bilangan pelawat

soalan latih tubi

ibadat haji tingkatan 4

1.Upah haji sah di sisi syarak apabila:
I-tidak berihram di miqat bagi orang yang mengupah haji
II-mengambil upah bagi beberapa orang dalam satu musim haji
III-orang yang mengambil upah haji sempurna syarat mengerjakan haji
IV-orang yang mengambil upah haji telah mengerjakan haji terlebih dahulu
A. ? I dan II
B. ? I dan III
C. ? II dan IV
D. ? III dan IV

2.Berikut adalah faktor yang mengharuskan upah haji kecuali
A. ? Sakit yang tiada harapan sembuh
B. ? Sibuk dengan kerjaya
C. ? Meninggal dunia
D. ? Terlalu tua

3.Kesan ibadat haji terhadap individu ialah
A. ? boleh menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan umat Islam
B. ? dapat menghubungkan silaturrahim antara umat Islam
C. ? boleh meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.
D. ? dapat menjalankan urusan perniagaan

4.Kesan ibadat haji terhadap masyarakat ialah dapat
A. ? berkenalan sesama umat Islam
B. ? menghapuskan dosa besar
C. ? membentuk akhlak mulia
D. ? menambah pendapatan

5.Berikut adalah syarat wajib haji kecuali
A. ? Islam
B. ? baligh
C. ? berakal
D. ? mumaiyyiz

6.Manakah yang berikut tidak benar mengenai maksud berkemampuan dalam ibadat haji?
A. ? Sihat tubuh badan
B. ? Aman perjalanan pergi dan balik
C. ? Memiliki ilmu pengetahuan yang cukup
D. ? Mempunyai bekalan untuk tanggungan yang ditinggalkan

7.•Amalan ini merupakan suatu kemestian dalam ibadat haji.
•Tidak sah haji sekiranya tertinggal salah satu daripadanya
•Wajib diganti pada tahun berikutnya.

Kenyataan di atas menerangkan

A. ? makruh haji
B. ? rukun haji
C. ? wajib haji
D. ? sunat haji

8.Apakah syarat-syarat yang membolehkan ibadah saie diterima?
I-Boleh dilakukan dengan cara mendongak kepala
II-Dilakukan sebanyak tujuh kali dengan penuh yakin
III-Dimulai dari Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah
IV-Dilakukan sebelum Tawaf Rukun atau Tawaf Ifadhah
A. ? I dan II
B. ? I dan IV
C. ? II dan III
D. ? III dan IV

9.Masa bercukur bagi orang yang mengerjakan umrah ialah apabila selesai
A. ? mengerjakan saie
B. ? melakukan ihram
C. ? melakukan tawaf
D. ? melontar Jamratul Aqabah.

10.Perkara yang membezakan antara rukun haji dan umrah ialah
A. ? niat
B. ? tawaf
C. ? wukuf
D. ? bercukur

11.Jemaah haji yang tertinggal salah satu daripada perkara wajib haji perlu membayar
A. ? kifarah
B. ? fidyah
C. ? diat
D. ? dam

12.Berikut adalah bulan-bulan haji kecuali
A. ? Zulkaedah
B. ? Ramadan
C. ? Zulhijjah
D. ? Syawal

13.Berikut adalah perkara-perkara yang dilarang ketika berihram kecuali
A. ? menutup kepala bagi perempuan
B. ? memakai pakaian berjahit bagi lelaki
C. ? memakai minyak wangi pada pakaian
D. ? memakai sarung tangan bagi perempuan

14.Manakah antara berikut bukan wajib haji
A. ? Melontar Jamratul Aqabah
B. ? Bermalam di Muzdalifah
C. ? Bermalam di Mekah
D. ? Niat ihram di miqat

15.Kebaikan mengerjakan haji secara Ifrad ialah
A. ? haji dan umrah ditunaikan secara berasingan
B. ? memberi kesenangan kepada jemaah
C. ? haji dan umrah ditunaikan serentak
D. ? tidak dikenakan dam

16.Pilih jenis dam yang sesuai bagi pernyataan berikut:

Dam yang dibayar mengikut susunan dan nilaian harga.
A. ? Dam Tertib dan Takdil
B. ? Dam Tertib dan Takdir
C. ? Dam Takhyir dan Takdil
D. ? Dam Takhyir dan Takdir

17.Pilih jenis dam yang sesuai bagi kesalahan haji yang berikut:
•Melakukan Haji Tamattuk atau Haji Qiran
•Tidak melakukan Tawaf Wadak
•Tidak melakukan perkara wajib haji
A. ? Dam Tertib dan Takdil
B. ? Dam Tertib dan Takdir
C. ? Dam Takhyir dan Takdil
D. ? Dam Takhyir dan Takdir

18.Pengertian haji ialah..

A.:mengunjungi Baitullah di Mekah kerana mengerjakan ibadah tertentu, pada masa tertentu, dengan syarat tertentu.
B. mengunjungi Baitullah kerana mengerjakan ibadah tertentu pada bila-bila masa dengan mengikut syarat-syarat tertentu
C.mengerjakan haji pada bila-bila masa dengan syarat tertentu di Mekah
D.Mengunjungi Baitullah di Mekah pada bulan tertentu untuk mengerjakan umrah

19.Ibadah haji wajib ditunaikan oleh orang Islam

A. ? setiap kali dia mampu
B. ? sekali seumur hidup
C. ? seumur hidup
D. ? bila ada cukup perbelanjaan

20.Diantara hikmah mengerjakan ibadah haji kepada individu adalah seperti berikut kecuali...

A. ? membersihkan diri daripada maksiat
B. ? meningkatkan keimanan kepada Allah
C. ? menghapuskan dosa-dosa kecil
D. ? dihormati oleh masyarakat

21.Hukum melakukan upah haji ialah..

A. ? wajib
B. ? sunat
C. ? harus
D. ? Sunat Muakkad

22.sebab-sebab dibolehkan upah haji..
i. meninggal dunia
ii.terlalu sibuk dengan perniagaan
iii.tidak mempunyai keupayaan fizikal
iv.tiada sesiapa yang boleh diamanahkan untuk menjaga anak-anak

A. ? i dan ii
B. ? i dan iv
C. ? ii dan iii
D. ? i dan iii

23.Diantara hikmah upah haji..
i.memberi peluang kepada orang yang sakit dan uzur untuk menunaikan rukun Islam
ii.memberi peluang kepada orang yang sibuk untuk menunaikan ibadat.
iii. menunjukkan Islam adalah agama yang tidak membebankan umatnya
iv. memberi peluang kepada anak-anak untuk berbakti kepada ibubapanya


A. ? i dan ii
B. ? ii dan iii
C. ? i dan iii
D. ? i dan iv

24.Syarat- syarat yang mewajibkan seseorang melakukan haji..
i. Islam
ii. mumaiyiz
iii berakal.
iv. berilmu

A. ? i dan ii
B. ? i dan iii
C. ? iii dan iv
D. ? ii dan iv

25.Maksud berkuasa mengerjakan haji ialah..

A. ? cukup perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat haji
B. ? mempunyai kenderaan yang terbaik untuk mengerjakan haji
C. ? mempunyai masa yang panjang
D. ? bagi perempuan perlu ditemani 2 lelaki muhrimnya

26.Maksud tawaf ialah..

A. ? Berulang alik sebanyak 7 kali diantara Safar dan Marwah dengan niat Ibadat
B. ? melontar 7 biji anak batu di Jamrah dengan niat ibadat
C. ? mengelilingi Baitullah sebanyak 7 kali dengan niat ibadat
D. ? mengelilingi Masjidil Haram sebanyak 7 kali dengan niat ibadat

27.Jenis-jenis tawaf ialah..
i. tawaf ifadha
ii. tawaf qidam
iii. tawaf tahallul
iv. tawaf widak

A. ? i dan ii
B. ? ii dan iii
C. ? ii dan iv
D. ? i dan iv

28.Syarat-syarat tawaf..
i.dilakukan diluar Masjidilharam
ii.menjadikan Baitullah disebelah kanannya
iii.menutup aurat
iv. dimulakan pada penjuru hajarul aswad

A. ? i dan ii
B. ? ii dan iii
C. ? iii dan iv
D. ? i dan iv

29.Syarat-syarat Sai'..
i. dimulai dari Bukit Marwah dan diakhiri di Bukit Safar
ii.dilakukan sebanyak 7 kali
iii.dilakukan sebelum tawaf rukun
iv.dilakukan dengan perjalanan biasa

A. ? i dan ii
B. ? ii dan iii
C. ? iii dan iv
D. ? ii dan iv

30.Berikut hikmat wuquf di Arafah, kecuali...

A. ? mengingati semula tempat pertemuan antara Adam dan Hawa
B. ? menimbulkan keinsafan bahawa manusia adalah sama disisi Allah
C. ? membolehkan kita berhenti penat setelah jauh berjalan.
D. ? mengingatkan kita kepada perhimpunan di Padang Mahsyar

31.Maksud tertib ketika melakukan ibadah haji ialah..

A. ? melakukan ibadah haji dengan bersopan santun
B. ? melakukan ibadah haji dengan mengikut apa yang mudah bagi kita
C. ? melakukan ibadah haji mengikut susunannya
D. ? melakukan ibadah haji dengan berdisiplin

32." Amalan yang mesti dilakukan dalam ibadat haji, jika tertinggal satu daripadanya, hajinya tidak sah dan wajib Qada' "
penyataan diatas menjelaskan tentang..

A. ? wajib haji
B. ? rukun haji
C. ? sunat-sunat haji
D. ? syarat wajib haji