bilangan pelawat

Wednesday, July 21, 2010

nota tilawah al-Quran tingkatan 5

BAB 1 : LAYANAN BAIK TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM

(SURAH AT-TAUBAH : 6)
1. Hukum membaca ’Basmallah’ dan ’Isti’azah’

a. Hukum membaca ’Basmallah’ adalah sunat pada setiap awal surah, kecuali surah at-Taubah kerana surah ini diturunkan dalam kemurkaan Allah kepada orang-orang munafiq.
b. Hukum membaca ’Isti’azah’ ( ) adalah sunat muakkad setiap kali hendak memulakan bacaan al-Qur’an, sama ada di awal atau pertengahan ayat.

2. Perintah Allah Dalam Surah at-Taubah Ayat 6 :
a. Orang Islam wajib memberikan perlindungan atau bantuan kepada orang bukan Islam yang meminta bantuan.
b. Dalam tempoh tersebut, umat Islam perlu memberikan layanan yang baik dan menjelaskan tentang Islam sekiranya diminta.
c. Di samping perlindungan, mereka juga perlu ditempatkan di tempat yang aman dan selamat

3. Kepentingan Memberi Layanan Baik Kepada Orang Bukan Islam
a. Menarik perhatian mereka supaya mendekati dan memahami Islam
b. Suapaya mereka dapat melihat keindahan ajaran Islam
c. Umat Islam menjadi contoh dan teladan kepada umat lain.
d. Menjadi medium untuk menyebarkan Islam kepada mereka.

4. Strategi Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk:

a. Mengamalkan akhlak mulia/yang dianjurkan oleh Islam dalam perhubungan dan pergaulan.
b. Mewujudkan suasana yang aman dan harmoni dalam masyarakat.
c. Menggunakan teknologi modern dalam menyampaikan dakwah, contohnya media elektronik dan media cetak untuk menyempaikan mesej dakwah.
d. Mengadakan sesi perbincangan dengan baik untuk menjelaskan tentang ajaran Islam yang sebenar.

5. Islam : berasal daripada perkataan salam yang membawa maksud sejahtera, selamat, aman dan damai kerana Islam sentiasa menganjurkan perdamaian dan kebajikan kepada semua manusia.

6. Kesan Peperangan
a. Kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda
b. Kemajuan ekonomi terbantut
c. Kekuatan pertahanan negara berkurangan

7. Kebaikan Perdamaian
a. Rakyat hidup dalam keadaan selesa
b. Pembangunan negara dapat dikembangkan
c. Ekonomi negara akan kuat dan mantap
d. Pendidikan rakyat dapat diteruskan.

8. Pengajaran Ayat
a. Orang Islam wajib memberikan perlindungan kepada orang bukan Islam untuk menyampaikan ajaran Islam kepada mereka.
b. Kita wajib mengekalkan keamanan yang sedang dinikmati supaya kelestarian hidup generasi akan datang dapat diteruskan
c. Umat Islam wajib menunjukkan teladan yang baik kepada orang bukan Islam untuk membuktikan keindahan Islam.

9. Soalan Pengukuhan :
SPM 2007

a. Berdasarkan ayat di atas, apakah tujuan Islam memberi perlindungan kepada orang bukan Islam?(2m)
b. Cadangkan 2 cara memberi perlindungan kepada orang bukan Islam yang berminat ke arah Islam (4m)
c. Namakan 2 pertubuhan yang berperanan membantu orang yang baru memeluk Islam di Malaysia.(2m)
SPM 2005
a. Apakah sebab diperintahkan perlindungan tersebut.(2m)
b. Nyatakan bentuk perlindungan yang boleh diberikan.(2m)
c. Jelaskan 2 kesan positif perlindungan tersebut terhadap Islam.(4m)


BAB 2: NABI MUHAMMAD S.A.W UTUSAN ALLAH
(SURAH AT-TAUBAH AYAT 129)

1. Intisari ayat :

a. Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah.
b. Baginda amat mengambil berat tentang umatnya.
c. Baginda sangat kasih kepada orang-orang yang beriman.
d. Baginda akan meminta pertolongan daripada Allah sekiranya manusia menentang dakwah baginda.

2. Hikmah Nabi Muhammad dipilih di kalangan manusia:
a. Membuktikan bahawa syariat Islam mampu dilaksanakan oleh manusia
b. Memudahkan manusia menerima Islam
c. Memudahkan manusia mencontohi Rasulullah s.a.w
d. Memudahkan manusia berkomunikasi dengan Rasulullah s.a.w

3. Kasih Sayang Rasulullah s.a.w Terhadap Umatnya
a. Penentangan penduduk Taif terhadap Raulullah s.a.w – baginda menolak tawaran Jibril untuk memusnahkan kampung tersebut, sebaliknya baginda berdoa agar mereka diberikan hidayah oleh Allah
b. Menjelang kewafatan, baginda masih lagi berulang kali menyebut tentang umat baginda.

4. Amalan-amalan sebagai tanda mengasihi Rasulullah s.a.w:
a. Sentiasa berselawat ke atas baginda
b. Mengamalkan dan menghidupkan sunnah baginda
c. Melaksanakan segala ajaran baginda
d. Menegakkan syiar Islam di muka bumi.

5. Kelebihan Mengasihi Rasulullah s.a.w
a. Mendapat syafaat Rasulullah s.a.w
b. Mendapat petunjuk dan hidayah Allah/keberkatan
c. Kebahagiaan dunia dan akhirat

6. Tawakkal
a. Definisi : Berserah kepada Allah setelah berusaha

7. Peranan Tawakkal
a. Dapat mencapai kejayaan dan kemajuan
b. Menanam sifat sabar dan redha
c. Rajin berusaha dan bersungguh-sungguh
d. Tidak mudah berputus asa

8. Pengajaran Ayat :
a. Rasul diutuskan di kalangan manusia untuk membuktikan bahawa Islam mampu dilaksanakan oleh semua manusia
b. Kita hendaklah mengamalkan sunnah Rasulullah sebagai tanda kasihkan baginda
c. Bertawakkal adalah asas kejayaan dalam berdakwah.

9. Soalan Pengukuhan :
SPM 2009

a. Apakah maksud tawakkal?(2m)
b. Nyatakan dua cara anda mengasihi Rasulullah s.a.w (2m)
c. Terangkan 2 peranan tawakkal kepada pendakwah dalam menyampaikan ajaran Islam.(4m)

SPM 2006
a. Nyatakan 2 contoh kasih sayang Rasulullah s.a.w terhadap umatnya(2m)
b. Terangkan kepentingan tawakkal dalam berdakwah (2m)
c. Terangkan 2 sebab Allah SWT mengutus rasul dari kalangan manusia. (4m)
d. Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda mencontohi sifat kasih sayang
Rasulullah s.a.w (2m)

SPM 2004
a. Jelaskan maksud tawakkal. (2m)
b. Bagaimanakah sifat tersebut dapat membantu kejayaan dakwah Islam ?(4m)
Catatan:


BAB 3 : BATAS-BATAS PERGAULAN

(SURAH AN-NUR AYAT 30 – 31)

1. Intisari ayat :

a. Allah memerintahkan mukmin lelaki dan perempuan supaya menjaga kehormatan diri serta menutup aurat
b. Mukmin dan mukminah diperintahkan juga supaya mengelakkan diri daripada melihat perkara mungkar
c. Mukminah diharamkan mendedahkan perhiasan diri kecuali yang zahir sahaja
d. Mukmin dan mukminah yang melakukan perkara tersebut hendaklah bertaubat

2. Kewajipan Memelihara Maruah dan Kehormatan Diri

a. Umat Islam diwajibkan menjaga maruah. Cara-cara menjaga maruah diri :
i. Tidak memandang perkara-perkara yang diharamkan
ii. Memelihara diri dengan menjauhi perkara-perkara maksiat
iii. Menutup aurat

b. Kelebihan/hikmah menjaga maruah diri:
i. Dipandang mulia oleh orang lain
ii. Mengelakkan berlakunya fitnah atau gangguan yang memudharatkan.
iii. Lahir masyarakat yang bermoral dan bermaruah

c. Batasan aurat
Aurat lelaki

Antara pusat hingga ke lutut

Aurat perempuan
i. Bersama dengan
perempuan Islam /
muhrim :
Antara pusat hingga ke
lutut
ii. Bersama dengan lelaki
bukan muhrim :
Seluruh anggota badan
kecuali muka dan tapak
tangan

3. Pengajaran Ayat :
a. Wajib ke atas lelaki dan perempuan menghindari daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan
b. Kita wajib menjaga kemaluan daripada perkara-perkara yang diharamkan seperti zina, liwat, onani dan sebagainya.
c. Haram bagi perempuan melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah, contohnya berhias secara berlebihan.
d. Haram berpakaian ketat dan nipis yang boleh menampakkan bentuk badan.

4. Soalan Pengukuhan
SPM 2008

a. Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah SWT supaya mengawal pandangan mata
dan memelihara maruah? (2m)
b. Nyatakan 2 cara mengawal pandangan mata.(2m)
c. Terangkan 2 usaha untuk menjaga batas pergaulan di kalangan ahli keluarga.(4m)

SPM 2006
a. Apakah yang dimaksudkan dengan menjaga pandangan?(2m)
b. Terangkan 2 kebaikan menjaga kehormatan diri (4m)
c. Nyatakan 2 hikmah Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. (2m)
d. Bagaimanakah anda berpakaian menutup aurat menurut Islam (2m)



BAB 4 : HIDAYAH ALLAH SWT

(SURAH AN-NUR AYAT 35)

1. Pengertian Hidayah :


Cahaya petunjuk daripada Allah SWT yang membawa manusia ke jalan kebenaran dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

2. Golongan yang mendapat hidayah Allah :
a. Sentiasa bertasbih dan bertahmid kepada Allah
b. Menjalankan urusan jual beli tanpa lalai daripada mengingati Allah
c. Mendirikan solat fardu dan sunat
d. Mengeluarkan zakat yang difardukan
e. Takut kepada pembalasan Allah di hari kiamat

3. Cara memperolehi hidayah Allah:
a. Menuntut ilmu supaya dapat membezakan antara baik dan buruk serta senang untuk menghayati ajaran Islam.
b. Beramal dengan ilmu supaya dapat membentuk hamba Allah yang soleh.
c. Zikrullah dapat melembutkan hati dan mudah menerima kebenaran.

4. Halangan menerima hidayah :
a. Berterusan dalam kejahilan
b. Tidak berusaha untuk menuntut ilmu
c. Tidak beramal dengan ilmu
d. Bersikap sombong dan tidak mahu menerima kelemahan diri
e. Melakukan maksiat
f. Memakan makanan haram

5. Kepentingan hidayah Allah SWT
a. Mendorong manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran
b. Sanggup berjihad dan berjuang kerana Allah
c. Sentiasa menjadikan Islam sebagai satu cara hidup
d. Sentiasa ikhlas dalam setiap pekerjaan.

6. Ciri-ciri kemukjizatan Al-Qur’an :
a. Gaya bahasa al-Qur’an yang sangat indah sehingga melemahkan sasterawan arab yang hebat pada masa itu.
b. Al-Qur’an mengandungi pelbagai jenis ilmu, termasuk yang berkaitan dengan alam ghaib. Ini membuktikan al-Qur’an bukan karangan Rasulullah s.a.w
c. Allah SWT mencabar manusia supaya mencipta satu surah seperti al-Qur’an namun tiada siapa pun yang mampu menandingi kehebatan al-Qur’an.

7. Ilmu fardu ain dan fardu kifayah:
Fardu Kifayah

Ilmu yang wajib dipelajari bagi menyempurnakan agamanya
Contohnya :
Cara bersolat
Ilmu yang wajib dipelajari oleh sebahagian umat Islam bagi menyempurnakan hubungan sesama manusia

Contohnya :
Ilmu perubatan

8. Kepentingan ilmu kepada orang beriman :
a. Membezakan antara baik dan buruk
b. Melakukan ibadah dengan betul
c. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan
d. Memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat

9. Pengajaran ayat :
a. Hidayah Allah menerangi hati orang mukmin umpama cahaya yang menerangi alam
b. Manusia perlu berusaha bagi mendapatkan hidayah Allah
c. Menuntut ilmu adalah satu kewajipan dan salah satu cara untuk memperoleh hidayah Allah
d. Kita wajib menguasai ilmu fardu ain dan fardu kifayah untuk menjadi pakar dalam kedua-dua bidang.

10. Soalan-soalan yang berkaitan :
a. Nyatakan kepentingan hidayah kepada seseorang .
b. Implikasi tidak mendapat hidayah Allah.
c. Jelaskan hujjah yang membuktikan bahawa al-Qur’an bukan kitab rekaan Nabi Muhammad saw.
d. Bagaimanakah cara untuk memperoleh hidayah Allah melalui al-Qur’an.

11. Info :
a. Khadijah binti Khuwailid r.a : isteri Rasulullah dan orang yang pertama memeluk Islam.



BAB 5 : PERIBADI MUKMIN

(SURAH AS-SAJDAH: AYAT 15-16)

1. Ciri-ciri Orang Beriman :


a. Sentiasa sujud kepada Allah
b. Sentiasa mengingati Allah/zikrullah
c. Tidak takbur/bersifat tawadduk
d. Melazimi qiamullalil
e. Menginfakkan harta untuk jalan Allah

2. Kelebihan-kelebihan amalan:

Amalan
Kelebihan

Sujud kepada Allah
i. Jiwa akan tenang
ii. Membentuk peribadi mulia
iii. Menjauhkan godaan syaitan

Zikrullah
i. Mendorong ke arah kebaikan
ii. Ikhlas dalam beribadah
iii. Tidak mengabaikan perintahNya

Tidak takbur/ tawadhuk
i. Dikasihi oleh Allah dan orang ramai
ii. Sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah
iii.Bersedia menerima kelemahan diri

Melazimi qiamullalil
i.Sumber kekuatan rohani dan jasmani
ii.Memantapkan keimanan dan ketakwaan
iii.Melahirkan muslim berakhlak mulia

Menginfakkan harta untuk jalan Allah
i. Membantu golongan fakir miskin
ii.Membiayai program gerakan dakwah
iii.Membantu pelajar-pelajar miskin untuk menyambung pelajaran.

3. Orang yang beriman dan kufur
Kelebihan orang yang beriman
Keburukan orang yang kufur

a. Tenteram dan tenang hidup
a. Dilanda kegelisahan dalam hidup
b.Cenderung dan gemar melakukan amal ibadah
b. Berterusan melakukan maksiat
c. Sabar dan tabah dalam kehidupan
c. Mudah berputus asa dan kecewa
d.Disenangi oleh semua orang
d. Dibenci oleh masyarakat

4. Kepentingan pembangunan berasaskan keimanan
a. Menghindari sifat-sifat mazmumah
b. Pembangunan yang memberi kebaikan/keuntungan untuk semua
c. Keindahan alam sekitar terpelihara

5. Akibat pembangunan yang tidak berlandaskan keimanan
a. Melahirkan individu yang bersifat tamak/mementingkan diri sendiri
b. Berlaku pelbagai bencana alam
c. Pelbagai masalah social akan wujud dalam masyarakat.

6. Jenis-jenis sujud:
Jenis
Sebab
Perlaksanaan

Tilawah
Apabila membaca/mendengar ayat sajadah
Sekali sujud, di luar atau dalam solat

Sahwi
- Menambah /mengurangkan rukun solat secara tidak sengaja
- Meninggalkan sunat ab’ad secara sengaja atau tidak sengaja
Dua kali sujud, sebelum salam

Syukur
Apabila mendapat nikmat atau terlepas daripada bala
Sekali sujud di luar solat

7. Pengajaran ayat :
a. Umat Islam disunatkan membanyakkan selawat dan berzikir kepada Allah untuk melembutkan hati mukmin
b. Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada orang yang melazimi qiamullalil
c. Orang mukmin bersifat tawadhuk kerana mereka menyedari kekurangan diri berbanding kebesaran Allah
d. Islam menggalakkan kita mencari harta yang halal dan menginfakkan harta untuk jalan Allah

8. Catatan:
· Huruf Muqatta’ah : Huruf tunggal pada awal surah yang hanya difahami oleh Allah.

9. Soalan Pengukuhan
SPM 2008

a. Apakah yang dimaksudkan ‘tidak takbur( ) dalam ayat di atas (2m)
b. Senaraikan 4 ciri orang yang beriman(4m)
c. Qiamullail ialah bangun malam untuk melakukan ibadah. Nyatakan 2 jenis ibadah semasa qiamullail (2m)

SPM 2004
a. Nyatakan 2 ciri orang yang beriman yang terdapat dalam ayat di atas. (2m)
b. Jelaskan 2 cara berdoa seprti yang disarankan dalam ayat di atas.(4m)
c. Terangkan 2 kebaikan menghayati budaya infak dalam masyarakat (4m)




BAB 6 : KEMULIAAN AL-QUR’AN

(SURAH AL-HASYR : AYAT 21-24)

1. Keistimewaan al-Qur’an :

a. Mukjizat agung Rasulullah s.a.w
b. Kandungan al-Qur’an lengkap, merangkumi semua aspek kehidupan manusia
c. Ajarannya sesuai dilaksanakan untuk semua bangsa, tempat dan masa
d. Terpelihara daripada sebarang perubahan dan penyelewengan hingga kiamat
e. Tiada makhluk yang dapat menandingi keindahan bahasanya.
f. Membimbing manusia menuju kebahagiaan dunia dan akhirat
d. Setiap huruf yang dibaca dikira ibadah dan diberi pahala.

2. Cara menghayati al-Qur’an :
e. Istiqamah dalam membaca al-Qur’an
f. Memahami dan mengamalkan kandungan al-Qur’an dalam kehidupan seharian
g. Sentiasa mempelajari dan mendalami isi kandungan al-Qur’an
h. Membawa al-Qur’an dengan bertajwid dan bertaranum

3. Asmaul Husna berdasarkan ayat 21 - 24
a. Ar-Rahman (Maha Pemurah)
b. Ar-Rahim(Maha Pengasih)
c. Al-Malik (Maha Penguasa)
d. Al-Quddus (Maha Suci)
e. As-Salam (Maha Sejahtera)
f. Al-Mukmin (Maha Pemelihara Keamanan)
g. Al-Muhaimin (Maha Pengawas terhadap makhluknya)
h. Al-Aziz (Maha Mulia)
i. Al-Jabbar (Maha Perkasa)
j. Al-Mutakabbir (Maha Agung)
k. Al-Khaliq (Maha Pencipta)
l. Al-Bari’ (Maha Menjadikan)
m. Al-Musawwir (Maha Pembentuk)
Al-Hakim (Maha Bijaksana

4. Cara makhluk lain patuh kepada Allah
a. Pokok, batu dan haiwan sentiasa bertasbih kepada Allah dengan cara tersendiri.
b. Matahari dan bulan/ alam cakerawala patuh dengan beredar di paksinya mengikut ketentuan Allah.
c. Tumbuhan tumbuh, berbunga dab berbuah mengikut musim yang telah ditetapkan oleh Allah
d. Musim panas, tengkujuh dan sejuk berubah mengikut ketentuan Allah

5. Perbandingan antara bukit dan orang yang engkar kepada Allah SWT
a. Persamaan antara bukit dan orang engkar : Bukit kuat dan keras, sukar untuk dihancurkan. Manakala orang yang engkar juga mempunyai hati yang keras dan susah untuk menerima kebenaran serta bersikap kasar.
b. Perbezaan antara bukit dan orang yang engkar : Bukit boleh hancur musnah dengan kehebatan al-Qur’an dan kerana takutkan Allah SWT. Manakala orang yang engkar pula sombong dan tidak takut apabila dibacakan ayat Allah

6. Pengajaran ayat :
a. Allah SWT memerintahkan kita supaya mengambil iktibar daripada peringatan-peringatanNya yang terdapat dalam al-Qur’an
b. Gunung ganang yang kuat dan kukuh akan runtuh sekiranya diturunkan al-Qur’an keatasnya kerana keagungan al-Qur’an
c. Haiwan dan tumbuhan sentiasa tunduk dan bertasbih kepada Allah SWT.
d. Allah SWT Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib
e. Allah SWT memiliki nama yang agung lagi suci supaya manusia mengambil iktibar daripada nama-nama tersebut.

7. Soalan Pengukuhan
SPM 2005

Dalam ayat di atas Allah SWT membuat contoh perbandingan antara manusia dengan bukit apabila diturunkan al-Qur’an
a. Apakah yang anda faham dengan perbandingan tersebut?
b. Nyatakan empat Asmaul Husna yang terdapat dalam ayat tersebut.
c. Terangkan maksud potongan ayat berikut :

SPM 2007
a. Berdasarkan ayat di atas, senaraikan empat Asmaul Husna.
b. Terangkan dua keistimewaan al-Qur’an

SPM 2009
a. Mengapakah digambarkan gunung akan hancur apabila diturunkan al-Qur’an kepadanya? (2m)
b. Nyatakan 2 cara menghayati al-Qur’an
c. Terangkan 2 keistimewaan al-Qur’an

No comments:

Post a Comment