bilangan pelawat

Friday, July 23, 2010

nota hadis tingkatan 4

1. MAKANAN YANG BAIK

MAKSUD HADITH

Daripada Abu Hurairah R.A. meriwayatkan katanya Rasulullah bersabda : Sesungguhnya Allah itu baik Dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintahkan orang mukmin dengan apa yang diperintahkan-Nya kepada semua rasul dengan firman-Nya : Wahai sekalian rasul ! Makanlan makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh. Firman-Nya lagi : Wahai sekalian orang yang beriman makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu. Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit ( berdoa ) Wahai tuhanku ! Wahai tuhanku ! Padahal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan yang haram. Makan bagaimanakah akan aku perkenankan doanya.
~ Hadith Riwayat Muslim

TUNTUTAN PERIHATIN KEPADA MEMILIH MAKANAN , MINUMAN DAN PAKAIAN
Makanan,minuman dan pakaian merupakan sebahagian daripada keperluan hidup manusia untuk meneruskan kehidupan dan beribadah kepada Allah.

Kita perlu mengambil makanan yang mengandungi pelbagai zat iaitu karbohidrat, protein dan vitamin.


Pegambilan makanan yang seimbang membantu pertumbuhan badan dan melindungi diri dari serangan penyakit.

Makanan mestilah halal dan diperolehi melalui sumber yang halal.

Islam mewajibkan umatnya
mencari rezeki yang halal
melalui pekerjaan yang halal
dan dibenarkan oleh Islam.


HIKMAH MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HALAL DAN BAIK
Makanan dan minuman memberi kesan kepada pembinaan fizikal dan mental seseorang. Oleh itu kita perlu memilih makanan dan minuman yang berkhasiat.

Hikmah menjauhkan makanan dan minuman yang haram ialah :

HIKMAH MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HALAL DAN BAIK
HUBUNGAN MAKANAN , MINUMAN , PAKAIANDENGAN DOA DAN IBADAT

Makanan, minuman dan pakaian mempunyai kaitan yang rapat dengan doa dan ibadat kita

Doa dan ibadat kita tidak akan dimakbulkan Allah jika makanan, minuman dan pakaian kita adalah haram dan dari sumber yang haram

Setiap makanan dan minuman yang haram akan menjadi darah daging . Ia memberi kesan kepada jiwa dan akhlak kita.

Apabila makanan kita halal , maka jiwa kita akan menjadi baik dan sebaliknya jika makanan kita haram , maka hidup kita tidak akan diberkati Allah.

GUNAKANLAH PRODUK YANG HALAL

Makanan yang haram adalah makanan yang telah diharamkan dalam Islam seperti khinzir , binatang halal yang tidak disembelih, arak dan sebagainya.



RUKHSAH MAKAN DAN MINUM YANG HARAM

Umat Islam diharamkan makan makanan dan minuman yang haram namun dalam keadaan darurat umat Islam diharuskan makan dan minum yang haram.

HIKMAH RUKHSAH MAKAN DAN MINUM YANG HARAM DALAM KEADAAN DARURAT
Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga
Memberi kelonggaran ketika darurat kepada umat Islam untuk menyelamatkan nyawa.
Menunjukkan bahawa Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya.

PENGAJARAN HADITH
Umat Islam mestilah prihatin terhadap makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat.
Kita wajib menghindarkan diri daripada makanan dan minuman yang haram dan yang meragukan.
Allah tidak menerima doa hamba-Nya yang mengambil makanan dan minuman yang haram.
Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat , bersih dan kemas.


2. PERPADUAN TERAS KEMAJUAN

FAKTOR PERPECAHAN DALAM MASYARAKAT

DENGKI
Perasaan kurang senang atau gelisah melihat kelebihan yang ada pada orang lain.
Sentiasa berharap nikmat tersebut hilang daripadanya.
Rasa tidak tenang dan berusaha supaya nikmat tersebut berpindah milik kepadanya.
Sifat dengki adalah sifat tercela

MENIPU
Menipu adalah perbuatan sama ada melalui tutur kata atau tingkah laku berkaitan dengan muamalat yang dilakukan secara tidak jujur.
Contohnya pembeli menawarkan harga yang tinggi pada sesuatu barang sedangkan dia sendiri tidak mahu membelinya.
Peniaga pula menipu timbangan dengan tujuan mendapat keuntungan yang tinggi.

BENCI MEMBENCI
Benci merupakan perasaan marah yang lahir dari sifat angkuh dan sombong.
Orang yang bersikap benci sering gelisah, tidak tenteram dan marah kepada orang lain.
Mereka sanggup memfitnah, mengumpat, memulau, menghina, menyakiti dan membunuh orang lain.

BERPALING MUKA
Berpaling muka bermaksud tidak bertegur sapa dan hidup pentingkan diri sendiri.
Sifat ini lahir dari perasaan ego dan sombong.
Kesannya akan hilang keharmonian hidup bermasyarakat dan hubungan silaturrahim

JUAL BELI ATAS JUALAN ORANG LAIN
Ia bermaksud membatalkan jualan atau pembelian orang lain untuk kepentingan diri.
Perbuatan ini menimbulkan rasa marah terhadap penjual atau pembeli yang menjadi mangsanya.

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Langkah ke arah perpaduan :
Memupuk kasih sayang di antara anggota masyarakat
Mengamalkan sikap tolong menolong dan saling bekerjasama
Memelihara hak orang lain dengan menghormati maruah dan budaya mereka

4. Bertolak ansur dan
prihatin terhadap
masalah jiran dan
masyarakat

5. Mengamalkan budaya
ziarah menziarahi

6. Bersikap patriotik dan
sayangkan negara

PENGAJARAN HADIS

Semua orang Islam adalah bersaudara
Perpaduan sangat penting kepada kestabilan bangsa dan negara
Mengekalkan perpaduan adalah tanggungjawab semua rakyat
Sifat dengki mendengki dan pulau memulau akan menghancurkan ukhuwah Islamiyah

No comments:

Post a Comment