LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA


1. HUKUM MEMPERSENDAKAN AGAMA
· Akan mendapat balasan dan azab yang dahsyat daripada Allah

2. PERBUATAN-PERBUATAN YANG DIANGGAP MEMPERSENDAKAN AGAMA
· Mempermainkan dan mempersendakan ajaran islam sama ada melaui lisan atau perbuatan
· Memperkecilkan tuntutan agama
· Bangga apabila melanggar larangan Allah
· Menghina orang yang bertakwa
· Menjunjung perbuatan maksiat
· Tidak bersolat
· Makan disiang hari pada bulan ramadhan di khalayak ramai
· Tidak membayar zakat yang difardhukan


3. GOLONGAN YANG SERING MEMPERSENDAKAN AGAMA
· Musyrikin
- Kaum yang menyekutukan Allah dan penentang kuat agama tauhid

· Munafik
- Orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keislaman

· Murtad
- Orang yang keluar daripada Islam

· A'shi
- Orang islam yang melanggar perintah agama tetapi tidak mengingkarinya

4. AKIBAT MEMPERSENDAKAN AGAMA
· akidah seseorang terhadap Allah akan rosak
· segala kebaikan yang dilakukan akan menjadi sia-sia
· akan mendapat balasan azab yang pedih di akhirat
· dibenci dan tidak dihormati oleh orang lain

5. CARA MENJAUHI DIRI DARIPADA PERBUATAN MEMPERSENDAKAN AGAMA
· taat dan patuh pada perintah Allah denga bersungguh-sungguh
· meninggalkan segala larangan Allah
· sentiasa mengingati balasan syurga dan neraka
· berhati-hati dan berwaspada dengan rakan-rakan yang suka mempersendakan agama

6. AKIBAT TIDAK MEMELIHARA AGAMA
· umat islam akan menjadi umat yang mundur dan tidak bertamadun
· agama islam akan diperkecil dan dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
· kemungkaran dan maksiat semakin berleluasa
· wujud ajaran sesat dalam masyarakat yang akan memesongkan akidan orang Islam


4.HIDAYAH MILIK ALLAH

KEPENTINGAN HIDAYAH


• Menemui jalan kebenaran
• Peroleh kebahagiaan hidup dunia akhirat
• Mendapat keredhaan Allah
• Terdorong untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan Allah

HIDAYAH MILIK ALLAH

• Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
• Manusia hanya mampu menyampaikan dakwah tetapi Allah yang berkuasa memberikan hidayah
• Maksud lapang dada ialah hati yang mudah menerima kebenaran.
• Maksud sempit dada ialah hati yang tidak mahu mengakui kebenaran dan kekuasaan Allah

CARA MEMPEROLEHI HIDAYAH

• Menuntut ilmu agama dan keduniaan
• Sentiasa memikirkan kekuasaan Allah
• Sentiasa berdoa memohon petunjuk-Nya
• Perbanyakkan amal ibadah
• Menjauhi segala larangan-Nya

TUGAS DAKWAH

• Dakwah bermaksud menyeru dan mengajak seseorang kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
• Setiap orang Islam wajib menyampaikan dakwah mengikut kemampuan masing-masing.
• Tugas dakwah hendaklah dilaksanakan dengan cara yang betul dan berhikmah.

CARA BERDAKWAH

1. Memberi nasihat dan pengajaran yang baik
2. Perbincangan secara baik tentang kekuasaan Allah dan keindahan islam
3. Menunjukkan akhlak yang baik agar dicontohi oleh orang lain
4. Jangan mudah berputus asa kerana hidayah adalah hak Allah
5. Menghormati pandangan orang bukan islam kerana mereka tidak memahami islam

KESAN HIDAYAH

1. Berubah daripada seorang yang tidak beriman kepada beriman
2. Peningkatan dalam ibadah wajib dan sunat
3. Sentiasa melakukan perkara baik dan meninggalkan kejahatan
4. Rasa gembira dalam melaksanakan perintah Allah dan tidak rasa terpaksa
5. Tetap beriman walaupun diseksa dan dihina kerana mempertahankan agama
PENGAJARAN AYAT
• Allah sahaja yang berkuasa memberi hidayah
• Kita hendaklah bersyukur dengan nikmat iman dan Islam
• Orang yang menerima hidayah akan terbuka hatinya untuk memeluk Islam
• Orang yang menerima hidayah boleh dikesan melalui perkataan dan perbuatan



5.AKIDAH TERAS KEHIDUPAN

MATLAMAT HIDUP MUKMIN


• Kita perlu menyedari bahawa nikmat yang teragung ialah nikmat iman dan Islam
• Manusia akan mulia jika bertaqwa kepada Allah.
• Kita hendaklah memelihara akidah ( iman) dan berdoa memohon keredhaan Allah
• Ibadah bukan sekadar solat tetapi ia meliputi seluruh cara hidup manusia.

MANUSIA BERTANGGUNGJAWAB
DI ATAS SEMUA PERBUATANNYA


1. Orang yang mentaati perintah Allah akan menerima ganjaran pahala.
2. Orang yang tidak mentaati perintah dan melakukan larangan Allah pula akan menerima balasan buruk ( dosa ).
3. Setiap manusia tidak boleh menanggung dosa orang lain .
4. Kepercayaan Nabi Isa menanggung dosa nabi Adam dan dosa seluruh manusia adalah salah sebagaimana anggapan penganut kristian.

HIKMAH UJIAN

• Dapat mendekatkan diri kepada Allah setelah ditimpa kesusahan
• Dapat meningkatkan tahap keimanan setelah insaf terhadap sesuatu musibah
• Mendapat ganjaran pahala di atas kesabaran terhadap sesuatu ujian
• Dapat memperbaiki diri dengan memulakan azam baru untuk tidak mengulangi kesilapan lalu

PENGAJARAN AYAT

1. Agama Islam sahaja yang benar dan diredhai Allah.
2. Matlamat hidup orang Islam berteraskan syariat Allah
3. Manusia bertanggungjawab di atas segala perbuatannya.
4. Perbezaan taraf hidup adalah ujian ke atas hamba-Nya
5. Allah bersifat maha adil kepada semua



6. CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA


1. CIRI-CIRI MUKMIN YANG BERJAYA :
1. Beriman kepada Allah
2. Menunaikan solat dengan khusyuk
3. Menjauhi diri daripada perkara-perkara yang keji dan sia-sia
4. Mengeluarkan zakat
5. Menjaga kehormatan diri
6. Menunaikan amanah dan janji
7. Menjaga waktu-waktu solat

2. PANDUAN MENDAPATKAN KHUSYUK KETIKA SOLAT :
· Mengagungkan kebesaran dan kemuliaan Allah
· Memahami maksud setiap ayat dan lafaz yang dibaca
· Tidak mengingati perkara-perkara lain yang boleh melalaikan dan tidak memberi tumpuan dalam solat
· Mempastikan suasana dan tempat solat tenang dan aman
· Memnumpukan pandangan ketempat sujud
· Memberi sepenuh perhatian kepada Allah
· Ditunaikan secara ikhlas
· Mengharapkan allah menerima solatnya
· Menyempurnakan segala syarat dan rukun solat
· Merasakan diri seorang hamba yang berhadapan dengan pencipta-Nya


3. KESAN MELAKSANAKAN IBADAT SOLAT DENGAN KHUSYUK

· dapat menghayati dan memahami maksud ayat al-quran yang dibaca
· meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
· menjadikan solat yang dikerjakan lebih sempurna dan mendapat pahala


4. CONTOH PERBUATAN SIA-SIA
· Membuang masa dengan sia-sia dipusat membeli belah atau pusat hiburan
· Melakukan sesuatu perkara yang tidak mendatangkan faedah
· Melakukan sesuatu perbuatan yang boleh membahayakan diri dan fikiran seperti penyalahgunaan dadah, pil khayal dan hidu gam
· Berbual kosong di sesuatu tempat

5. KESAN YANG AKAN TIMBIL DARI MELAKUKAN PERBUATAN YANG SIA-SIA
· Menjatuhkan maruah orang islam dan agama
· Menyebabkan seseorang itu lalai daripada menunaikan tanggungjawab kepada Allah
· Umat islam akan mundur dalam semua bidang seperti pelajaran, ekonomi dll

6. AKTIVITI UNTUK MENGELAKKAN PERBUATAN SIA-SIA

· menyertai mana-mana perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak tertentu untuk menyedarkan tanggungjawab terhadap diri, agama, masyarakat dan negara
· menyertai badan-badan dakwah untuk mengembangkan kefahaman ajaran Islam kepada orang ramai
· menghadiri majlis ilmu yang diadakan di surau, masjid dll

7. KEPENTINGAN ZAKAT :

· membantu golongan fakir miskin yang memerlukan
· memberi biasiswa kepada para pelajar
· memberi latihan kemahiran kepada penerima zakat

8. TUJUAN ISLAM MENYURUH UMATNYA MENJAGA KEHORMATAN DIRI
· untuk melahirkan umat islam yang bermaruah dan dihormati oleh umat yang lain
· supaya tidak berlaku perkara yang mendorong ke arah maksiat dalam masyarakat seperti zina dan sebagainya
· menghindarkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat

9. CARA MENJAGA KEHORMATAN DIRI :
· menutup aurat dengan sempurna
menjauhi pergaulan bebas dan zina
· menyalurkan keinginan nafsu syahwat melalui perkahwinan
· menghindarkan diri daripada perkara-perkara keji seperti rasuah, penyelewengan dan penipuan

10. MEMELIHARA AMANAH DAN JANJI :
· Ia wajib dilaksanakan
· Orang yang mengkhianati amanah dan janji adalah orang yang munafik

11. JENIS-JENIS AMANAH SERTA CARA PERLAKSANAAN

JENIS AMANAH DAN JANJI
CARA MELAKSANAKAN

1. Kepada Allah
· mengerjakan segala perintahNya

· meninggalkan segala perbuatan yang dilarang

· sentiasa mengagungkan kebesaran dan kekuasaan Allah

2. Kepada manusia
· melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan sempurna

· mengamalkan akhlak yang mulia terhadap manusia

3. Kepada alam sekitar

· memelihara dan memulihara alam sekitar
· tidak melakukan sebarang kerosakan terhadap alam sekitar

12. MENJAGA WAKTU SOLAT :
· menunaikan solat dengan sempurna dan pada waktunya adalah wajib
· solat hendaklah ditunaikan dengan menyempurnakan rukun qalbi, qauli dan fi'li
· solat yang khusyuk dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara keji dan kemungkaran

13. CARA MENJAGA WAKTU SOLAT
· mengerjakan solat apabila masuk waktu
· tidak melengah-lengahkan mengerjakan solat
· menjaga segala syarat sah solat dan rukunnya
· bersungguh-sungguh mengerjakan solat
· tidak mengabaikan solat lima waktu


7. NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM


1. SIAPA LUQMAN AL-HAKIM
· Ada yang mengatakannya Nabi/Rasul/Pendita/seorang alim dll
· Seorang yang soleh
· Tinggi ilmu pengetahuan
· Bijak bercakap
· Ada kelebihan pemahaman mendalam terhadap satu-satu bidang


2. NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA :

i- Syukur
· sebab manusia perlu bersyukur :
§ sebagai tanda terima kasih kpd Allah
§ kerana manusia telah dijadikan sesempurna kejadian

· kesan jika tidak bersyukur :
§ melakukan kejahatan
§ tidak mendapat rahmat

· cara-cara bersyukur :
§ sentiasa muhasabah diri
§ ingat bahawa semuanya adalah dari Allah

· nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah yang perlu disyukuri oleh manusia :
§ iman / islam
§ pancaindra
§ akal dll


ii- Tidak syirik kepada Allah

· maksud syirik :
* Menyekutukan Allah dengan sesuatu sama ada pada zat, sifat atau afaalnya.

· jenis-jenis syirik :
* Syirik Jali
* Syirik Khafi

· contoh perbuatan syirik :
* Menyembah berhala, menyembah pokok

· mengapa ia dilarang :
§ berdosa besar
§ tidak mengakui kebesaran Allah

· kesan perbuatan syirik :
§ rosak akidah dan iman terbatal
§ dibayangi rasa bersalah
§ hidup tidak mendapat berkat

iii- Berbuat baik kepada ibu bapa
· Mengapa anak perlu melayan ibu bapa dengan baik ? (menjelaskan jawapan berdasarkan pengorbanan ibu bapa )
· Had taat kepada ibu bapa ( hingga tidak menyuruh anak menyekutukan allah / ingkar perintah allah )


iv- Mengingati balasan baik dan buruk

· Sebab perlu mengingati adanya balasan baik dan buruk :
§ manusia ada akal,usaha dan ikhtiar
§ manusia ada ilmu
§ manusia akan dibalas ( jelaskan konsep qadak dan qadar sejak azali )
§ supaya kita sentiasa melakukan amal kebaikan
§ sebagai peringatan

· kesan jika lupa kepada balasan Allah :
§ sentiasa sesat
§ maksiat berleluasa
§ angkuh dengan kelebihan diri sendiri ( lupa Allah )

· kesan sekiranya kita sentiasa mengingati balasan Allah
§ sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah
§ akan meninggalkan segala larangan Allah
§ kita akan sentiasa melakukan kebaikan dalam kehidupan

· cara untuk mengingati balasan Allah :
§ bertafakkur / muhasabah
§ duduk bersama yang mahir dalam bidang agama
§ dengar ceramah


v- Mengerjakan solat
· apa peranan solat bagi orang mukmin :
§ membentuk peribadi
§ dialog kepada Allah
§ setiap agama ada ibadat


vi- Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
· mengapa ia perlu dilaksanakan :
· kesan jika ia tidak dilaksanakan :
· cara melaksanakan :


vii- Sabar atas dugaan yang menimpa

· mengapa :


§ setiap kesusahan, ujian dll ada hikmah
§ makin mendekatkan diri kepada Allah
§ dipandang mulia
§ jiwanya tenang

· kesan jika tidak sabar :§ kita akan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan
§ umat Islam akan mundur kerana cepat berasa kecewa
§ individu muslim akan murtad kerana berasa payah dan susah mengamalkan ajaran Islam akibat dari kurangnya penghayatan sebenar terhadap Islam

· cara untuk bersabar / menanamkan rasa sabar :
§ sedar semuanya dari allah
§ rajin beribadat
§ kerap berzikir



viii- Berakhlak mulia & sopan terhadap orang ramai

· bagaimana sopan ketika di khalayak ramai sebagaimana yang diterangkan oleh Luqman :

§ menghadap muka orang yang bercakap dengan raut wajah yang gembira
§ merendahkan suara
§ berjalan dengan langkah sederhana
§ tidak sombong

· mengapa perlu sopan :
§ kita akan dipandang mulia dan dihormati oleh orang lain
§ untuk mewujudkan keharmonian dalam pergaulan
§ persahabatan dan perhubungan sesama manusia menjadi semakin erat
· kesan jika tidak sopan :

Saturday, July 24, 2010

NOTA IBADAT TINGKATAN 4

UNIT 1: LAMBAIAN KAABAH
TAJUK : HAJI DAN UMRAH
1. Pengertian haji dan Umrah;
Haji dari segi Bahasa : Menuju ketempat mulia
Umrah di segi bahasa : Ziarah

PENGERTIAN HAJI PENGERTIAN UMRAH

Mengunjungi Baitullah Al- Haram pada 1 syawal hingga 10hb Zulhijjah dengan mengerjakan ibadat-ibadat tertentu mengikut syarat-syaratnya
Mengunjungi Baitullah Al- Haram pada bila-bila masa dengan mengerjakan ibadat-ibadat tertentu mengikut syarat-syaratnya


2. Ibadat haji difardukan pada tahun ke Enam hijrah.

3. Hukum menunaikan haji:
WAJIB sekali seumur hidup
4. Dalil wajib mengerjakan haji dan Umrah:
[surah al-Baqarah:196]
Maksudnya: Sempurnakanhaji dan umrah kerana Allah swt
4.2.
[surah ali Imran: 97]
Maksudnya: Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah kepada sesiapa yang mampu sampai kepadanya

5. Nyatakan 4 hikmah diperintahkkan haji kepada individu dan Umat Islam.

INDIVIDU UMAT ISLAM

1. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
2. Mendidik diri bersifat sabar dan sanggup bekorban
3. Dapat berkenalan dengan jemaah dari negera lain
1. Mewujudkan perpaduan kalangan umat Islam
2. Umat islam bertambah kuat dan disegani
3. Dapat bertukar pandangan dan membincangkan masalah umat Islam seluruhnya.

Latihan

1. Jelaskan pengertian haji dan Umrah dari segi bahasa dan istilah serta hukum keduanya
2. Mengapakah haji perlu dikerjakan bersama umrah
3. Nyatakan dua perbezaan antara haji dan umrah
4. Apakah yang dimaksudkan dengan Upah haji
5. Nyatakan tiga hikmat mengupah haji kepada orang lain
6. Bincangkan dengan rakan anda mengenai seseorang yang telah mendapat hadiah persaraan sebanyal RM 20,000.00. Dia bercadang untuk mengupah seseorang untuk menunaikan haji bagi pihaknya.


UNIT 2: CARA MENYEMPURNAKAN IBADAT HAJI DAN UMRAH

1. Seseorang yang memenuhi semua syarat-syarat wajib haji ini
dipertanggungjawabkan ke atasnya menunaikan ibadat haji . Senaraikan syarat-
syarat wajib haji tersebut

2 Salah satu dari syarat-syarat wajib haji ialah istitoah / berkemampuan / berkuasa.
Nyatakam maksud istitoah / berkemampuan / berkuasa .

4. PERBEZAAN DI ANTARA RUKUN HAJI DAN UMRAH.

RUKUN HAJI

1. NIAT
2. WUQUF DI ARAFAH
3. TAWAF DI BAITULLAH
4. SAI ANTARA SAFA DAN MARWAH
5. BERCUKUR
6. TERTIB DI KEBANYAKAN

RUKUN UMRAH

1. NIAT IHRAM
2. TAWAF DI BAITULLAH
3. SAI ANTARA SAFA DAN MARWAH
4. BERCUKUR
5. TERTIB

1. NIAT IHRAM
PENGERTIAN RUKUN-RUKUN HAJI BERIKUT DENGAN TEPAT;

1. NIAT
Niat mengerjakan haji dan berihram dalam lingkungan masa antara 1 Syawal hingga terbit fajar 10 Zulhijjah

2. WUKUF
Berada di Padang Arafah (walaupun seketika sahaja), dari masa tergelincir matahari 9 Zulhijjah hingga
terbit fajar 10 Zulhijjah.

3. TAWAF
Mengelilingi Baitullah Al Haram sebanyak 7 pusingan
kerana beribadat kepada Allah

4. SAEI
Berulang alik di antara Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali

5. BERCUKUR/
BERGUNTING
Bercukur/mengunting rambut sekurang-kurang 3 helai
6.TERTIB
Melakukan rukun dengan teratur pada kebanyakan rukun [yang dahulu di dahulukan dan yang kemudian di kemudiankan]



UNIT 3: WAJIB HAJI DAN UMRAH

1. NIAT IHRAM DI MIQAT
- Rujuk di atas –
Tajuk "Niat Ihram" di Miqat

iii. PERBEZAAN DI ANTARA WAJIB HAJI DAN UMRAH.

WAJIB HAJI WAJIB UMRAH

1. NIAT IHRAM DI MIQAT
2. BERMALAM DI MUZDALIFAH
3. MELONTAR DI JAMRATAUL AQABAH
4. BERMALAM DI MINA
5. MELONTAR DI KETIGA-TIGA JAMRAH PADA HARI-HARI TASHRIQ
6. MENINGGALKAN PERKARA LARANGAN IHRAM
1. NIAT IHRAM DI MIQAT
2. MENINGGALKAN PERKAAR LARANGAN IHRAM

>>Bagi Haji :
1. Zulhulaifah(Bir Ali) >Penduduk Madinah dan sekitar
> Jemaah M'sia yg masuk Mekah dr Madinah
2. Qarhul Manazil > Penduduk Quwait, Najd /jemaah M'sia
> Jemaah M'sia dengan kapal terbang
3. Yalamlam > Penduduk Yaman, India
> Jemaah M'sia dengan kapal laut
4. Zatul Irqin > Penduduk Iraq
5. Al-Juhfah > Penduduk Mesir, Syam Maghribi.Sepanyol
6. Rumah sendiri > Penduduk Mekah sendiri


MIQAT MAKANI :

v Madinah

iv Mesir vi Iraq

Kaabah

iii
i Penduduk Mekah Melalui jalan Udara

ii. Yaman

Bagi Umrah:
Tempat berniat bagi Penduduk Mekah atau Jemaah yang berada di
Mekah ialah di TANAH HALAL seperti - TAN'AIM , JA'RANA & HUDAIBIAH

-Hikmah ditentukan Miqat.

> Supaya kita memahami, setiap pekerjaan ada permulaan dan pergakhiran
> Supaya kita membuat persiapan awal sebelum melakukan suatu pekerjaan
PERHATIAN:

Apabila selesai melakukan Tahallul Awal – Jemaah terlepas
daripada larangan dalam ihram tiga perkara
1. Melakukan pendahuluan persetubuhan spt bercumbuan
2. Bersetubuh
3. Berkahwin / mengahwinkan (wali/wakil wali/wakil nikah)
[Semua larangan dlm ihram terlepas setelah bertahalui Thani]

KESIMPULAN

1. MAKSUD BAGI SETIAP PERKARA WAJIB HAJI BERIKUT.
1 Beniat Ihram
di Miqat Niat ihram haji dan umrah di MIQAT . (sempadan tempat) yang telah ditetapkan oleh Allah
2 Meninggalkan
larangan haji Iaitu mengelakkan dari melakukan perkara yang dilarang ketika berada dalam ihram haji.
3.Bermalam(mabit)
di Muzdalifah
Bermalam atau berada di Muzdalifah walaupun sekejap selepas separuh malam 10 Zulhijjah (malam raya haji)
4.Melontar
Jamrah al Aqabah Melontar di Jamrah Al-Aqabah dengan 7 biji anak batu selepas separuh malam 10 Zulhijjah
5.Bermalam(mabit)
di Mina Berada di Mina pada sebahagian besar dari
Malam-malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah
6.Melontar ketiga-
tiga Jamrah pada
Hari Tasyrik Melontar dengan 7 biji anak batu pada tiap-tiap Jamrah
(Jamrah Al Ula, Jamrah Al Wusta dan Jamrah Al-Aqabah) selepas gelincir matahari hari 11,12 dan 13 Zulhijjah,

2. Ringkasan kaifiat /cara mengerjakan haji
1 syawal – 8 Zulhijjah Berihram dan berniat haji di miqat
9 Zulhijjah Wukuf di Arafah (dari gelincir matahari 9 Zulhijah hingga terbit fajar 10 Zulhijjjah)
Malam 10 Zulhijjah Bermalam di Muzdalifah ( Selepas separuh malam 10 Zulhijjah (Malam Hari Raya)
10 Zulhijjah Melontar Jamrah Al-Aqabah
Malam 11 ,12 , 13 Zulhijjah Bermalam di Mina
Siang 11 ,12, 13 Zulhijjah Melontar Ketiga-tiga jamrah (bermula Jamrah Al- Ula Jamrah Al- Wusta dan Jamrah Al-Aqabah)
14 Zulhijjah Mengerjakan Tawaf Ifadah (rukun)
14 Zulhijjah Melakukan Saie dan Bercukur

3. Kaifiat mengerjakan Umrah.
1. Berniat ihram umrah di miqat
2. Tawaf umraah [ Dilakukan ikut
3. saie antara bukit Safa dan Marwah tertib ]
4. Bercukur atau bergunting rambut

4. Nyatakan Jenis- Jenis Haji dan kelebihan
Jenis-Jenis Haji Maksud Kebaikan
Haji Ifrad


(haji dan umrah
berasingan) Mengerjakan HAJI dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian menunaikan umrah
@
Mengerjakan UMRAH sebelum tiba bulan haji
( 1 Syawal – 10 Zulhijjah)


- Lebih Afdhal
- Tidak wajib Dam
Haji tamattuk


( umrah dahulu) Mengerjakan UMRAH
Dahulu dalam bulan-bulan haji , kemudian mengerjakan umrah di tahun yang sama - Jemaah haji boleh
berehat
- Boleh meninggalkan
ihram umrah , sementara
menunggu haji
Haji Qiran
( haji dan umrah
serentak] Berniat mengerjakan haji dan umrah SERENTAK dalam bulan-bulan haji -Memberi kesenangan kpd
jemaah haji yg uzur
-Mengambil masa singkat


UNIT 4: CARA MENGERJAKAN HAJI DAN JENIS-JENIS DAM

Miqat

1. Nyatakan miqat bagi jemaah haji berikut:
Miqat bagi jemaah haji berikut ialah:-
-miqat makani bagi jemaah haji Malaysia yang datang dengan
kapal terbang ialah Qarnul manazil
-miqat makani bagi jemaah haji Malaysia dari Singapura yang
melalui Lautan Hindi ialah Yalamlam
-miqat makani rakyat Malaysia yang bermastautin di Makkah
selama 10 tahun ialah makkah atau di rumah mereka sendiri
-miqat makani rakyat Malaysia yang menetap di Mesir kerana
menuntut dan bertolak dari Mesir ialah Juhfah

2. Apakah maksud miqat makani bagi haji ?
Miqat makani bagi haji ialah tempat bagi jemaah haji memulakan niat ihram

Wukuf
1. Apakah maksud wukuf ?
Wukuf bermaksud berada di padang arafah pada 9 Zulhijjah dalam keadaan layak ibadat haji

2. Nyatakan syarat – syarat mengerjakan wukuf ?
Syarat – syarat mengerjakan wukuf ialah ialah:-
- berada di padang arafah walaupun sekejap pada 9 zulhijjah
selepas gelincir matahari terbit fajar 10 zulhijjah
- dalam keaadan layak beribadat haji

3. Nyatakan perkara – perkara sunat semasa wukuf ?
Perkara – perkara sunat semasa wukuf ialah :-

- suci daripada hadas
- banyak membaca Al- quran
- memperbanyakkan doa , beristighfar dan berselawat

4. Berikan hikmat – hikmat wukuf ?
Hikmat – hikmat wukuf ialah:-
- mengambil iktibar daripada perbuatan yang dilakukan oleh nabi ibrahim a.s yang mengusir syaitan yang mengganggunya ketika beribadat kepada allah
- menghalau segala gangguan untuk melakukan ibadat atau melakukan kebaikan
- mengingatkan manusia supaya menentang musuh – musuh allah S.W.T dan musuh – musuh umat islam yang berada di sekeliling kita

TAWAF

1. Apakah maksud tawaf ?
Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat – syaratnya yang tertentu

2. Nyatakan lima jenis tawaf ?
- tawaf ifadah (rukun)
- tawaf qudum (selamat datang)
- tawaf wida’ (selamat tinggal)
- tawaf sunat (bila-bila masa)
- tawaf nazar (setelah berniat dan bernazar)

3. Nyatakan syarat-syarat mengerjakan tawaf ?
Syarat-syarat mengerjakan tawaf ialah ialah:-
- suci daripada hadas dan najis
- menutup aurat
- tujuh kali pusingan dengan niat tawaf kepada allah
- bermula dan berakhirnya tawaf hendaklah di hajar aswad atau bersetentang dengannya
- hendaklah bertawaf dengan cara mengirikan kaabah
- bertawaf di luar kaabah dan di dalam masjid
- rusuk kiri hendaklah bersetentang dengan kaabah

4. Nyatakan perkara sunat mengerjakan tawaf ?
Perkara sunat mengerjakan tawaf ialah:-
- berjalan kaki
- membaca zikir dan doa
- beturut- turut 7 kali pusingan
- tawaf dengan kusyuk/tawaduk
- sembahyang sunat tawaf


2. SEMBELIHAN

PENGERTIAN
Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat marik dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

HUKUM
Wajib dengan tujuan untuk dimakan dagingnya.
Binatang yang mati tanpa disembelih atau sembelihan yang tidak mengikut syarak adalah haram dimakan dan ia dikira sebagai bangkai dan najis.
RUKUN SEMBELIHAN

PERKARA SUNAT
Menyebut nama Allah seperti membaca Bismillah , takbir serta berselawat .
Menyembelih bahagian pangkal leher dengan memutuskan kedua-dua urat.
Menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya ke sebelah rusuk kiri
Menggunakan alat sembelihan yang tajam
Melakukan sembelihan disiang hari

PERKARA MAKRUH
Menggunakan alat / pisau yang tumpul
Menampakkan alat sembelihan kepada binatang yang hendak disembelih
Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
Tidak membaca Bismillah.
Menghalakan binatang ke arah selain kiblat
Melakukan sembelihan dihadapan binatang lain yang hendak disembelih

HIKMAH SEMBELIHAN
Boleh mematikan binatang dengan cara yang lebih cepat dan selamat
Dapat mengeluarkan semua darah binatang dengan cepat membersihkan dagingnya daripada darah bagi menghindari penyakit
Memastkan daging yang dimakan bersih dan bermutu.
Sembelihan dengan nama Allah bagi memelihara aqidah
Sebagai tanda penghormatan manusia ke atas makhluk Allah
Membezakan antara daging yang halal dan haram
Binatang yang disembelih tidak terseksa

Maksudnya;
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah,


3. KORBAN

PENGERTIAN

Korban ialah menyembelih binatang ternakan ( Al-an’am ) pada hari Raya Aidiladha atau hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan menghampirkan diri kepada Allah.

HUKUM
Sunat muakad
bagi orang Islam yang mampu
Dan
Wajib
bagi orang yang bernazar

HIKMAH KORBAN
Membuktikan keimanan, ketaatan dan kesyukuran seseorang kepada Allah.
Mendidik manusia secara amali dari segi kasih sayang, simpati dan timbang rasa dengan mengorbankan sebahagian daripada miliknya semata-mata kerana Allah.
Melatih manusia sentiasa berkorban untuk menegakkan syiar Islam.
Melahirkan kegembiraan di hari kebesaran Islam dengan sedekah dan hidayah untuk memupuk perasaan muhibbah dan silaturrahim.
Mengingati dan mengambil iktibar daripada kisah pengorbanan suci nabi Ibrahim dan nabi Ismail a.s yang mematuhi perintah Allah.
SYARAT SAH KORBAN
UMUR BINATANG

CARA MENYEMBELIH KORBAN
Binatang yang hendak dikorban dihadapkan ke arah kiblat.
Binatang itu diikat kakinya dan direbahkan di bahagian rusuk kiri.
Kemudian, letakkan mata pisau di bahagian leher binatang itu dan berniat korban kerana Allah Taala.
Selesai sahaja berdoa, teruslah sembelih binatang itu dengan pantas.

CARA PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN

Daging korban sangat afdal diberikan dalam keadaan mentah kepada fakir miskin Islam.
1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah.
1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan.
1/3 daging dimakan oleh orang yang mengorbankan binatang tersebut.



HIKMAH KORBAN
Mengingati dan menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail
Memberi peluang fakir miskin menikmati daging korban
Menimbulkan rasa kesyukuran kepada Allah
Memupuk sifat ikhlas dan menambah taqwa
Memupuk semangat berkorban menegakan syiar Islam
Merapatkan silaturrahim di kalangan umat Islam

4. AQIQAH

PENGERTIAN
Penyembelihan binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
DALIL
Maksud :
Daripada Samrah bin Jundub meriwayatkan daripada Nabi S.A.W. katanya, setiap anak menjadi gadaian sehingga disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh kelahirannya dicukur rambut dan diberi nama.
( Riwayat Abu Daud )
HUKUM
SUNAT MUAKAD

Rasulullah melakukan aqiqah
begitu juga para sahabat baginda.

SYARAT SAH AQIQAH
DAGING AQIQAH
Tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin.
Sunat daging dimasak manis dan dibuat jamuan kepada orang ramai
Sunat agar tidak dipatah-patahkan tulang binatang yang dibuat aqiqah

SUNAT AQIQAH
Berdoa ketika hendak menyembelih
Menyembelih ketika matahari sedang naik
Daging masak manis dan dijamu
Tidak mematahkan tulang binatang
Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
Dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran

HIKMAH AQIQAH
Tanda bersukur kepada Allah di atas kurniaan anak.
Menghebahkan kepada orang ramai tentang anugerah anak
Mengeratkan silaturrahim antara keluarga bayi dengan jiran
Menggalakkan amalan bersedekah
Mendedahkan bayi dengan penghayatan Islam semenjak kecil

5. JUAL BELI
PENGERTIAN JUAL BELI
 
Jual beli ialah menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu.

RUKUN JUAL BELI
Penjual dan pembeli
 
mukallaf ( akil baligh )
kemahuan sendiri
merdeka
tidak muflis
Islam (untuk jual beli al-quran dan hadis )

RUKUN JUAL BELI
2. Barang
  bersih dan suci
  berfaedah
  milik penjual atau wakil
  boleh diserah kpd pembeli ketika akad
keduanya tahu jenis, kadar dan sifat barang

RUKUN JUAL BELI
3. Harga

barangan suci
harga ( wang ) milik pembeli
boleh diserahkan kpd penjual
keduanya tahu jenis mata wang
RUKUN JUAL BELI
Ijab dan qabul

       tidak diselangi dgn perkataan lain
       bersamaan keduanya
       tidak ditaklikkan
tiada had masa


JUAL BELI YANG DILARANG

haram jual benda yang bertujuan maksiat spt berhala , salib , arak dll.
barangan tidak dimiliki dgn sempurna spt jual burung di udara
menjual buah yang masih di pokok dan belum masak.
menjual daging dengan seekor binatang kerana berbeza nilai
5. jualan bersyarat

JUAL BELI DILARANG TETAPI SAH

beli barang dgn tujuan menyekat org lain membeli barang tersebut
membeli barang yg sedang dibeli org lain
menyekat penjual yang sedang dlm perjalanan dgn tujuan utk membeli dgn harga murah
monopoli dalam jual beli
jual beli barang yg halal tetapi digunakan utk maksiat
melakukan penipuan
mengurangkan sukatan dan timbangan

6. GADAIAN DAN SYARIKAT

PENGERTIAN
Bahasa : menahan sesuatu
Syarak : sesuatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman

RUKUN GADAIAN
SYARAT SAH GADAIAN
Harta yang digadai sah untuk jual beli
Penggadai dan pemegang gadai akil baligh
Gadaian dibuat dengan kerelaan
Barang kepunyaan sendiri
Tidak boleh merugikan penggadai
Tidak merugikan pemegang gadai

PERKARA YANG MEMBATALKAN GADAIAN
Barang diserah semula kepada penggadai
Penggadai telah membayar hutangnya
Barang gadaian terpaksa dijual atas perintah mahkamah
Pemegang gadai batalkan gadaian
Penggadai meninggal dunia
Barang gadaian rosak
Barang gadaian telah disewa

HIKMAH GADAIAN
Memberi kemudahan kepada orang yang perlu bantuan
Memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang
Memudahkan bagi mendapatkan modal
Melahirkan sifat tolong menolong
SYARIKAT
Bahasa : bercampur / kongsi
Syarak : perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara 2 pihak atau lebih
Hukum : diharuskan syarak

RUKUN SYARIKAT
AHLI SYARIKAT

MODAL

LAFAZ AKAD
PEMBATALAN SYARIKAT
Syarikat dibatalkan oleh rakan kongsi
Kematian rakan kongsi
Rakan kongsi murtad
Hilang kelayakan seperti gila
Rakan kongsi batalkan penyertaan

HIKMAH SYARIKAT
Satu cara memajukan ekonomi
Dapat mengadakan perniagaan yang lebih besar
Membimbing masyarakat hidup kekerjasama
Sentiasa bersifat amanah

7. HUTANG,INSURANS,SAHAM

HUTANG
Iaitu memberi sesuatu barang atau faedahnya kepada orang lain dan ia perlu dikembalikan semula dengan jumlah yang sama.
Hukum memberi hutang asalnya sunat dan menjadi wajib apabila memberi hutang kepada orang yang sangat memerlukannya.

RUKUN HUTANG

HIKMAH MEMBERI HUTANG
Membantu golongan yang susah
Mengelak dari sikap meminta minta
Memberi peluang orang miskin perbaiki taraf hidup mereka
Menjaga kepentingan kedua belah pihak
Mengelak penindasan

INSURANS
Iaitu apabila satu kumpulan berikrar akan mengembeling tenaga dan sumber untuk saling bekerjasama dan tolong menolong jika ditimpa musibah.

JENIS INSURANS
PRINSIP INSURANS
Pemegang polisi bekerjasama bagi mengadakan manfaat bersama
Satu perjanjian bantu membantu
Tiada unsur gharar ( ketidakpastian ) pada bayaran sumbangan dan manfaat
Bertujuan beri keuntungan saksama sesama ahli
Menjamin dan melindungi antara ahli jika ditimpa musibah

SEBAB INSURAN KONVENSIONAL HARAM

SAHAM
Iaitu sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan.
Sebuah syarikat boleh beroperasi apabila 2 orang atau lebih bergabung untuk jalankan perniagaan.

PEMEGANG SAHAM
Pemilik bersama bagi sesebuah syarikat
Pemilikan dibuktikan melalui sijil saham
Sijil saham berdasarkan nisbah jumlah wang yang dilaburkan dalam syarikat
Setiap saham ada nilai tara

RM 1.00 = 1 unit

HUKUM SAHAM
Satu bentuk muamalat yang dibenarkan dalam Islam
Sejenis jual beli dimana pembeli serahkan wang dahulu dan penjual tangguhkan penyerahan barang hingga 1 tempoh yang ditetapkan
Pembeli / penjual saham perlu berusaha untuk dapatkan keuntungan

KEPENTINGAN
Menambahkan keuntungan individu
Meningkatkan ekonomi
Ahli dapat berkongsi untung
Memperkukuhkan modal syarikat

SYARAT SUPAYA SAHAM MENJADI HALAL IALAH :

1.Saham bebas dari unsur riba
2. Syarikat yang mengeluarkan saham bukan berunsur perjudian , arak dan lain-lain
3. Saham tiada unsur spekulasi
4.saham bukan dilaburkan dalam akaun simpanan tetap atau biasa

Friday, July 23, 2010

nota hadis tingkatan 4

1. MAKANAN YANG BAIK

MAKSUD HADITH

Daripada Abu Hurairah R.A. meriwayatkan katanya Rasulullah bersabda : Sesungguhnya Allah itu baik Dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintahkan orang mukmin dengan apa yang diperintahkan-Nya kepada semua rasul dengan firman-Nya : Wahai sekalian rasul ! Makanlan makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh. Firman-Nya lagi : Wahai sekalian orang yang beriman makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu. Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit ( berdoa ) Wahai tuhanku ! Wahai tuhanku ! Padahal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan yang haram. Makan bagaimanakah akan aku perkenankan doanya.
~ Hadith Riwayat Muslim

TUNTUTAN PERIHATIN KEPADA MEMILIH MAKANAN , MINUMAN DAN PAKAIAN
Makanan,minuman dan pakaian merupakan sebahagian daripada keperluan hidup manusia untuk meneruskan kehidupan dan beribadah kepada Allah.

Kita perlu mengambil makanan yang mengandungi pelbagai zat iaitu karbohidrat, protein dan vitamin.


Pegambilan makanan yang seimbang membantu pertumbuhan badan dan melindungi diri dari serangan penyakit.

Makanan mestilah halal dan diperolehi melalui sumber yang halal.

Islam mewajibkan umatnya
mencari rezeki yang halal
melalui pekerjaan yang halal
dan dibenarkan oleh Islam.


HIKMAH MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HALAL DAN BAIK
Makanan dan minuman memberi kesan kepada pembinaan fizikal dan mental seseorang. Oleh itu kita perlu memilih makanan dan minuman yang berkhasiat.

Hikmah menjauhkan makanan dan minuman yang haram ialah :

HIKMAH MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HALAL DAN BAIK
HUBUNGAN MAKANAN , MINUMAN , PAKAIANDENGAN DOA DAN IBADAT

Makanan, minuman dan pakaian mempunyai kaitan yang rapat dengan doa dan ibadat kita

Doa dan ibadat kita tidak akan dimakbulkan Allah jika makanan, minuman dan pakaian kita adalah haram dan dari sumber yang haram

Setiap makanan dan minuman yang haram akan menjadi darah daging . Ia memberi kesan kepada jiwa dan akhlak kita.

Apabila makanan kita halal , maka jiwa kita akan menjadi baik dan sebaliknya jika makanan kita haram , maka hidup kita tidak akan diberkati Allah.

GUNAKANLAH PRODUK YANG HALAL

Makanan yang haram adalah makanan yang telah diharamkan dalam Islam seperti khinzir , binatang halal yang tidak disembelih, arak dan sebagainya.



RUKHSAH MAKAN DAN MINUM YANG HARAM

Umat Islam diharamkan makan makanan dan minuman yang haram namun dalam keadaan darurat umat Islam diharuskan makan dan minum yang haram.

HIKMAH RUKHSAH MAKAN DAN MINUM YANG HARAM DALAM KEADAAN DARURAT
Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga
Memberi kelonggaran ketika darurat kepada umat Islam untuk menyelamatkan nyawa.
Menunjukkan bahawa Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya.

PENGAJARAN HADITH
Umat Islam mestilah prihatin terhadap makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat.
Kita wajib menghindarkan diri daripada makanan dan minuman yang haram dan yang meragukan.
Allah tidak menerima doa hamba-Nya yang mengambil makanan dan minuman yang haram.
Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat , bersih dan kemas.


2. PERPADUAN TERAS KEMAJUAN

FAKTOR PERPECAHAN DALAM MASYARAKAT

DENGKI
Perasaan kurang senang atau gelisah melihat kelebihan yang ada pada orang lain.
Sentiasa berharap nikmat tersebut hilang daripadanya.
Rasa tidak tenang dan berusaha supaya nikmat tersebut berpindah milik kepadanya.
Sifat dengki adalah sifat tercela

MENIPU
Menipu adalah perbuatan sama ada melalui tutur kata atau tingkah laku berkaitan dengan muamalat yang dilakukan secara tidak jujur.
Contohnya pembeli menawarkan harga yang tinggi pada sesuatu barang sedangkan dia sendiri tidak mahu membelinya.
Peniaga pula menipu timbangan dengan tujuan mendapat keuntungan yang tinggi.

BENCI MEMBENCI
Benci merupakan perasaan marah yang lahir dari sifat angkuh dan sombong.
Orang yang bersikap benci sering gelisah, tidak tenteram dan marah kepada orang lain.
Mereka sanggup memfitnah, mengumpat, memulau, menghina, menyakiti dan membunuh orang lain.

BERPALING MUKA
Berpaling muka bermaksud tidak bertegur sapa dan hidup pentingkan diri sendiri.
Sifat ini lahir dari perasaan ego dan sombong.
Kesannya akan hilang keharmonian hidup bermasyarakat dan hubungan silaturrahim

JUAL BELI ATAS JUALAN ORANG LAIN
Ia bermaksud membatalkan jualan atau pembelian orang lain untuk kepentingan diri.
Perbuatan ini menimbulkan rasa marah terhadap penjual atau pembeli yang menjadi mangsanya.

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Langkah ke arah perpaduan :
Memupuk kasih sayang di antara anggota masyarakat
Mengamalkan sikap tolong menolong dan saling bekerjasama
Memelihara hak orang lain dengan menghormati maruah dan budaya mereka

4. Bertolak ansur dan
prihatin terhadap
masalah jiran dan
masyarakat

5. Mengamalkan budaya
ziarah menziarahi

6. Bersikap patriotik dan
sayangkan negara

PENGAJARAN HADIS

Semua orang Islam adalah bersaudara
Perpaduan sangat penting kepada kestabilan bangsa dan negara
Mengekalkan perpaduan adalah tanggungjawab semua rakyat
Sifat dengki mendengki dan pulau memulau akan menghancurkan ukhuwah Islamiyah

Wednesday, July 21, 2010

nota tamadun tingkatan 5

BAB 1 KERAJAAN BANI ABBASIYYAH

1. Pengenalan Kerajaan Bani Abbasiyyah
a. Dinamakan sempena nama bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w, iaitu al-Abbas
b. Tujuan penubuhannya adalah untuk merealisasikan idea keturunan Bani Hasyim yang beranggapan tampok pemerintahan hanya layak disandang oleh keturunan mereka.
c. Diasaskan oleh Abu al-Abbas Abdullah as-Saffah atau dikenali sebagai as-Saffah
d. Diperintah oleh 37 orang khalifah dalam tempoh lebih 5 kurun, iaitu bermula pada tahun 132H/750M hingga 650H/1258M
e. Pusat pentadbiran : Baghdad

2. Struktur Kerajaan Bani Abbasiyyah
a. Sistemnya diadaptasi daripada sistem pentadbiran Kerajaan Parsi. Ini kerana ramai orang parsi yang memeluk Islam dan menjawat jawatan penting dalam pentadbiran.
b. Sistem pentadbiran Kerajaan Abbasiyyah :
Al-Khalifah
(Ketua Negara yang bertindak sebagai pemimpin tertinggi dalam wilayah Islam)
Al-Wazir
(Ketua pentadbir yang dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan)
Ad-Dawawin
(Jabatan-jabatan kerajaan yang terletak di bawah pengawasan al-Kuttab/sekretariat.
Contoh jabatan pada zaman ini : jabatan audit, jabatan polis dan pertahanan)
Al-Khalifah
(Ketua Negara yang bertindak sebagai pemimpin tertinggi dalam wilayah Islam)
Ad-Dawawin
(Jabatan-jabatan kerajaan yang terletak di bawah pengawasan al-Kuttab/sekretariat.
Contoh jabatan pada zaman ini : jabatan audit, jabatan polis dan pertahanan
Al-Wazir
(Ketua pentadbir yang dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan)

3. Khalifah-khalifah Yang Terkenal Pada Zaman Abbasiyyah
Khalifah
Biodata
Sumbangan

Abu al-Abbas Abdullah As-Saffah
· Memerintah selama 4 tahun 9 bulan
· Bermula tahun 132H/ 750M hingga 136H/754M
· Pengasas kerajaan
· Menghapuskan pemberontakan

Abu Jaafar al-Mansur
· Saudara kandung as-Saffah
· Memerintah selama 22 tahun, bermula 136H/ 754M hingga 158H/775M
· Baghdad sebagai ibu kota dan mem- bangunkannya.
· Memperbaiki sistem cukai
· Membuat saliran-saliran
· Menyediakan pasar

Harun ar-Rasyid
· Khalifah yang paling warak dan terkenal
· Memerintah selama 23 tahun 1 ½ bulan, bermula 170H/786M hingga 192H/ 809M.
· Mengarahkan Abu Yusof menulis buku tentang percukaian (al-Kharraj)
· Menubuhkan jawatan ketua hakim (Qadhi al-Qudhah)
· Menubuhkan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan ilmu
· Menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan, ilmu pengetahuan dan kebudayaan
· Membina prasarana: rumah sakit, farmasi dan pusat pengajian.

Al-Makmun
· Namanya : Abdullah Abu al-Abbas al-Makmun
· Putera Harun ar-Rasyid
· Memerintah selama 20 tahun, bermula 198H/813M hingga 218H/833M
· Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu
· Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang

4. Faktor Penyebaran Islam Pada Zaman Abbasiyyah
Faktor Dalaman
Faktor Luaran
· Keinginan daripada penduduk setempat yang tertarik dengan Islam
· Galakkan khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari baitul mal untuk para ulamak dan pendakwah
· Dasar kerajaan Abbasiyyah yang menyamakan kedudukan bangsa arab dan bukan arab
· Kedudukan Baghdad yang menjadi tumpuan dalam bidang keilmuan dan perdagangan antarabangsa
· Pembukaan wilayah baru
· Penggunaan bahasa arab secara meluas yang mendorong kepada pemahaman al-Qur’an dan al-Hadis
· Hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyyah dengan negara-negara luar
· Usaha para pedagang Islam berdakwah menerusi aktiviti perdagangan mereka

5. Kesan Penyebaran Islam pada Zaman Abbasiyyah
Aspek
Huraian

Akidah
· Berubah daripada menyembah berhala / api (majusi) atau lembu (saibah) kepada menyembah Allah Yang Esa.
·Masjid menjadi tempat ibadah dan pusat dakwah
·Usaha-usaha ulamak memurnikan akidah Islamiyyah daripada falsafah Yunani Kuno, contohnya al-Ghazali dengan kitabnya Tahafut al-Falasifah

Ilmu Pengetahuan
·Pelbagai bidang ilmu yang baru diterokai kerana islam mewajibkan umatnya mempelajari ilmu fardu ain dan kifayah
·Prasarana yang disediakan oleh kerajaan juga mendorong kepada penerokaan ilmu baru

Kebudayaan
·Budaya asal mereka yang tidak bertentangan dengan Islam terus diamalkan
·Islam yang dianuti oleh pelbagai bangsa dan budaya ini telah membentuk budaya Islam yang berbentuk sejagat.
·Contohnya : seni bina masjid

Sistem Kemasyarakatan
·Penghapusan perhambaan dan penindasan
·Islam mengemukakan konsep keadilan sosial tanpa mengira bangsa atau warna kulit.

6. Bukti Kerajaan Abbasiyyah Mengamalkan Dasar Liberal Dalam Pemerintahannya.
a. Memberi peluang kepada orang bukan arab yang berkelayakan untuk menjawat jawatan yang penting dalam negara. Contohnya Yahya al-barmaki yang berbangsa Parsi telah dilantik sebagai perdana menteri.
b. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar
c. Penganut agama lain diberikan kebebasan mengamalkan agama masing-masing serta mendapat layanan yang baik. Contohnya Kerajaan mengarahkan agar gereja yang telah dirobohkan dibina semula.


7. Semangat Jihad Umat Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyyah
a. Memeprluaskan skop jihad yang mencakupi jihad di medan perang dan jihad dalam
bidang ilmu pengetahuan untuk meneroka bidang-bidang baru.
b. Umat Islam telah berjaya meletakkan tamadun Islam hingga ke tahap yang lebih agung berbanding tamadun Rom dan Parsi
c. Bukti semangat jihad yang tinggi, umat Islam berjaya melebarkan empayar Islam hingga melebihi 2/3 keluasan dunia dan mengekalkan kerajaan Islam selama 13 kurun.

BAB 2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

1. Faktor Perkembangan Ilmu Pengetahuan
a. Usaha dan galakkan para khalifah
b. Aktiviti penterjemahan pelbagai bidang ilmu
c. Kestabilan politik dan kewangan
d. Dasar kerajaan yang memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan
e. Kreativiti ulamak
f. Islam menggalakkan umatnya supaya mengkaji
g. Hubungan diplomatik dengan negara-negara luar
h. Kedudukan Baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan antara bangsa

2. Institusi Pendidikan
Institusi
Huraian
Masjid
·Sebagai tempat ibadah juga dipenuhi dengan halaqah-halaqah ilmu
·Contoh: Masjid Jami’ al-Mansur – terkenal sebagai pusat penyebaran ilmu
Istana Khalifah
·Sebagai tempat ulamak bermuzakarah dan menyampaikan ilmu
Perpustakaan
·Baitul Hikmah adalah perpustakaan yang terkenal sebagai :
v Pusat pertemuan sarjana
v Pusat penterjemahan
v Pusat sumber
v Pusat penyelidikan ilmiah
v Pusat latihan
·Perpustakaan lain : Darul Hikmah di Kaherah, Mesir
Pusat Pengajian
·Antara yang terkenal : Madrasah an-Nizamiyyah(457H/1065M)
·Dibina oleh Nizam al-Muluk, salah seorang menteri berketurunan saljuk, meninggal tahun 485H/1092M

3. Bidang Ilmu Pada Zaman Kerajaan Bani Abbasiyyah

a. Ilmu Yang Berteraskan Wahyu
Bidang Ilmu
Tokoh dan Hasil Karya

Ilmu Tafsir
1. Yahya b Ziyad – penyusun ilmu tafsir yang pertama dalam kitabnya Ma’ani al-Qur’an
2. Ibnu Jarir at-Tabari – kitabnya : Tafsir at-Tabari

Ilmu Hadis
1. al-Bukhari – Sahih al-Bukhari
2. Imam Muslim – Sahih Muslim
3. Penyusun Kitab Sunan/al-Kutub as-Sittah:
a. Abu Dawud
b. At-Tirmidzi
c. An-Nasa’i
d. Ibnu Majah

Ilmu Fekah
1. Imam Abu Hanifah – Mazhab Hanafi
2. Imam Maik-Mazhab Maliki
3. Imam as-Syafie-Mazhab as-Syafie
4. Imam Ahmad b Hanbal – Mazhab Hanbali

Ilmu Tauhid
Perkembangan ilmu falsafah yang bersumberkan falsafah Yunani telah memberikan kesan buruk terhadap akidah umat Islam. Antara ulamak yang berusaha memurnikan akidah Islamiyyah :
Imam Abu al-Hassan al-‘Asy’ari
Imam al-Ghazali

b. Ilmu Yang Berteraskan Akal
Bidang Ilmu
Tokoh, Penemuan & Hasil Karya

Matematik
1. Muhammad b Musa al-Kharizmi
v Memperkenalkan sistem angka dalam abjad arab
v Memperkenalkan bilangan sifar (0)
v Algebra
v Buku : Hisab al-Jabri wa al-Muqabalah

Ilmu Falak
1. Al-Batani:
v Menemui cara mengukur jarak antara bumi dan matahari
v Jadual pergerakan bulan dan bintang
v Orang yang pertama mencipta alat pengukur sudut (astrolabe)

Ilmu Kimia
1. Jabir b Hayyan :
v Penemuan asid sulfurik
v Teori penghasilan petroleum dan alkohol
v Membaiki proses pembuatan kaca

Ilmu Fizik
1. Al-Hassan b al-Haitham
v Menghuraikan proses pembalikan cahaya pada retina
v Mencipta cermin mata
v Menjelaskan lapisan-lapisan mata serta proses penglihatan
v Menyukat kelajuan bunyi dan cahaya

Geografi
1. As-Syarif al-Idrisi
v Orang yang pertama menghasilkan peta dunia dalam bentuk globe
v Memberi ukuran yang tepat tentang keluasan muka bumi

Ilmu Perubatan
1. Ibnu Sina
v Menjelaskan kesan kuman dalam penyakit
v Menjelaskan teori jangkitan virus
v Mencipta ubat untuk penyakit kronik
v Mencipta picagari ubat bius dan benang khusus untuk menjahit luka pembedahan

4. Kepentingan Ilmu Pengetahuan
a. Kesepaduan ilmu antara fardu ain dan kifayah melahirkan umat yang kuat fizikal dan mental.
b. Untuk mencapai kejayaan dan kemajuan

5. Kesan Perkembangan Ilmu Abbasiyyah kepada Eropah
a. Perkembangan ilmu telah memberi kesan kepada Eropah hingga tercetusnya zaman Pembaharuan(Renaissance)
b. Perkembangan ini juga mendorong orang-orang Eropah untuk memulakan perlayaran mereka, terutamanya ke negara-negara Islam untuk mempelajari ilmu-ilmu yang baru diterokai.
c. Hasil karya umat Islam telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Hebrew dan Latin.

BAB 3 PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH
1. Latar belakang Perkembangan
a. Pada zaman ini ramai cendekiawan dan saintis muslim muncul
b. Andalus dan Kota Sicily di Itali menjadi pusat tumpuan ilmuan.
c. Penguasaan sains dan teknologi berjaya dirampas daripada kuasa Rom, Parsi dan Yunani.
d. Penemuan-penemuan sains yang baru banyak diterokai.

2. Faktor Perkembangan Sains dan Teknologi
Faktor
Huraian

1. Aktiviti penterjemahan
v Aktiviti ini sangat giat dan terancang, dengan penubuhan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan negara.
v Antara tokoh : Yuhana b Masawaih dan Hunain b Ishak

2. Galakkan khalifah
1. Usaha khalifah untuk memajukan bidang sains dan teknologi:
1. Mengadakan seminar perubatan yang dihadiri oleh pakar perubatan dunia
2. Menyediakan peruntukan yang banyak untuk penyelidikan sains dan teknologi
3. membina pusat penyelidikan sains. Contohnya :
- al-Makmun membina balai cerap
- al-Muktasim membina makmal pembedahan yang pertama
2. Antara bukti kecintaan Khalifah terhadap ilmu:
1. Mereka pernah menerima kitab-kitab sebagai tebusan terhadap tentera Rom yang ditawan
2. Mereka juga menerima pembayaran jizyah dalam bentuk kitab

3. Globalisasi
ilmu
3. Perdagangan dan pembukaan wilayah baru membuka ruang yang luas untuk perkembangan ilmu
4. Sicily dan Andalus muncul sebagai pusat pengembangan ilmu
5. Di Andalus sahaja terdapat 700 buah masjid, 1 universiti, 70 buah perpustakaan yang menyimpan 500 ribu manuskrip

3. Kesan Penemuan Sains dan Teknologi
a Mengubah cara hidup dan status umat Islam
b Umat Islam hidup lebih maju daripada umat lain yang telah menguasai bidang sains dan teknologi sebelum ini, contohnya Rom dan Parsi
c Umat Islam dipandang tinggi dan disegani sehingga ramai orang bukan Islam yang tertarik untuk memeluk Islam.

4. Kepentingan Menguasai Ilmu Sains dan Teknologi
a Hari ini sains dan teknologi semakin mendominasi kehidupan manusia, sekiranya ketinggalan kita akan terkeluar dari arus perdana
b Untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam dahulu, umat Islam hari ini perlu menguasai kecanggihan sains dan teknologi yang diadun mengikut Syariat
c Untuk menjadi umat Islam yang maju sama ada dari aspek spiritual atau material, mereka perlu mengintegrasikan ilmu fardu ain dan fardu kifayah.

BAB 4 PERKEMBANGAN EKONOMI ZAMAN KEMAJUAN KERAJAAN ABBASIYYAH

1. Kelebihan Baghdad sebagai pemangkin ekonomi :
a. Kedudukan yang strategik menjadi laluan perdagangan timur dan barat
b. Terdapat sebuah pasar yang dikenalisebagai ‘Suq Baghdad’ yang menjadi tumpuan para pedagang Parsi
c. Terdapat ladang-ladang pertanian dan perternakan serta sebuah pasar yang dikenali sebagai ‘Suq al-Baqar”

2. Sektor Ekonomi Yang Utama :
Sumber Utama
Huraian

Pertanian
v Usaha khalifah untuk memajukan pertanian :
a. membina saliran, melebarkan sungai dan terusan serta membuat empangan
b. membuka tanah pertanian baru
c. membuat penyelidikan dalam bidang pertanian
v Wilayah pertanian : Mesir, Syam, Iraq, Yaman, Maghribi, Khurasan dan Andalus
v Hasil pertanian :
Jenis
Hasil
Bijirin
Gandum, barli, beras
Buahan
Anggur,limau,kurma
Sayuran
Timun,kubis,tebu

Ternakan
Lembu,ayam,lebah

Perindustrian
v Jenis-jenis Industri
Jenis
Pengeluar
Tenunan, permaidani
Baghdad dan Asfahan
Pinggan mangkuk
Mesir dan Syam
Barangan kaca
Baghdad, Mesir dan Syam
Barangan kulit dan senjata
Mesir, Andalus dan Maghribi
Perhiasan dan batu permata
Yaman, Khurasan, dan Lubnan
Kertas
Iraq, Mesir dan Andalus

Perdagangan

v Faktor perkembangan:
1. pembukaan wilayah baru, maka banyak ruang pasaran
2. kemajuan pesat industri perkapalan
3. penghasilan kitab perniagaan sebagai galakkan.
4.
v Langkah untuk menggiatkan :

3. Sumber Kewangan Kerajaan Abbasiyyah
Sumber
Definisi
Zakat
Kadar harta yang dikeluarkan oleh orang Islam terhadap harta-harta tertentu yang mencukupi had minimum(nisab) menurut syarat-syarat tertentu.
Kharraj
Cukai tanah milik orang bukan Islam atau tanah milik orang Islam yang diperoleh dalam peperangan. Kadarnya adalah berdasarkan keadaan tanah
Ghanimah
Harta rampasan melalui peperangan. 80% diberikan kepada tentera Islam.
Fai’
Harta rampasan bukan melalui peperangan , contohnya apabila musuh menyerah kalah.
Jizyah
Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang mendiami Negara Islam.
‘Usyur
Cukai 10% yang dikenakan ke atas kapal dagangan bukan Islam yang menggunakan perlabuhan Islam untuk berdagang.

4. Baitul Mal
a. Definisi : insititusi kewangan terbesar Negara.
b. Struktur Organisasi :
Diwan al-Usul dan Diwan al-Azimmah
(Jabatan Dalam Negeri dan Jabatan Audit Negara)
Tugas :
i. Mengawal Akaun
ii. Menerima laporan aktiviti Jabatan Hasil dan Jabatan Kewangan
Baitul Mal
(Diketuai oleh Sohib Baitul Mal (Pengurus Perbendaharaan Negara))
Tugas :Mengurus pendapatan dan perbelanjaan negara
Diwan an-Nafaqah(Jabatan Kewangan)
Tugas : Mengawal pendapatan dan perbelanjaan untuk semua jabatan dan gaji kakitangan kerajaan
Diwan al-Kharraj (Jabatan Hasil)
Tugas :Mengurus dan menjana pendapatan Negara, termasuklah kutipan cukai
c. Peranan Baitul Mal
v Pengurus sumber-sumber pendapatan negara
v Mengawal perbelanjaan negara
5. Kesan Pembangunan Ekonomi
a. Taraf hidup rakyat meningkat
b. Menyediakan banyak peluang pekerjaan
c. Pelbagai kemudahan asas untuk rakyat dapat disediakan

BAB 5 PERKEMBANGAN KETENTERAAN PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH
1. Pembaharuan Dalam Bidang Ketenteraan
a. Membuka keanggotaan tentera kepada orang bukan arab, contoh: turki dan parsi
b. Mengemaskini sistem pentadbiran dan struktur organisasi ketenteraan
c. Memberi gaji dan imbuhan yang lumayan kepada tentera.
2. Struktur Organisasi
Khalifah
Al-Wazir
Diwan al-Jund(Jabatan Pertahanan)
Tugas : Merekod data lengkap tentang gaji, imbuhan, dan pangkat bagi tentera laut dan darat dan Menguruskan hal ehwal pertahanan negara

Bahagian
Tugas
Majlis at-Taqrir (Bahagian Kewangan
Menguruskan hal-hal gaji dan imbuhan, pengurusan ketenteraan dan perbelanjaan.
Majlis al-Muqabalah (Bahagian Latihan)
Menguruskan pengambilan dan latihan kepada tentera baru
Al-Massahun (Bahagian Peninjau)
Membuat panduan dan nasihat topografi
Diwan at-Tasnif (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Menguruskan kenaikan pangkat dan penyusunan tentera mengikut pasukan.
Penyusunan tentera :
1. Pasukan pengawal khalifah
2. Pasukan bergaji tetap
3. pasukan sukarelawan

Diwan al-‘Ardh (Depot Simpanan)
Menguruskan setor dan kelengkapan persenjataan
Al-Jawasis (Bahagian Perisikan)
Mengintip kekuatan dan kedudukan musuh serta tahap kesetiaan tentera Islam
Dairah al-Muhanddisin (Bahagian Kejuruteraan)
Bertanggung jawab dalam pembinaan kem-kem tentera dan kubu pertahanan
Al-Bahriyyah (Bahagian Tentera Laut)
Mengawasi perairan, kerja-kerja pembinaan kapal perang dan penyusunan angkatan tentera

3. Fungsi Ketenteraan
Tugas Utama
Tugas Bantuan
1. Mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan luar
2. menentang musuh negara
3. menghadapi sebarang keadaan darurat
1. Membantu pihak polis dan pihak berkuasa awam dalam memelihara ketenteraman awam dan operasi anti keganasan.
2. membantu pihak berkuasa awam dalam bantuan mala petaka dan pembangunan negara.

4. Faktor Kejayaan Tentera Islam
a. Dasar ketenteraan yang terbuka kepada semua bangsa
b. Pemimpin yang berkaliber yang memberi perhatian terhadap kebajikan tentera, contohnya gaji dan imbuhan yang lumayan
c. Peralatan ketenteraan yang canggih – pedang, lembing, panah, manjanik (ballista), dabbabah (kayu pelantak) barud (gun powder) dan kapal perang.
d. Strategi peperangan yang berkesan, termasuklah membahagikan tentera kepada 5 ketumbukan (al-karadis)
e. Keimanan dan semangat jihad tentera Islam yang tinggi.

5. Struktur Pasukan Tentera Islam Zaman Abbasiyyah
a. Al-Amir (Laksamana)
b. Al-Qa’id (Panglima Perang)
c. An-Naqib (Kapten)
d. Al-‘Arif (Koperal)
6. Kepentingan Keselamatan Untuk Pembangunan dan Kemajuan Negara
a. Pembangunan negara dapat dilaksanakan.
b. Perkembangan ekonomi yang menggalakkan.
c. Mengelakkan daripada ancaman musuh dan penjajahan.
d. Negara mencapai tahap kemajuan yang memberangsangkan.

BAB 6 KEGEMILANGAN DAN KEJATUHAN KERAJAAN ABBASIYYAH
1. Faktor Kegemilangan:
Faktor
1. Kestabilan Politik
· menghapuskan pemberontakan
2. Dasar politik Kerajaan Abbasiyyah
· Layanan adil kepada semua rakyat
· Hubungan diplomatik
3. Kedudukan Kota Baghdad yang strategik
· Tengah laluan pedagang timur dan barat
· Tempat pertemuan para cendekiawan
4. Perpaduan antara kaum
5. Penghayatan konsep kerja sebagai ibadah

2. Faktor Kemerosotan Kerajaan Abbasiyyah
1. Kelemahan pemerintahan Kerajaan
· Khalifah menyerahkan kuasa kepada pegawai Turki
2. Perpecahan wilayah-wilayah dalam kekuasaan Kerajaan
· Politik dikuasai oleh Turki dan Parsi, mereka mengambil peluang untuk membina kerajaan sendiri
3. Perebutan Kuasa
· Memberi peluang kepada pegawai/menteri Turki untuk menguatkan kedudukan
4. Kegawatan ekonomi
· Negara tidak stabil mendorong pedagang ke tempat yang lebih selamat.
5. Perselisihan aliran fahaman keagamaan
· Pemberontakan Khawarij dan Syiah
6. Serangan dari luar
· Serangan dari Georgia dan Armenia
· Dari sebelah barat: menghadapi tentera salib
· Serangan Moghul di bawah pimpinan Hulagu Kgan pada 656H/1258M

3. Iktibar dari sejarah kegemilangan Kerajaan Abbasiyyah :
a. Kemajuan yang dicapai hari ini adalah hasil daripada sumbangan umat Islam pada zaman Kerajaan Abbasiyyah.
b. Orang-orang barat telah memindahkan penemuan umat Islam dalam pelbagai bidang ke negara mereka dan menterjemahkannya ke dalam bahasa mereka.
c. Umat Islam perlu mengembalikan semua kegemilangan Islam dengan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pakar dalam semua bidang.

4. Iktibar dari sejarah kegemilangan Kerajaan Abbasiyyah :
a. Umat Islam perlu bersatu padu untuk menyelamatkan negara dari ancaman musuh.
b. Aliran fahaman yang berbagai membawa kepada perpecahan dan melemahkan umat Islam
c. Keselamatan dan kestabilan negara adalah tanggung jawab kita bersama.

5. Peranan Generasi Hari ini.
a. Mengembalikan kegemilangan umat Islam yang pernah dicapai
b. Bersungguh menuntut ilmu dan meningkatkan pembangunan diri dan agama.
c. Mengamalkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian.
d. Mengamalkan cara hidup Islam

nota hadis tingkatan 5

BAB 7 : KEHIDUPAN DIDUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU

1. Intisari Hadis :
a. Dunia ini adalah tempat persinggahan untuk menuju akhirat
b. Dunia adalah tempat untuk mencari bekal
c. Seorang muslim wajib menghargai masa dan tidak melengah-lengahkan.
2. Kehidupan di Dunia Adalah Sementara
a. Realiti hidup dunia :
i. Hidup dunia terlalu singkat berbanding akhirat
ii. Dunia tempat manusia mencari bekalan /amalan untuk kehidupan akhirat
iii. Manusia tidak boleh leka dengan nikmat dunia hingga melupakan tempat tujuan asal iaitu akhirat.
b. Persamaan antara kehidupan dunia dan perantau:
i. Mempunyai tempat tuju/destinasi
Perantau : kampung halaman
Dunia : akhirat
ii. Tempoh yang singkat : tidak kekal
iii. Bekalan
Perantau: dlm bentuk material @ keperluan asas
Dunia : sebagai tempat mencari bekal untuk akhirat
3. Teknik Pengurusan Masa Secara Efektif
a. Merancang penggunaan masa dengan aktiviti yang berfaedah : masa beribadah, mengulang kaji, berehat.
b. Menyegerakan tugasan atau kerja
c. Menentukan wawasan hidup supaya menjadi insan yang lebih berdisiplin.
d. Menyediakan jadual peribadi dan menepatinya.
4. Kelebihan Menyegerakan Segala Urusan Kehidupan
a. Dimuliakan Allah dan RasulNya
b. Urusan dapat disempurnakan dengan berkualiti dan mengikut jadual
c. Menyumbang ke arah kemajuan negara kerana lebih produktif dan hasil kerja yang lebih berkualiti.
5. Implikasi menangguhkan kerja @ urusan :
a. Hidup dalam keadaan resah dan gelisah
b. Hasil kerja yang tidak berkualiti, produktiviti menurun
c. Tidak disukai majikan dan orang sekeliling.
6. Bekalan-bekalan Untuk Hari Akhirat
a. Taqwa
b. Amal ibadah yang fardu
c. Amalan sunat
d. Menjaga hubungan baik sesama manusia.
7. Pengajaran Hadis
a. Tempoh kehidupan manusia di dunia terlalu singkat berbanding kehidupan di akhirat yang kekal abadi.
b. Manusia hendaklah menggunakan tempoh kehidupan di dunia sebaik mungkin
c. Islam melarang kita menangguh-nangguhkan urusan kehidupan.
d. Seorang muslim hendaklah menguruskan masanya dengan bijak.
8. Soalan Pengukuhan
SPM 2004
a. Berdasarkan hadis di atas, jelaskan 3 cara anda menguruskan masa belajar dengan baik. (6m)
SPM 2005
a. Nyatakan 2 bentuk nasihat yang boleh dijadikan amalan untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat. (4m)
b. Terangkan maksud potongan hadis berikut : (2m)
SPM 2006
a. Apakah maksud perantau dalam hadis di atas?(2m)
b. Nyatakan dua cara pengurusan masa yang dituntut dalam hadis (2m)
c. Nyatakan 2 amalan yang perlu untuk bekalan ke akhirat (2m)
SPM 2007
a. Berdasarkan hadis di atas, huraikan pernyataan ”dunia ialah tempat persinggahan” (2m)
b. Rasulullah s.a.w juga berpesan supaya membuat persediaan untuk hari akhirat. Nyatakan pesanan Rasulullah s.a.w yang lain.(2m)
c. Nyatakan akibat mengabaikan pesanan Rasulullah s.a.w (2m)
SPM 2008
a. Nyatakan 2 amalan yang sewajarnya dilakukan semasa sihat.(2m)
b. Nyatakan 2 cara pelajar menguruskan masa yang bijak. (2m)
c. Terangkan kebaikan menguruskan masa dengan bijak.(4m)

BAB 8: ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH
1. Intisari Hadis :
a. Allah mengharamkan permusuhan dengan orang yang beriman dan bertaqwa
b. Untuk mencapai kedudukan yang tinggi di sisi Allah kita mesti mentaati segala perintahNya dan memperbanyakkan amalan sunat.
c. Apabila seseorang itu dikasihi oleh Allah, akan diberi petunjuk kepadanya untuk melakukan kebaikan serta memperkenankan doanya.
2. Wali Allah
a. Takrif : manusia biasa yang beriman, bertqwa, beristiqamah melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya secara zahir dan batin.
3. Ciri-ciri Orang Soleh
a. Mempunyai ilmu yang tinggi tentang Allah
b. Sentiasa beramal dengan ilmu secara ikhlas dan istiqamah untuk mencapai darjat tertinggi di sisi Allah
c. Mempunyai akhlak yang mulia/mahmudah, contohnya : bertolak ansur, bersangka baik dan suka membantu.
4. Amalan-amalan Sunat Yang Boleh Mendekatkan Diri kepada Allah:
a. Solat sunat
b. Puasa sunat
c. Membaca al-Qur’an
d. Berzikir
e. Berdoa
5. Kelebihan-kelebihan Orang Yang Melakukan Ibadah Nawafil.
a. Ibadah Nawafil?
i. Amalan-malan sunat seperti solat dhuha, puasa enam hari dalam bulan syawal.
b. Kelebihan-kelebihan Orang Yang Melakukan Ibadah Nawafil.
i. Disayangi Allah dan Rasul
ii. Allah memelihara segala anggotanya daripada melakukan perkara maksiat.
iii. Dapat merasai nikmat kemanisan ibadah
iv. Allah memakbulkan doanya.
6. Pengajaran Hadis.
a. Orang mukmin wajib melaksanakan segala perkara yang difardukan keatasnya dengan penuh ketaatan.
b. Kekasih Allah ialah orang mukmin yang melakukan banyak ibadah nawafil
c. Orang yang hampir kepada Allah ialah orang mukmin yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
d. Allah memperkenankan doa orang yang hampir kepadanya.
7. Soalan-soalan Pengukuhan :
SPM 2005
a. Nyatakan jenis-jenis amalan tersebut.(2m)
b. Jelaskan dua kelebihan seseorang yang menjadi kekasih Allah SWT.(4m)
SPM 2006
a. Nyatakan 3 kelebihan orang yang melakukan ibadah nawafil seperti dalam hadis di atas.(3m)
b. Senaraikan 3 contoh ibadah nawafil yang perlu anda amalkan untuk menjadi pelajar yang diredhai Allah SWT.(3m)
SPM 2007
a. Apakah maksud wali Allah SWT(2m)
b. Berdasarkan hadis di atas, apakah amaran Allah SWT kepada mereka yang memusuhi wali-Nya. (2m)
c. Senaraikan empat amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.(4m)
SPM 2008
a. Siapakah yang dimaksudkan wali Allah SWT?(2m)
b. Nyatakan dua amalan sunat yang dimaksudkan dalam hadis.(2m)
c. Terangkan 2 pengajaran hadis yang dapat anda amalkan dalam kehidupan seharian.(4m)
SPM 2009
a. Nyatakan 2 contoh amalan wajib dan dua contoh amalan sunat.(4m)
b. Jelaskan 2 kelebihan bagi orang yang melakukan amalan sunat.(4m0

nota tilawah al-Quran tingkatan 5

BAB 1 : LAYANAN BAIK TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM

(SURAH AT-TAUBAH : 6)
1. Hukum membaca ’Basmallah’ dan ’Isti’azah’

a. Hukum membaca ’Basmallah’ adalah sunat pada setiap awal surah, kecuali surah at-Taubah kerana surah ini diturunkan dalam kemurkaan Allah kepada orang-orang munafiq.
b. Hukum membaca ’Isti’azah’ ( ) adalah sunat muakkad setiap kali hendak memulakan bacaan al-Qur’an, sama ada di awal atau pertengahan ayat.

2. Perintah Allah Dalam Surah at-Taubah Ayat 6 :
a. Orang Islam wajib memberikan perlindungan atau bantuan kepada orang bukan Islam yang meminta bantuan.
b. Dalam tempoh tersebut, umat Islam perlu memberikan layanan yang baik dan menjelaskan tentang Islam sekiranya diminta.
c. Di samping perlindungan, mereka juga perlu ditempatkan di tempat yang aman dan selamat

3. Kepentingan Memberi Layanan Baik Kepada Orang Bukan Islam
a. Menarik perhatian mereka supaya mendekati dan memahami Islam
b. Suapaya mereka dapat melihat keindahan ajaran Islam
c. Umat Islam menjadi contoh dan teladan kepada umat lain.
d. Menjadi medium untuk menyebarkan Islam kepada mereka.

4. Strategi Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk:

a. Mengamalkan akhlak mulia/yang dianjurkan oleh Islam dalam perhubungan dan pergaulan.
b. Mewujudkan suasana yang aman dan harmoni dalam masyarakat.
c. Menggunakan teknologi modern dalam menyampaikan dakwah, contohnya media elektronik dan media cetak untuk menyempaikan mesej dakwah.
d. Mengadakan sesi perbincangan dengan baik untuk menjelaskan tentang ajaran Islam yang sebenar.

5. Islam : berasal daripada perkataan salam yang membawa maksud sejahtera, selamat, aman dan damai kerana Islam sentiasa menganjurkan perdamaian dan kebajikan kepada semua manusia.

6. Kesan Peperangan
a. Kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda
b. Kemajuan ekonomi terbantut
c. Kekuatan pertahanan negara berkurangan

7. Kebaikan Perdamaian
a. Rakyat hidup dalam keadaan selesa
b. Pembangunan negara dapat dikembangkan
c. Ekonomi negara akan kuat dan mantap
d. Pendidikan rakyat dapat diteruskan.

8. Pengajaran Ayat
a. Orang Islam wajib memberikan perlindungan kepada orang bukan Islam untuk menyampaikan ajaran Islam kepada mereka.
b. Kita wajib mengekalkan keamanan yang sedang dinikmati supaya kelestarian hidup generasi akan datang dapat diteruskan
c. Umat Islam wajib menunjukkan teladan yang baik kepada orang bukan Islam untuk membuktikan keindahan Islam.

9. Soalan Pengukuhan :
SPM 2007

a. Berdasarkan ayat di atas, apakah tujuan Islam memberi perlindungan kepada orang bukan Islam?(2m)
b. Cadangkan 2 cara memberi perlindungan kepada orang bukan Islam yang berminat ke arah Islam (4m)
c. Namakan 2 pertubuhan yang berperanan membantu orang yang baru memeluk Islam di Malaysia.(2m)
SPM 2005
a. Apakah sebab diperintahkan perlindungan tersebut.(2m)
b. Nyatakan bentuk perlindungan yang boleh diberikan.(2m)
c. Jelaskan 2 kesan positif perlindungan tersebut terhadap Islam.(4m)


BAB 2: NABI MUHAMMAD S.A.W UTUSAN ALLAH
(SURAH AT-TAUBAH AYAT 129)

1. Intisari ayat :

a. Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah.
b. Baginda amat mengambil berat tentang umatnya.
c. Baginda sangat kasih kepada orang-orang yang beriman.
d. Baginda akan meminta pertolongan daripada Allah sekiranya manusia menentang dakwah baginda.

2. Hikmah Nabi Muhammad dipilih di kalangan manusia:
a. Membuktikan bahawa syariat Islam mampu dilaksanakan oleh manusia
b. Memudahkan manusia menerima Islam
c. Memudahkan manusia mencontohi Rasulullah s.a.w
d. Memudahkan manusia berkomunikasi dengan Rasulullah s.a.w

3. Kasih Sayang Rasulullah s.a.w Terhadap Umatnya
a. Penentangan penduduk Taif terhadap Raulullah s.a.w – baginda menolak tawaran Jibril untuk memusnahkan kampung tersebut, sebaliknya baginda berdoa agar mereka diberikan hidayah oleh Allah
b. Menjelang kewafatan, baginda masih lagi berulang kali menyebut tentang umat baginda.

4. Amalan-amalan sebagai tanda mengasihi Rasulullah s.a.w:
a. Sentiasa berselawat ke atas baginda
b. Mengamalkan dan menghidupkan sunnah baginda
c. Melaksanakan segala ajaran baginda
d. Menegakkan syiar Islam di muka bumi.

5. Kelebihan Mengasihi Rasulullah s.a.w
a. Mendapat syafaat Rasulullah s.a.w
b. Mendapat petunjuk dan hidayah Allah/keberkatan
c. Kebahagiaan dunia dan akhirat

6. Tawakkal
a. Definisi : Berserah kepada Allah setelah berusaha

7. Peranan Tawakkal
a. Dapat mencapai kejayaan dan kemajuan
b. Menanam sifat sabar dan redha
c. Rajin berusaha dan bersungguh-sungguh
d. Tidak mudah berputus asa

8. Pengajaran Ayat :
a. Rasul diutuskan di kalangan manusia untuk membuktikan bahawa Islam mampu dilaksanakan oleh semua manusia
b. Kita hendaklah mengamalkan sunnah Rasulullah sebagai tanda kasihkan baginda
c. Bertawakkal adalah asas kejayaan dalam berdakwah.

9. Soalan Pengukuhan :
SPM 2009

a. Apakah maksud tawakkal?(2m)
b. Nyatakan dua cara anda mengasihi Rasulullah s.a.w (2m)
c. Terangkan 2 peranan tawakkal kepada pendakwah dalam menyampaikan ajaran Islam.(4m)

SPM 2006
a. Nyatakan 2 contoh kasih sayang Rasulullah s.a.w terhadap umatnya(2m)
b. Terangkan kepentingan tawakkal dalam berdakwah (2m)
c. Terangkan 2 sebab Allah SWT mengutus rasul dari kalangan manusia. (4m)
d. Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda mencontohi sifat kasih sayang
Rasulullah s.a.w (2m)

SPM 2004
a. Jelaskan maksud tawakkal. (2m)
b. Bagaimanakah sifat tersebut dapat membantu kejayaan dakwah Islam ?(4m)
Catatan:


BAB 3 : BATAS-BATAS PERGAULAN

(SURAH AN-NUR AYAT 30 – 31)

1. Intisari ayat :

a. Allah memerintahkan mukmin lelaki dan perempuan supaya menjaga kehormatan diri serta menutup aurat
b. Mukmin dan mukminah diperintahkan juga supaya mengelakkan diri daripada melihat perkara mungkar
c. Mukminah diharamkan mendedahkan perhiasan diri kecuali yang zahir sahaja
d. Mukmin dan mukminah yang melakukan perkara tersebut hendaklah bertaubat

2. Kewajipan Memelihara Maruah dan Kehormatan Diri

a. Umat Islam diwajibkan menjaga maruah. Cara-cara menjaga maruah diri :
i. Tidak memandang perkara-perkara yang diharamkan
ii. Memelihara diri dengan menjauhi perkara-perkara maksiat
iii. Menutup aurat

b. Kelebihan/hikmah menjaga maruah diri:
i. Dipandang mulia oleh orang lain
ii. Mengelakkan berlakunya fitnah atau gangguan yang memudharatkan.
iii. Lahir masyarakat yang bermoral dan bermaruah

c. Batasan aurat
Aurat lelaki

Antara pusat hingga ke lutut

Aurat perempuan
i. Bersama dengan
perempuan Islam /
muhrim :
Antara pusat hingga ke
lutut
ii. Bersama dengan lelaki
bukan muhrim :
Seluruh anggota badan
kecuali muka dan tapak
tangan

3. Pengajaran Ayat :
a. Wajib ke atas lelaki dan perempuan menghindari daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan
b. Kita wajib menjaga kemaluan daripada perkara-perkara yang diharamkan seperti zina, liwat, onani dan sebagainya.
c. Haram bagi perempuan melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah, contohnya berhias secara berlebihan.
d. Haram berpakaian ketat dan nipis yang boleh menampakkan bentuk badan.

4. Soalan Pengukuhan
SPM 2008

a. Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah SWT supaya mengawal pandangan mata
dan memelihara maruah? (2m)
b. Nyatakan 2 cara mengawal pandangan mata.(2m)
c. Terangkan 2 usaha untuk menjaga batas pergaulan di kalangan ahli keluarga.(4m)

SPM 2006
a. Apakah yang dimaksudkan dengan menjaga pandangan?(2m)
b. Terangkan 2 kebaikan menjaga kehormatan diri (4m)
c. Nyatakan 2 hikmah Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. (2m)
d. Bagaimanakah anda berpakaian menutup aurat menurut Islam (2m)



BAB 4 : HIDAYAH ALLAH SWT

(SURAH AN-NUR AYAT 35)

1. Pengertian Hidayah :


Cahaya petunjuk daripada Allah SWT yang membawa manusia ke jalan kebenaran dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

2. Golongan yang mendapat hidayah Allah :
a. Sentiasa bertasbih dan bertahmid kepada Allah
b. Menjalankan urusan jual beli tanpa lalai daripada mengingati Allah
c. Mendirikan solat fardu dan sunat
d. Mengeluarkan zakat yang difardukan
e. Takut kepada pembalasan Allah di hari kiamat

3. Cara memperolehi hidayah Allah:
a. Menuntut ilmu supaya dapat membezakan antara baik dan buruk serta senang untuk menghayati ajaran Islam.
b. Beramal dengan ilmu supaya dapat membentuk hamba Allah yang soleh.
c. Zikrullah dapat melembutkan hati dan mudah menerima kebenaran.

4. Halangan menerima hidayah :
a. Berterusan dalam kejahilan
b. Tidak berusaha untuk menuntut ilmu
c. Tidak beramal dengan ilmu
d. Bersikap sombong dan tidak mahu menerima kelemahan diri
e. Melakukan maksiat
f. Memakan makanan haram

5. Kepentingan hidayah Allah SWT
a. Mendorong manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran
b. Sanggup berjihad dan berjuang kerana Allah
c. Sentiasa menjadikan Islam sebagai satu cara hidup
d. Sentiasa ikhlas dalam setiap pekerjaan.

6. Ciri-ciri kemukjizatan Al-Qur’an :
a. Gaya bahasa al-Qur’an yang sangat indah sehingga melemahkan sasterawan arab yang hebat pada masa itu.
b. Al-Qur’an mengandungi pelbagai jenis ilmu, termasuk yang berkaitan dengan alam ghaib. Ini membuktikan al-Qur’an bukan karangan Rasulullah s.a.w
c. Allah SWT mencabar manusia supaya mencipta satu surah seperti al-Qur’an namun tiada siapa pun yang mampu menandingi kehebatan al-Qur’an.

7. Ilmu fardu ain dan fardu kifayah:
Fardu Kifayah

Ilmu yang wajib dipelajari bagi menyempurnakan agamanya
Contohnya :
Cara bersolat
Ilmu yang wajib dipelajari oleh sebahagian umat Islam bagi menyempurnakan hubungan sesama manusia

Contohnya :
Ilmu perubatan

8. Kepentingan ilmu kepada orang beriman :
a. Membezakan antara baik dan buruk
b. Melakukan ibadah dengan betul
c. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan
d. Memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat

9. Pengajaran ayat :
a. Hidayah Allah menerangi hati orang mukmin umpama cahaya yang menerangi alam
b. Manusia perlu berusaha bagi mendapatkan hidayah Allah
c. Menuntut ilmu adalah satu kewajipan dan salah satu cara untuk memperoleh hidayah Allah
d. Kita wajib menguasai ilmu fardu ain dan fardu kifayah untuk menjadi pakar dalam kedua-dua bidang.

10. Soalan-soalan yang berkaitan :
a. Nyatakan kepentingan hidayah kepada seseorang .
b. Implikasi tidak mendapat hidayah Allah.
c. Jelaskan hujjah yang membuktikan bahawa al-Qur’an bukan kitab rekaan Nabi Muhammad saw.
d. Bagaimanakah cara untuk memperoleh hidayah Allah melalui al-Qur’an.

11. Info :
a. Khadijah binti Khuwailid r.a : isteri Rasulullah dan orang yang pertama memeluk Islam.



BAB 5 : PERIBADI MUKMIN

(SURAH AS-SAJDAH: AYAT 15-16)

1. Ciri-ciri Orang Beriman :


a. Sentiasa sujud kepada Allah
b. Sentiasa mengingati Allah/zikrullah
c. Tidak takbur/bersifat tawadduk
d. Melazimi qiamullalil
e. Menginfakkan harta untuk jalan Allah

2. Kelebihan-kelebihan amalan:

Amalan
Kelebihan

Sujud kepada Allah
i. Jiwa akan tenang
ii. Membentuk peribadi mulia
iii. Menjauhkan godaan syaitan

Zikrullah
i. Mendorong ke arah kebaikan
ii. Ikhlas dalam beribadah
iii. Tidak mengabaikan perintahNya

Tidak takbur/ tawadhuk
i. Dikasihi oleh Allah dan orang ramai
ii. Sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah
iii.Bersedia menerima kelemahan diri

Melazimi qiamullalil
i.Sumber kekuatan rohani dan jasmani
ii.Memantapkan keimanan dan ketakwaan
iii.Melahirkan muslim berakhlak mulia

Menginfakkan harta untuk jalan Allah
i. Membantu golongan fakir miskin
ii.Membiayai program gerakan dakwah
iii.Membantu pelajar-pelajar miskin untuk menyambung pelajaran.

3. Orang yang beriman dan kufur
Kelebihan orang yang beriman
Keburukan orang yang kufur

a. Tenteram dan tenang hidup
a. Dilanda kegelisahan dalam hidup
b.Cenderung dan gemar melakukan amal ibadah
b. Berterusan melakukan maksiat
c. Sabar dan tabah dalam kehidupan
c. Mudah berputus asa dan kecewa
d.Disenangi oleh semua orang
d. Dibenci oleh masyarakat

4. Kepentingan pembangunan berasaskan keimanan
a. Menghindari sifat-sifat mazmumah
b. Pembangunan yang memberi kebaikan/keuntungan untuk semua
c. Keindahan alam sekitar terpelihara

5. Akibat pembangunan yang tidak berlandaskan keimanan
a. Melahirkan individu yang bersifat tamak/mementingkan diri sendiri
b. Berlaku pelbagai bencana alam
c. Pelbagai masalah social akan wujud dalam masyarakat.

6. Jenis-jenis sujud:
Jenis
Sebab
Perlaksanaan

Tilawah
Apabila membaca/mendengar ayat sajadah
Sekali sujud, di luar atau dalam solat

Sahwi
- Menambah /mengurangkan rukun solat secara tidak sengaja
- Meninggalkan sunat ab’ad secara sengaja atau tidak sengaja
Dua kali sujud, sebelum salam

Syukur
Apabila mendapat nikmat atau terlepas daripada bala
Sekali sujud di luar solat

7. Pengajaran ayat :
a. Umat Islam disunatkan membanyakkan selawat dan berzikir kepada Allah untuk melembutkan hati mukmin
b. Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada orang yang melazimi qiamullalil
c. Orang mukmin bersifat tawadhuk kerana mereka menyedari kekurangan diri berbanding kebesaran Allah
d. Islam menggalakkan kita mencari harta yang halal dan menginfakkan harta untuk jalan Allah

8. Catatan:
· Huruf Muqatta’ah : Huruf tunggal pada awal surah yang hanya difahami oleh Allah.

9. Soalan Pengukuhan
SPM 2008

a. Apakah yang dimaksudkan ‘tidak takbur( ) dalam ayat di atas (2m)
b. Senaraikan 4 ciri orang yang beriman(4m)
c. Qiamullail ialah bangun malam untuk melakukan ibadah. Nyatakan 2 jenis ibadah semasa qiamullail (2m)

SPM 2004
a. Nyatakan 2 ciri orang yang beriman yang terdapat dalam ayat di atas. (2m)
b. Jelaskan 2 cara berdoa seprti yang disarankan dalam ayat di atas.(4m)
c. Terangkan 2 kebaikan menghayati budaya infak dalam masyarakat (4m)




BAB 6 : KEMULIAAN AL-QUR’AN

(SURAH AL-HASYR : AYAT 21-24)

1. Keistimewaan al-Qur’an :

a. Mukjizat agung Rasulullah s.a.w
b. Kandungan al-Qur’an lengkap, merangkumi semua aspek kehidupan manusia
c. Ajarannya sesuai dilaksanakan untuk semua bangsa, tempat dan masa
d. Terpelihara daripada sebarang perubahan dan penyelewengan hingga kiamat
e. Tiada makhluk yang dapat menandingi keindahan bahasanya.
f. Membimbing manusia menuju kebahagiaan dunia dan akhirat
d. Setiap huruf yang dibaca dikira ibadah dan diberi pahala.

2. Cara menghayati al-Qur’an :
e. Istiqamah dalam membaca al-Qur’an
f. Memahami dan mengamalkan kandungan al-Qur’an dalam kehidupan seharian
g. Sentiasa mempelajari dan mendalami isi kandungan al-Qur’an
h. Membawa al-Qur’an dengan bertajwid dan bertaranum

3. Asmaul Husna berdasarkan ayat 21 - 24
a. Ar-Rahman (Maha Pemurah)
b. Ar-Rahim(Maha Pengasih)
c. Al-Malik (Maha Penguasa)
d. Al-Quddus (Maha Suci)
e. As-Salam (Maha Sejahtera)
f. Al-Mukmin (Maha Pemelihara Keamanan)
g. Al-Muhaimin (Maha Pengawas terhadap makhluknya)
h. Al-Aziz (Maha Mulia)
i. Al-Jabbar (Maha Perkasa)
j. Al-Mutakabbir (Maha Agung)
k. Al-Khaliq (Maha Pencipta)
l. Al-Bari’ (Maha Menjadikan)
m. Al-Musawwir (Maha Pembentuk)
Al-Hakim (Maha Bijaksana

4. Cara makhluk lain patuh kepada Allah
a. Pokok, batu dan haiwan sentiasa bertasbih kepada Allah dengan cara tersendiri.
b. Matahari dan bulan/ alam cakerawala patuh dengan beredar di paksinya mengikut ketentuan Allah.
c. Tumbuhan tumbuh, berbunga dab berbuah mengikut musim yang telah ditetapkan oleh Allah
d. Musim panas, tengkujuh dan sejuk berubah mengikut ketentuan Allah

5. Perbandingan antara bukit dan orang yang engkar kepada Allah SWT
a. Persamaan antara bukit dan orang engkar : Bukit kuat dan keras, sukar untuk dihancurkan. Manakala orang yang engkar juga mempunyai hati yang keras dan susah untuk menerima kebenaran serta bersikap kasar.
b. Perbezaan antara bukit dan orang yang engkar : Bukit boleh hancur musnah dengan kehebatan al-Qur’an dan kerana takutkan Allah SWT. Manakala orang yang engkar pula sombong dan tidak takut apabila dibacakan ayat Allah

6. Pengajaran ayat :
a. Allah SWT memerintahkan kita supaya mengambil iktibar daripada peringatan-peringatanNya yang terdapat dalam al-Qur’an
b. Gunung ganang yang kuat dan kukuh akan runtuh sekiranya diturunkan al-Qur’an keatasnya kerana keagungan al-Qur’an
c. Haiwan dan tumbuhan sentiasa tunduk dan bertasbih kepada Allah SWT.
d. Allah SWT Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib
e. Allah SWT memiliki nama yang agung lagi suci supaya manusia mengambil iktibar daripada nama-nama tersebut.

7. Soalan Pengukuhan
SPM 2005

Dalam ayat di atas Allah SWT membuat contoh perbandingan antara manusia dengan bukit apabila diturunkan al-Qur’an
a. Apakah yang anda faham dengan perbandingan tersebut?
b. Nyatakan empat Asmaul Husna yang terdapat dalam ayat tersebut.
c. Terangkan maksud potongan ayat berikut :

SPM 2007
a. Berdasarkan ayat di atas, senaraikan empat Asmaul Husna.
b. Terangkan dua keistimewaan al-Qur’an

SPM 2009
a. Mengapakah digambarkan gunung akan hancur apabila diturunkan al-Qur’an kepadanya? (2m)
b. Nyatakan 2 cara menghayati al-Qur’an
c. Terangkan 2 keistimewaan al-Qur’an

nota tamadun tingkatan 4

BAB 1 KHULAFAK AR-RASYIDIN

1. Pengenalan
a. Merupakan kesinambungan daripada Kerajaan Islam Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w.

b. Khalifah :
i. Orang yang memegang jawatan ketua negara Islam
ii. Gelaran ini digunakan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w sehingga Kerajaan Turki Usmaniyah
iii. Gelaran ini berakhir pada zaman Mustafa Kamal Ataturk, iaitu ketika mengisytiharkan Kerajaan Rebuplik Turki pada tahun 1923

c. Khulafak ar-Rasyidin
: Gelaran kepada empat orang Sahabat yang memegang jawatan dalam negara Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w : Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Usman b Affan, dan Saidina Ali k.w.

d. Pusat pentadbiran : Madinah

e. Memerintah selama : 29 tahun (11 – 39H)


2. Ciri-ciri Kepimpinan Khulafak ar-Rasyidin
Aspek

Huraian/Contoh

Bijaksana
Tindakan Saidina Abu Bakar memerangi golongan murtad, engkar membayar zakat dan pengikut Nabi palsu

Amanah
Khalifah tidak menggunakan harta negara demi kepentingan peribadi

Adil
-Undang-undang dilaksanakan tanpa mengira pangkat dan kedudukan
-Undang-undang berlandaskan al-Qur’an dan al-Hadis

Berani

-Berani menegakkan agama Allah
-Saidina Usman sanggup menjadi wakil dalam rundingan Perjanjian Hudaibiah

Tawadhuk
-Khalifah tidak mempunyai pengawal peribadi
-Khalifah hidup sederhana, tiada perbezaan antara khalifah dan rakyat
-Mengutamakan akhirat berbanding dunia

Bersikap Terbuka
-Rakyat berpeluang menyuarakan pandangan atau kritikan
-Khalifah menerima pendapat rakyat yang bersumberkan al-Qur’an dan al-Hadis

Tegas
-Ketegasan mendaulatkan Islam
-Memecat pegawai-pegawai yang kurang cekap
-Tidak tunduk kepada desakan pemberontak

3. Dasar Pentadbiran
a. Undang-undang berdasarkan al-Qur’an dan al-Hadis
b. Khalifah : ketua negara
c. Pemimpin : Tegakkan kebenaran dan adil
d. Keputusan khalifah : berpandukan syura dan ijtihad
e. Pemimpin dan rakyat bersama membangunkan negara
f. Pegawai/gabenor dipilih kerana kecekapan dan berwibawa
g. Khalifah tiada keistimewaan mengatasi undang-undang
h. Rakyat:wajib taat pemerintah yang taatkan Allah dan Rasul.
i. Rakyat:berhak memberikan pandangan dan teguran

4. Pembaharuan oleh Khulafak ar-Rasyidin
Aspek
Pembaharuan

Pentadbiran Wilayah

a. Menubuhkan jawatan baru :
- Ketua setiausaha
- Setiausaha
- Pegawai Pemungut Cukai
- Pegawai polis
- Pengurus Perbendaharaan

Negara
- Ketua Hakim

b. Perlantikan pegawai
- Diberi surat lantikan
- Disenaraikan tugas dan bidang

kuasa
- Harta pegawai diperiksa
terlebih dahulu
- Setiap musim haji perlu
membuat laporan
- Pegawai diberikan gaji

Penubuhan Jabatan/ad-Diwan

a. Diwan al-Jundu (Jabatan Ketenteraan)
- Mengendalikan urusan berhubung
dengan ketenteraan, iaitu :
i.mengendalikan latihan
ii.mengumpul data
iii.gaji tentera
iv.mengurus kebajikan tentera

b. Diwan al-Kharraj (Jabatan Hasil)
- memungut hasil negara
- kecekapan jabatan ini telah
membawa peningkatan
pendapatan negara

Majlis Syura

-Fungsinya telah diperluaskan, iaitu :
i.melantik khalifah dan pegawai
ii.mengeluarkan fatwa/hukum

5. Kemajuan-Kemajuan Yang Dicapai Oleh Khulafak Ar-Rasyidin:a.

a. Kemajuan Sosial
b. Kemajuan Ekonomi
c. Perluasan Kawasan

Kemajuan
Sosial


1.Penduduk
Terdiri daripada:
a. masyarakat Islam Semenanjung
Tanah Arab
b. masyarakat Islam di luar Tanah Arab
c. golongan bukan Islam yang mendapat
perlindungan /kafir zimmi

2. Penyebaran Pendidikan
a. Institusi pendidikan : masjid dan kuttab
b. Bidang ilmu: al-Qur’an, al-Hadis,
sirah,Seni Lukis dan syair-syair

3.Kebajikan
a. Khalifah mengambil berat terhadap
rakyat tanpa mengira bangsa dan agama
b. Contoh :Saidina Umar memansuhkan
cukai jizyah kepada orang tua Yahudi
kerana kemiskinannya
c. Pegawai khas untuk menyiasat
ketua/ketua wilayah supaya tidak
membebankan rakyat

4.Keadilan

a. Contohnya:
Khalifah Umar al-Khattab menarik
balik tanah milik Sahabat berdasarkan
Kanun Tanah Negara
b.Memansuhkan cukai jizyah Yahudi tua
yang miskin

Kemajuan Ekonomi
a. Sektor utama : Pertanian

Faktor :
- Negara mempunyai banyak tanah yang subur
- Khalifah Umar memperkenalkan Undang2 Tanah Negara
- Penubuhan Jabatan Hasil (Diwan al-Kharraj)
*Undang2 Tanah Negara: semua tuan tanah dikehendaki bercucuk tanam. Sekiranya terbiar lebih daripada 3 tahun, kerajaan berhak mengambil semula tanah tersebut.

b. Sumber Kewangan

Zakat-diwajibkan kepada orang Islam
Jizyah-cukai yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam/meminta perlindungan negara Islam
Ghanimah-harta rampasan perang
Al-Fai’-harat rampasan tanpa melalui perang
Usyur-cukai 10% yang dikenakan ke atas pedagang yang menggunakan pelabuhan negara islam

Perluasan Kawasan

a. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
i. Sekitar Mekah dan Madinah
ii. Khalid al-Walid-mengalahkan Hurmuz dan menawan Irag
iii. Abu Ubaidah al-Jarrah,Yazid b Abu Sufyan, Sarahil b Hasanah dan Khalid al-Walid-menawan Syria dan Palestine

b. Khalifah Umar al-Khattab
i. Pembebasan negeri2 di wilayah Iraq, Baitul Maqdis dan Mesir
ii. Bandar-bandar baru:Qastat dan Mosol

c. Khalifah Usman b Affan
i. Berkembang ke Afrika
Utara(Libya),Timur
(Turkistan dan India)
ii. Tentera Laut dibawah
pimpinan Muawiyah
menawan Pulau Cyprus

d. Khalifah Ali b Abu Talib- Perluasan kuasa terhenti kerana keadaan negara tidak aman
ekoran pembunuhan Saidina Usman b Affan

6. Kesan Positif Kepimpinan Khulafak Ar-Rasyidin
a. Corak kepimpinan : Khalifah sebagai ketua agama yang mendaulatkan Syariat Islam
b. Pemimpin : dipilih kerana berakhlak mulia dan berwawasan
c. Pertahanan: diberi keutamaan untuk memastikan negara bebas dari serangan luar
d. Ekonomi : adil bagi mewujudkan kestabilan
e. Sosial :
i. ilmu pengetahuan diberi perhatian
ii. rakyat diberi layanan yang adil
iii. kebajikan rakyat diutamakan

7. Akibat Membelakangkan Kepimpinan Khulafak Ar-Rasyidin

a. Pemilihan khalifah : secara warisan/ monarki
b. Keadaan kacau bilau(akibat pembunuhan Saidina Usman) telah mendedahkan umat Islam kepada fitnah dan peperangan sesama sendiri
c. Orang munafik mendapat peluang untuk memecahbelahkan umat Islam
d. Timbul perpecahan aliran pemikiran, seperti Ahli Sunnah wal Jamaah dan Syiah yang kekal hingga ke hari ini
Sabda Rasulullah s.a.w , mafhumnya : Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesaat dalam jihad fi sabilillah lebih baik daripada 50 kali pergi haji”
Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya : “Sesungguhnya orang-orang yang adil itu kelak di hari kiamat di sisi Allah SWT di atas mimbar daripada cahaya

8. Iktibar Pentadbiran Khulafak ar-Rasyidin :
Aspek akidah: berpandukan akidah yang benar dan bersih dari amalan khurafat dan bid’ah
Aspek Syariah:berdasarkan syariat Islam,sanggup berjihad mengorbankan nyawa dan harta demi Islam
Aspek akhlak:merealisasikan al-Qur’an melalui perbuatan dan perkataan
d. Aspek ilmu pengetahuan :ilmu diberi keutamaan dan khulafak merupakan tokoh2 dalam pelbagai bidang ilmu
Aspek Politik :keputusan berdasarkan suara ramai/syura, mementingkan perpaduan bukan kekabilahan
Ekonomi:dibangunkan dengan tujuan untuk memajukan negara dan penyebaran dakwah. Golongan miskin sentiasa mendapat perhatian pemimpin
Sistem sosial:rakyat pelbagai agama diberikan kebebasan mengamalkan agama
Penyebaran dakwah:dilakukan oleh individu atau kerajaan.


BAB 2 KERAJAAN BANI UMAIYYAH

1. Latar belakang Kerajaan Bani Umaiyyah

a. Umaiyyah sempena nama moyang pengasas. Umaiyyah : pembesar dan hartawan Quraisy yang sangat dihormati pada zaman Jahiliyyah.
b. Memerintah selama : 92 tahun (bermula 40 Hijrah – 132 Hijrah) dengan 14 orang khalifah :
i. Muawiyah bin Abu Sufyan
ii. Yazid bin Muawiyah
iii. Muawiyah bin Yazid
iv. Marwan bin al-Hakam
v. Abdul Malik bin Marwan
vi. Hisyam bin Abdul Malik
vii. Sulaiman bin Abdul Malik
viii. Umar bin Abdul Aziz
ix. Yazid bin Abdul Malik
x. Hisyam bin Abdul Malik
xi. Al-Walid bin Yazid
xii. Ibrahim bin al-Walid
xiii. Marwan bin Muhammad

c. Pusat pentadbiran : Damsyik

d. Peringkat pentadbiran Kerajaan Bani Umaiyyah :

i. Zaman Kelahiran – bermula pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan (40 H – 60 H) dan berakhir dengan pemerintahan Muawiyah bin Yazid (64 H), berpusat di Damsyik
ii. Zaman Keturunan Marwan bin al-Hakam atau zaman Kemajuan Bani Umaiyyah – bermula dengan Abdul Malik bin Marwan (65H-86H) hingga zaman kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyyah, pemerintahan Marwan bin Muhammad (127H – 132H), berpusat di Damsyik.
iii. Diasaskan oleh Abdul Rahman ad-Dakhili(137H) dan berakhir dengan pemerintahan Hisyam(399H), berpusat di Cordova Andalus(Sepanyol)

2. Pengasas Kerajaan Bani Umaiyyah
a. Pengasas : Muawiyah bin Abu Sufyan bin Harb bin Umaiyyah.
b. Menjadi gabenor Syam semasa pemerintahan Umar al-Khattab sehingga zaman Saidina Ali bin Abi Talib
c. Memeluk Islam ketika pembukaan Kota Mekah
d. Pernah menjadi juru tulis Rasulullah s.a.w

3. Sejarah Penubuhan
a. Selepas kemangkatan Saidina Usman bin Affan, Saidina Ali k.w telah dilantik menggantikannya.
b. Tindakan Saidina Ali memecat Muawiyah telah menyebabkan timbulnya penentang Muawiyah terhadap Saidina Ali.
c. Akhirnya tercetuslah Perang Siffin antara Saidina Ali dan Muawiyah yang membawa kepada Majlis Tahkim.
d. Penolakkan puak Khawarij terhadap Majlis Tahkim ini telah membawa kepada pembunuhan Saidina Ali pada tahun 14H.
e. Penduduk Kufah dan Syiah telah melantik Saidina Hasan bin Saidina Ali sebagai khalifah.
f. Saidina Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah dengan syarat :
i. Pemerintahan berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah
ii. Keluarga Rasulullah s.a.w dihormati dan dimuliakan.
iii. Khalifah selepas Muawiyah dipilih melalui Majlis Syura.

4. Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyyah Kepada Tamadun IslamAspek
Huraian

Ketenteraan

a. Ketenteraan dipengaruhi dengan corak gerakan tentera Parsi:
Qalbu al-Jaisy : pasukan teras bahagian tengah
Al-Maimanah : Sayap kanan
Al-Maisarah : Sayap kiri
Al-Muqadimah : pasukan hadapan
Saqatu al-Jaisy : barisan belakang

b. Tentera : laut dan darat.
c. Tentera darat : angkatan berkuda, berkenderaan dan pejalan kaki.
d. Tentera laut : 1700 buah kapal perang yang berpangkalan di Tunisia.
e. Pembaharuan : Khalifah Abdul Malik bin Marwan menubuhkan ‘Diwan al-Jund’ (Jabatan Ketenteraan) yang berfungsi menguruskan hal ehwal ketenteraan
f. Tokoh tentera yang terkenal :
Muhammad bin al-Qasim as-Saqafi – membuka wilayah Sind di India.
Tarik bin Ziyad – membuka Andalus(Sepanyol)
Qutaibah bin Muslim al-Bahili – membuka negeri2 ‘Ma Warak an-Nahar’
Musa bin Nusair – membuka Afrika Utara
Musalamah bin Abdul Malik – memusnahkan kubu2 Rom

g. Perbezaan ketenteraan Khulafak ar-Rasyidin dan Kerajaan Bani Umaiyyah :
Aspek


Khulafa’ ar-Rasyidin
Bani UmaiyyahCara pemilihan

Sukarela
Sukarela dan
Kerahan tenaga

Jenis
Tentera darat dan laut
Perlantikan panglima
Tiada keutamaan bangsa
Mengutamakan bangsa arab

Latihan
Ketenteraan umum
Khas untuk musim panas dan sejuk

Tujuan
i. menyebarkan dakwah
ii.mempertahankan Negara
iii.perluasan kuasa
Pendidikan

a. Faktor perkembangan pendidikan :· Galakkan khalifah, contohnya Abdul Malik bin Marwan dan Umar Abdul Aziz sendiri adalah tokoh ilmuan
· Lahirnya tokoh-tokoh ulamak
· Berlakunya perluasan bidang ilmu yang diterokai
· Wujudnya pelbagai kemudahan asas untuk pendidikan
· Perkembangan Kota Basrah sebagai pusat perkembangan ilmu.

b. Bidang ilmu yang diterokai :· Ilmu Keagamaan/ilmu naqli : tafsir, qiraat dan tauhid
· Ilmu lain/ilmu aqli : mantiq, hisab, sejarah dan geografi
· Bidang penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan membentuk disiplin ilmu yang dikenali sebagai ‘at-Tadwin’

c. Institusi pendidikan :
· Istana khalifah : khusus untuk keluarga khalifah dan pembesar Negara.
· Masjid : ilmu berkaitan perkara asas fardu ain.
· Sekolah : rendah dan menengah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas.
· Kuttab : kelas bimbingan asas untuk kanak-kanak.
· Perpustakaan : pusat penyelidikan.

d. Kesan perkembangan pendidikan terhadap tamadun eropah :· Kota Cardova telah menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah, juga Sevile, Toledo, dan Grenada
· Terdapat beberapa buah kolej dan universiti serta 70 buah perpustakaan di Andalus
· Ramai pelajar dari eropah datang belajar ke Andalus pada masa itu.
· Muncul ramai sarjana Islam dalam pelbagai bidang dan hasil-hasil karya mereka telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa

e. Tokoh ilmuan :
Bidang
Tokoh

Bahasa dan sastera Arab
Ibnu Hazim
Ibnu Zaid

Muzik
Zarib
Ibnu Farnas

Perubatan
Ibnu Sina
Ar-Razi
Ibnu az-Zahrawi

Falsafah
Ibnu Rusyd
Ibnu Bajah
Al-Farabi

Ekonomia. Sektor ekonomi yang utama : pertanian dan perdagangan

b. Usaha-usaha untuk meningkatkan ekonomi :· Dalam bidang pertanian :
i. Pembinaan saliran air untuk mengairi kawasan pertanian.
ii. Penyelidikan pertanian untuk menjamin pengeluaran pertanian yang lebih baik

· Dalam bidang perdagangan :
i. Pembinaan jalan raya dan perlabuhan
ii. Kapal perang khas untuk mengawal laut dari lanun
iii. Perusahaan kraftangan juga dipelbagaikan

c. Sumber kewangan negara:
Sumber
Huraian

Kharraj
Cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik.
Cara pembayaran :
Kharraj Masahah/Wazifah : dibayar mengikut keluasan tanah
Kharraj Muqasamah ; dibayar berdasarkan hasil tanaman
Kharraj Ihtizam/Iqtak : cukai melalui sewaan/pajakan yang diuruskan oleh tuan tanah

Jizyah
Cukai yang dikenakan kepada kafir zimmi, iaitu orang bukan Islam yang tinggal di Negara Islam atau Negara bukan Islam yang meminta perlindungan dengan Negara Islam.

Zakat
Kadar harta tertentu yang dibayar oleh orang Islam

‘Usyur
Cukai 10% daripada hasil pertanian yang dikenakan ke atas tuan-tuan tanah.

Faik
Harta rampasan tanpa melalui peperangan

Ghanimah
Harta rampasan melalui peperangan

d. Peranan Baitul Mal
Menguruskan harta orang Islam
Menguruskan harta zakat
Mengatasi kemiskinan umat Islam
Memperkembangkan harta orang Islam

5. Faktor Kegemilangan Tamadun Islam :
a. Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah
b. Penguasaan ilmu pengetahuan
c. Ekonomi yang stabil
d. Kekuatan ketenteraan
e. Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat
f. Semangat jihad yang tinggi

6. Kegemilangan Pemerintahan Umar bin Abdul Aziz

a. Biodata:· Khalifah Umaiyyah yang ke 8
· Keturunan Saidina Umar al-Khattab dari sebelah ibunya iaitu Laila Hasyim b Umar al-Khattab.
· Dianggap sebagai khulafak ar-Rasyidin yang kelima oleh sejarahwan kerana sifat, sikap dan corak pemerintahannya yang mempunyai persamaan dengan pemerintahan khulafak ar-Rasyidin.
· Khalifah yang pertama mengarahkan agar hadis Rasulullah s.a.w ditulis dan dibukukan.
· Sifat peribadinya : luhur, tawadhuk, dan menyayangi rakyat
· Keadaan ekonomi dan social sangat kukuh, rakyat hidup dalam aman.
· Sangat mengambil berat tentang pendidikan dan kebajikan rakyatnya

b. Langkah-langkah dalam penyebaran Islam:· Memecat pegawai-pegawai yang kurang cekap
· Menghapuskan cukai jizyah daripada golongan mawali
· Hukuman yang sangat adil
· Menghentikan penguasaan wilayah dan diganti dengan kerajaan Islam
· Membina masjid-masjid
· Memberi tumpuan kepada kebajikan rakyatnya.

c. Tokoh-tokoh ilmuan :
Tokoh
Bidang
· Urwah bin az-Zubair
· Zahid az-Zuhri
Hadis
· Ibnu Jarid
Tafsir dan al-Qur’an
· Hasan al-Basri
· Wasil bin Atha’
Usuluddin

7. Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyyah
a. Sikap beberapa khalifah yang mengabaikan ajaran Islam
b. Kemewahan telah melalaikan khalifah daripada melaksanakan tugas dan tanggung jawab.
c. Timbul perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat
d. Wujudnya semangat kekabilahan/ perkauman dan pilih kasih
e. Rakyat berpaling tadah dan menyokong gerakan Abasiyyah.

8. Peranan Generasi Hari Ini
.
a. Menghidupkan semula semangat jihad dengan berusaha bersungguh-sungguh menguasai pelabagi bidang ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak semasa.
b. Bersatu padu mewujudkan keamanan
c. Mempunyai semangat juang yang tinggi untuk membangunkan Negara.
d. Kembali menjadikan al-Qur’an sebagai panduan dalam segenap kehidupan.

9. Iktibar dari kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyyah
a. Setiap perkara / tindakan hendaklah dilakukan dengan mesyuarat/syura.
b. Hindari sikap perkauman kerana ia boleh meruntuhkan.
c. Pemimpin hendaklah adil dalam layanan dan tindakan.
d. Pemimpin hendaklah patuh kepada ajaran Islam
e. Kerjasama antara rakyat dan pemimpin perlu untuk memajukan Negara.