bilangan pelawat

Monday, July 19, 2010

Nota Ibadah Tingkatan 5

BAB 1 PERKAHWINAN DALAM ISLAM

1. Konsep Perkahwinan Dalam Islam:
a. Selaras dengan fitrah manusia yang memerlukan pasangan
b. Mendapatkan zuriat yang soleh
c. Memupuk sikap tanggung jawab
2. Pengertian Perkahwinan
a. Bahasa : Cantum /himpun
b. Istilah Syarak :
Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa yang membawa maksud nikah untuk menghalalkan persetubuhan lelaki dan perempuan
3. Hukum Perkahwinan :
Hukum
Keterangan
Harus
Tiada tuntutan mendesak atau tiada perkara yang mengharamkannya
Wajib
Mampu zahir dan batin,dikhuatiri terlibat dengan zina
Sunat
Mampu zahir dan batin, tidak dikhuatiri terlibat dengan zina
Makruh
Tidak mampu nafkah zahir tetapi berkeinginan berkahwin
Haram
Tidak mampu atau melakukan kezaliman kepada pasangan.
4. Hikmah Perkahwinan :
a. Menjamin Kesihatan – mengelakkan daripada penyakit kelamin
b. Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani
c. Menjalinkan silaturrahim antara kedua belah pihak
d. Memberi ketenteraman kepada suami dan isteri.
5. Asas Pembinaan Rumah Tangga untuk Menjamin Kebahagiaan :
a. Iman dan takwa
b. Kasih sayang dan kasihan belas
c. Pergaulan yang baik
6. Persediaan Sebelum Memasuki Gerbang Perkahwinan :
a. Ilmu dan akhlak
b. Fizikal dan mental
c. Ekonomi yang stabil
7. Implikasi Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam:
Implikasi
Keterangan
Diri
- Dikenakan tindakan undang-undang
- Dipandang serong
Keluarga
- Nama baik keluarga akan tercemar.
Masyarakat
- Menjadi kucar kacir kerana tidak menghormati undang-undang
8. Langkah Mengatasi Masalah Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-Undang Islam :
Langkah
Keterangan
Perhatian ibu bapa/ masyarakat
Pastikan perkahwinan mengikut undang2
Program agama
Memberikan penjelasan tentang undang-undang keluarga Islam
Tindakan undang-undang
Penguatkuasaan dan perlaksanaan kepada yang melanggar hokum syarak dan undang2
9. Kaifiyat Perkahwinan :
a. Ciri-ciri Bakal suami dan Isteri
Ciri-ciri Umum
Ciri-ciri berdasarkan Hadis Rasulullah s.a.w
-Beriman, bertaqwa, berilmu, bertimbang rasa dan bertanggungjawab
- Harta
- Keturunan
- Kecantikkan
- Agama
10. Wanita Yang Haram Dikahwini :
- Terbahagi kepada dua bahagian :
a. Haram Selama-lamanya :
Faktor
Contoh
Keturunan/Nasab
i. Ibu, nenek keatas
ii. Anak , cucu ke bawah
iii. Adik beradik seibu sebapa/ sebapa/ seibu
iv. Ibu saudara sebelah ibu/bapa keatas
v. Anak saudara dari adik beradik seibu sebapa/seibu/ sebapa ke bawah
Penyusuan/ar-Radha’ah
Syarat penyusuan:
1. Sekurang-kurangnya 5 kali kenyang
2. Bayi yang berumur 2 tahun atau kurang
i. Ibu susuan ke atas
ii. Anak susuan ke bawah
iii. Adik beradik susuan
iv. Ibu saudara/ adik beradik ibu susuan @ suami
v. Anak saudara dari adik beradik susuan ke bawah
Persemendaan / al-Musaharah
i. Ibu tiri ke atas(sama ada disetubuhi atau tidak)
ii. Menantu (anak atau cucu) ke bawah (disetubuhi atau tidak)
iii. Ibu mertua ke atas
iv. Anak tiri ke bawah apabila disetubuhi ibunya
b. Haram Sementara:
i. Perempuan yang ditalak 3
ii. Perempuan yang bersuami
iii. Masih dalam iddah
iv. Sedang hamil hasil perzinaan
v. Tidak beragama samawi
vi. Mengumpul bersama muhram dalam satu masa
vii. Perempuan kelima bagi suami yang mempunyai 4 orang isteri.
11. Merisik
a. Pengertian :
Langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang
b. Hukum melihat bakal tunangan : disunatkan melihat muka dan tangan sahaja
c. Tujuan melihat :
i. Berpuas hati dengan pilihan
ii. Mengelakkan penipuan
iii. Terjamin kebahagiaan rumah tangga
12. Meminang
a. Pengertian :
Lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri.
b. Cara/lafaz yang digunakan :
i. Soreh/jelas/berterus terang – contoh : meminang/melamar
ii. Kinayah/sindiran/kiasan – contoh menyunting
c. Hukum pemberian /hadiah :
Harus dengan syarat tidak berlaku pembaziran dan tiada unsur-unsur maksiat
d. Batas pergaulan dalam tempoh bertunang :
Mereka masih dianggap sebagai orang asing/ajnabi, diharamkan bergaul bebas dan keluar berdua-duaan tanpa ditemani muhram
13. Rukun nikah dan syarat-syarat
Bil
Rukun
Syarat
1
Bakal suami
i. Islam
ii. Lelaki
iii. Tidak beristeri empat pada satu masa
iv. Bukan dalam ihram haji/umrah
v. Bukan muhrim
2
Bakal isteri
i. Islam / ahli kitab
ii. Perempuan
iii. Bukan isteri orang
iv. Bukan dalam idah raj’ie
v. Bukan dalam ihram haji/umrah
vi. Bukan muhrim
3
Wali
i. Islam
ii. Lelaki
iii. Baligh
iv. Berakal
v. Bukan dalam ihram haji/umrah
vi. Tidak ditegah daripada membelanjakan harta
vii. Merdeka
4
Saksi
i. Islam
ii. Dua orang lelaki
iii. Baligh
iv. Adil/tidak melakukan dosa besar
v. Memahami lafaz ijab dan kabul
vi. Sejahtera pancaindera
5
Ijab dan kabul
Ijab : lafaz yang diucapkan oleh wali.
Syarat:
Dilafazkan oleh wali/wakil
Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis
Bukan bahasa sindiran
Jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan saksi
Tidak diselangi oleh diam yang lama/perkataan yang tidak berkaitan
Kabul : jawapan penerimaan yang dilafazkan oleh bakal suami
Syarat:
i. Tidak menyalahi ijab
ii. Tidak diselangi oleh diam yang lama/perkataan yang tidak berkaitan
iii. Dilafazkan oleh bakal suami/wakil
iv. Menyebut nama bakal isteri/ganti namanya
v. Tidak dengan lafaz taklik
vi. Tidak dibataskan tempoh masa.
14. Wali nikah
a. Pengertian : Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan
b. Bahagian :
i. Wali Nasab/Keturunan
ii. Wali Hakim: mereka yang diberi kuasa oleh sultan/pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keenganannya atau hilang kelayakan
c. Susunan wali
i.
Bapa
ii. Datuk
iii. Adik-beradik lelaki seibu sebapa
iv. Adik-beradik lelaki sebapa
v. Anak saudara lelaki daripada adik-beradik seibu sebapa dan ke atas
vi. Anak saudara lelaki daripada adik-beradik sebapa dan ke atas
vii. Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas
viii. Bapa saudara sebapa (sebelah bapa)
ix. Sepupu lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa dan kebawah
x. Sepupu lelaki daripada bapa saudara sebapa
xi. Wali hakim
d. Sebab-sebab perpindahan kuasa wali nasab kepada wali hakim:
i. Tiada wali nasab
ii. Wali tidak dapat dikesan/ dipastikan masih hidup/mati.
iii. Wali tinggal jauh
iv. Wali dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi
v. Wali dalam ihram haji/umrah
vi. Wali meyembunyikan diri
vii. Wali setaraf bergaduh
viii. Wali sendiri yang ingin berkahwin dengan perempuan tersebut
ix. Wali enggan
15. Saksi
a. Peranan :
i. Boleh memberi keterangan sekiranya berlaku pertikaian
ii. Menjamin pernikahan itu sah
iii. Memuliakan perkahwinan
iv. Mengelakkan fitnah
16. Mahar
a. Pengertian :
Pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang @ sesuatu yang bernilai.
b. Hukum : wajib
c. Jenis-jenis :
i. Musamma : mahar yang telah ditetapkan dan dipersetujui
ii. Misil : Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut mahar saudara perempuan isteri.
d. Kadar : bergantung pada persetujuan dan budi bicara, sebaik-baiknya yang sederhana.
e. Syarat mahar : semua barang @ manfaat yang boleh dijadikan bayaran @ upah.
f. Hikmah :
i. Melahirkan keikhlasan
ii. Sebagai persiapan suami untuk memikul tanggung jawab
iii. Mengembirakan hati isteri
iv. Memulia dan mengiktiraf wanita
17. Walimatul urus
a. Pengertian :
Kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.
b. Hukum :
Sunat muakkad mengadakannya, wajib menghadirinya tanpa keuzuran
c. Adab-adab mengadakan :
i. Sederhana, tiada pembaziran
ii. Tiada unsur-unsur maksiat /khurafat
iii. Hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam diharuskan
iv. Tiada pergaulan bebas
d. Hikmah mengadakan :
i. Melahirkan rasa kesyukuran
ii. Melahirkan kegembiraan
iii. Tanda tahniah dan selamat
iv. Mengisytiharkan kepada orang ramai
v. Mengikut ajaran dan sunah
18. Tanggung jawab suami isteri
Aspek
Tanggung jawab
Suami
i. Memberi nafkah zahir dan batin
ii. Memberi didikan
iii. Memberi layanan yang baik
Isteri
i. Mentaati suami
ii. Memelihara kehormatan diri
iii. Menjaga harta suami
iv. Memberi layanan yang baik kepada suami
v. Tinggal di rumah suami
Bersama
i. Memelihara dan mendidik anak-anak
ii. Menghubungan silatur rahim keluarga kedua-dua pihak
iii. Memenuhi keprluan masing-masing
iv. Saling menghormati dan menjaga keaiban
v. Saling menasihati
a. Kesan pengabaian tanggung jawab :
i. Persefahaman akan hilang dan pergaduhan akan tercetus.
ii. Berlaku perceraian
iii. Anak-anak menjadi mangsa keruntuhan rumah tangga – hidup terbiar dan terlibat dengan gejala yang tidak sihat
iv. Masyarakat akan kucar kacir
b. Persiapan keluarga bahagia:
i. Mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang agama dan yang berkaitan dengan kekeluargaan.
ii. Persiapan ekonomi – penyediaan keprluan asas untuk isteri dan anak-anak.
iii. Persiapan akhlak – semaikan nilai-nilai murni dalam diri suami isteri supaya menjadi contoh ikutan
19. Talak
a. Pengertian :
i. Bahasa : cerai atau melepaskan ikatan
ii. Istilah : merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak, cerai atau yang membawa makna keduanya.
b. Hukum talak:
Hukum
Huraian
Harus
hukum asal
Wajib
apabila tidak dapat melaksanakan kewajipan atau melakukan kezaliman
Sunat
isteri memiliki akhlak yang buruk
Haram
dilafazkan pada waktu haram iaitu ketika isteri sedang haid/hamil/nifas atau bertujuan untuk menganiaya
Makruh
menceraikan isteri tanpa sebab atau isteri yang solehah.
c. Rukun dan syarat talak :
Rukun
Syarat
Suami
Berakal, baligh dan kemahuan sendiri
Isteri
Isteri yang sah dan masih milik suami
Lafaz
Mempunyai maksud cerai
Terbahagi kepada dua jenis :
i. Lafaz soreh (jelas) – menggunakan perkataan talak/cerai.
Contoh : Aku ceraikan engkau
ii. Lafaz Kinayah (sindiran) – memerlukan niat suami.
Contoh: Aku bebaskan engkau
d. Hikmah talak
i.
©jah06Memberi peluang memulakan hidup baru
ii. Sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri
iii. Mengurangkan tekanan perasaan
iv. Menyedarkan tentang kepentingan menghayati Islam.
e. Jenis-jenis talak
Aspek
Jenis
Hukum
i. Talak Sunni – yang sesuai dengan peraturan syarak:
- Talak satu dan dua ketika isterinya suci dari haid /nifas dan tidak disetubuhi
ii. Talak Bid’ie – menyalahi peraturan syarak
- Talak tiga sekali gus
- Atau ketika isteri dalam haid/nifas
- Atau suci dari haid/nifas tapi telah disetubuhi
Kesan
i. Talak Raji’e – talak satu dan dua yang boleh dirujuk dalam masa iddah
ii. Talak Bain – talak yang tidak boleh dirujuk.
Terbahagi kepada dua :
a. Bain sughra – suami tidak boleh rujuk tetapi boleh nikah semula
- Contohnya : khuluk, fasakh, ila’, talak raji’e yang tamat tempoh iddah dan talak sebelum bersetubuh.
b. Bain kubra – talak tiga yang mengharamkan suami mengahwini semula isterinya kecuali selepas isteri berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan.
f. Talak taklik : talak bersyarat
i. Taklik biasa : Suami berkata kepada isteri “Jika engkau keluar rumah maka engkau tertalak dengan talak satu”
ii. Taklik khuluk : suami tidak boleh merujuk isterinya kecuali dengan akad nikah baru.
20. Rujuk
a. Pengertian
i. Bahasa : Kembali
ii. Istilah : Suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan .
- isteri yang diceraikan dengan talak satu dan dua dalam masa idah
b. Rukun dan syarat rujuk :
Rukun
Syarat
Orang yang merujuk : suami
Islam, baligh, berakal dan kemahuan sendiri
Orang yang dirujuk : isteri
Islam, telah disetubuhi, bukan perceraian fasakh/ khuluk/talak tiga, dan masih dalam tempoh iddah
Lafaz/sighah
i. Lafaz soreh/ jelas : Aku rujuk engkau
ii. Lafaz kinayah/ sindiran : Aku pegang engkau
©jah06Syarat : Menggunakan lafaz rujuk, tidak bertaklik/bersyarat, dan tidak ditentukan masa
c. Hikmah rujuk
i. Sesuai dengan fitrah manusia
ii. Memberi peluang untuk menyambung semula hubungan
iii. Dapat memperbaiki kesilapan/kelemahan
iv. Memberi ketenteraman jiwa
v. Menyatukan semula keluarga.
21. Iddah
a. Pengertian :
i. Bahasa : Tempoh pengiraan
ii. Istilah : Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.
b. Jenis dan tempoh iddah
Status isteri
Iddah
Perceraian hidup
Perceraian mati
Hamil
Melahirkan
Melahirkan
Haid
3 kali suci
4 bulan 10 hari
Tiada Haid
3 bulan
4 bulan 10 hari
Belum disetubuhi
Tiada iddah
4 bulan 10 hari
c. Sebab perbezaan tempoh jenis-jenis iddah
i. Iddah perempuan bercerai hidup :
1. 3 kali suci kerana dapat membersihkan rahim perempuan daripada benih bekas suami
2. Perempuan hamil : hingga melahirkan supaya perempuan dapat memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan dan kandungannya.
ii. Iddah perempuan bercerai mati : 4 bulan 10 hari sebagai tanda perkabungan dan kesedihan.
iii. Iddah permpuan yang belum disetubuhi : tiada iddah kerana rahimnya bersih dari pada benih suaminya.
d. Hikmah iddah
i. Memastikan tidak berlaku percampuran keturunan
ii. Memberi peluang untuk berfikir
iii. Memberi penghormatan kepada suami yang meninggal dan menjaga perasaan keluarganya
e. Hak dan status isteri semama dan selepas iddah
Hak semasa iddah
Hak selepas iddah
i. Talak satu/dua masih dalam iddah : mendapat nafkah zahir, tempat tinggal dan harta pewarisan
Tidak lagi mempunyai hubung an dengan suami.
Bebas untuk ber kahwin dengan bekas suami atau lelaki lain
ii. Talak bain : tidak berhak mendapat nafkah zahir, kecuali tempat tinggal dan harta pewarisan
iii.Kematian suami: Tempat tinggal sahaja
f. Perkara-perkara yang dilarang semasa iddah
Perkara
Iddah talak
Iddah kematian
Peminangan
Diharamkan kepada lelaki lain, sama ada secara terang/sindiran
Diharamkan kepada lelaki lain secara terang, harus secara sindiran
Keluar rumah
Tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami kecuali keperluan yang dibenarkan syarak
Tidak boleh keluar rumah kecuali keperluan yang dibenarkan syarak
Berhias diri
Dalam iddah raji’e : harus
Dalam iddah bain : sunat
Diharamkan
Perkahwinan
Diharamkan dengan lelaki lain
Diharamkan
22. Fasakh dan Khuluk
Aspek
Fasakh
Khuluk
Definisi
Bahasa: Batal
Istilah : Pembatalan ikatan perkahwinan oleh pihak kadi/mahkamah syari’ah
Bahasa:Mencabut/
tanggal
Istilah : Perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak khuluk atau bayaran tertentu
Hukum
Harus
Sebab-sebab
1.Suami tidak
memberi nafkah
zahir/batin.
2.Suami ber
penyakit yang
sukar diubati
3.Suami
melakukan
kezaliman
4.Suami hilang
/ghaib (Mazhab
Hanbali – 6 bln,
Mazhab Maliki
-1 tahun, dan
Mazhab as-
Syafi’e – 4thn)
5.Suami murtad
Atas permintaan isteri
Proses
Isteri menuntut fasakh,
Mahkamah Syari’ah menyiasat, jika sabit aduan, mahkamah akan membubarkan perkahwinan
Isteri meminta diceraikan dengan tebus talak sbyk RM 1000, suami melafazkan : Aku talakkan engkau dengan bayaran sebanyak itu.
Kesan
Tidak boleh dirujuk dalam masa edah, tetapi boleh nikah semula
Hikmah
1.Mengelakkan
kemudaratan
terhadap isteri
2.Peringatan
kepada suami
agar melaksana
-kan tanggung
jawab
3.Menyelamatkan
aqidah isteri/
anak daripada
suami murtad
1.Penghormatan
kepada isteri
2.Mengelakkan
nusyuz
3.Mengelakkan
sifat ego suami
yang suka
menyalahguna
kan kuasa
sebagai ketua
keluarga
23. Nusyuz
a. Definisi :
i. Bahasa : derhaka/ingkar
ii. Istilah : Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut syarak.
b. Hukum : haram dan malaikat melaknat isteri yang nusyuz
c. Perkara-perkara yang boleh membawa kepada nusyuz :
i. Enggan melayan suami ke tempat tidur.
ii. Keluar rumah tanpa izin
iii. Melakukan kekasaran; perkataan/perbuatan
iv. Ingkar perintah suami
v. Membenarkan lelaki lain yang tidak disukai suami memasuki rumah ketika ketiadaan suami.
d. Kesan nusyuz :
i. Hilang hak nafkah daripada suami
ii. Hilang hak giliran bermalam
e. Akibat buruk nusyuz
i. Suami : hilang pertimbangan dan akan bertindak kasar terhadap isteri.
ii. Keluarga : anak-anak hilang rasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa.
iii. Masyarakat : hubungan antara keluarga akan terjejas.
f. Adab mendidik isteri yang nusyuz
i. Memberi nasihat dengan penuh hikmah
ii. Memisahkan tempat tidur
iii. Memukul dengan tujuan mendidik.
g. Syarat-syarat memukul isteri nusyuz
i. Tidak keterlaluan hingga mencederakannya
ii. Tidak memukul dibahagian yang sensitif
iii. Memukul dengan tujuan mendidik
iv. Memukul dengan alat yang tidak membahayakan.
24. Zihar
a. Pengertian :
i. Bahasa : belakang
ii. Istilah :suami menyamakan isterinya atau mana-mana anggotanya dengan ibunya atau dengan mana-mana perempuan muhram baginya.
b. Hukum : haram dan berdosa besar
c. Rukun dan syarat zihar
Rukun
Syarat
Suami
i. Baligh
ii. Berakal
iii. Sah talak (tidak sah menziharkan isteri dalam iddah bain)
iv. Kemahuan sendiri.
Isteri
i. Isteri yang sah
ii. disandarkan kepada isterinya atau mana-mana anggotanya.
Orang yang diserupakan
i. Perempuan
ii. Muhram suami : keturunan, penyusuan dan persemendaan.
Sighah
i. Lafaz yang digunakan jelas
dan khusus - tidak
memerlukan niat. ( Lafaz
“Belakang”)
iii. Lafaz tidak jelas/khusus – ia
memerlukan niat(anggota
selain belakang)
d. Langkah-langkah mengelakkan zihar.
i. Suami hendaklah mengawal kemarahan
ii. Memahami konsep zihar
iii. Tidak mengikut sifat arab jahiliah
e. Kifarat Zihar
i. Memerdekakan seorang hamba
ii. Jika tidak mampu, suami berpuasa dua bulan berturut-turut
iii. Jika tidak mampu, memberi makan 60 orang fakir miskin dengan kadar secupak seorang(beras)
f. Akibat zihar
i. Suami mendapat kemurkaan Allah kerana mengharamkan persetubuhan yang halal
ii. Suami isteri haram melakukan persetubuhan
iii. Suami wajib membayar kifarat
iv. Zihar menjatuhkan maruah isteri.
25. Li’an
a. Pengertian :
i. Bahasa: laknat
ii. Istilah :
1. sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri atau untuk menafikan nasab.
2. sumpah isteri yang diseetakan dengan kemurkaan Allah untu menolak tuduhan zina suaminya
b. Sebab berlaku li’an
i. Suami menuduh isteri melakukan zina tanpa 4 orang saksi – akan dikenakan hukuman qazaf iaitu 80 kali sebatan. Untuk mengelakkan hukuman ini suami hendaklah berli’an.
ii. Isteri yang dituduh akan dikenakan hukuman rejam sampai mati jika mengaku salah atau menolak untuk berli’an.
c. Proses li’an
i. Suami bersumpah di hadapan hakim : Aku bersaksi dengan nama Allah bahawa tuduhan zina terhadap isteriku adalah benar (4 kali).
Sumpah yang kelima : Sesungguhnya laknat Allah akan menimpa diriku jika aku berdusta dalam membuat tuduhan zina terhadap isteriku
ii. Isteri bersumpah di hadapan hakim : aku bersaksi dengan nama Allah bahawa tuduhan zina yang dibuat oleh suamiku terhadap diriku adalah dusta (4 kali)
Sumpah yang kelima : Sesungguhnya kemurkaan Allah akan menimpa diriku jika tuduhan suamiku adalah benar.
d. Implikasi li’an
i. Suami isteri terpisah
ii. Mereka tidak boleh berkahwin selama-lamanya
iii. Suami yang membuat tuduhan terlepas dari hukuman qazaf
iv. Isteri akan dikenakan hukuman hudud zina jika tidak menolak tuduhan dengan li’an
v. Anak yang dinafikan akan ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah
vi. Isteri berhak menuntut nafkah bagi anak yang tidak dinafikan nasabnya.
e. Hikmah li’an
i. Suami dapat mencari jalan penyelesaian dengan cara adil dan diredai Allah
ii. Isteri dapat menjaga maruahnya daripada tuduhan
iii. Suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya
26. Poligami
a. Pengertian :
i. Bahasa : (Latin) banyak isteri
ii. Istilah : Lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih daripada 4 orang isteri pada satu masa.
b. Hukum : harus
c. Syarat-syarat :
i. Tidak melebihi 4 orang
ii. Boleh berlaku adil, dari aspek lahiriah, (kasih sayang tidak termasuk kerana di luar kawalan manusia.)
iii. Mampu ; jasmani dan kewangan
d. Kesan poligami yang tidak mengikut syarat:
i. Dapat kemurkaan Allah
ii. Perasaan tidak puas hati di kalangan isteri-isteri.
iii. Berlaku perbalahan/ pergaduhan
iv. Anak-anak terabai.
e. Hikmah poligami :
i. Menyambung keturunan
ii. Membela anak-anak yatim dan wanita
iii. Mengelakkan maksiat
iv. Mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
27. Kemahiran Keibubapaan.
a. Konsep Keibu bapaan
Matlamat pendidikan : membentuk anak-anak yang soleh yang boleh mendoakan ibu bapa sebagai amal jariah.
Sabda Rasulullah s.a.w , mafhumnya:
Apabila manusia mati maka terputuslah
segala amalannya melainkan tiga perkara:
Sedekah jariah (berterusan),
ilmu yang dimanfaatkan atau
anak soleh yang mendoakannya
b. Hukum melaksanakan tanggung jawab : wajib
c. Cara melaksanakan tanggung jawab :
i. Semasa Mengandung
1. Mendekatkan diri kepada Allah
2. Melakukan perintah Allah
3. Menjauhi maksiat
4. Membaca al-Qur’an
5. Menjaga akhlak
6. Membuat pemeriksaan berkala
7. Menjaga pemakanan
8. Banyakkan berehat
ii. Selepas Kelahiran :
1. Bayi baru lahir disunatkan :
· Azan dan iqamah
· Bertahnik
· Menamakan dengan nama yang baik
· Mencukur dan bersedekah
· Melakukan akikah
2. Pendidikan Islam – asas-asas keimanan : rukun iman, rukun Islam dan prinsip-prinsip syariah
3. Pendidikan Moral – akhlak dan budi luhur
4. Pendidikan Jasmani – penjagaan kesihatan, makan minum dan kebersihan diri.
5. Pendidikan intelektual – ilmu fardu ain dan kifayah
6. Pendidikan rohani – sifat-sifat positif
7. Pendidikan sosial – konsep persaudaraan, menjaga hak-hak orang lain, batasan aurat dan pergaulan.
d. Implikasi Pengabaian Tanggung jawab Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak-anak
i. Membentuk individu yang bersifat individualistik/ mementingkan diri sendiri
ii. Melahirkan individu yang lemah dan tidak mempunyai jati diri
iii. Anak-anak mudah terjebak dengan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah
iv. Terdorong untuk melakukan perlakuan jenayah.
v. Menimbulkan kebencian Allah dan masyarakat
28. Undang-undang Keluarga Islam
a. Definisi :
Undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarga Islam
- Ditadbir oleh enakmen Pentadbiran Hukum Syarak di negeri masing-masing.
b. Sejarah Penubuhan :
i. Sebelum penjajahan Inggeris - Undang-undang Islam telah diamalkan di Tanah Melayu, buktinya Hukum Qanun Melaka, yang merangkumi bidang jenayah, muamalah, keluarga, acara keterangan serta undang-undang pentadbiran dan pemerintahan.
ii. Selepas penjajahan Inggeris – aspek agama dan pentadbiran dipisahkan. Undang-undang Islam hanya digunapakai dalam aspek kekeluargaan sahaja, serta tertakluk di bawah bidang kuasa Inggeris.
iii. Tahun 1880 – Ordinan Perkahwinan Muhammad diwujudkan yang membawa kepada penubuhan Mahkamah Syariah.
iv. Tahun 40-an – kuasa pentadbiran Hal Ehwal orang Islam diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis Agama Islam Islam negeri-negeri.
v. Tahun 1989 – Pentadbiran Mahkamah Syariah dipisahkan daripada Majlis Agama Islam Negeri.
vi. 1998 – Jabatan Kehakiman Syariyyah Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menyususn semula Mahkamah Syariyyah.
c. Bidang Kuasa Mahkamah Syariah
i. Bidang Kuasa Mal
· pertunangan,perkahwinan,perceraian,pembatalan perkahwinan atau perpisahan.
· pelupusan/tuntutan harta perkara (1)
· nafkah,kesahtarafan,hadhanah.
· pembahagian /tuntutan harta pencarian.
· wasiat/pemberian ketika hampir mati seseorng Islam.
· pemberian sesama hidup
· waqaf/nazar
· menantu/membahagikan harta berwasiat / tidak berwasiat orang Islam
· perkara lain yang berkaitan dengan bidang kuasa yang diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
ii. Bidang Kuasa Jenayah
· Untuk kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum penjara 3 tahun atau denda RM5,000.00 atau sebat 6 rotan atau kedua-duanya sekali.
d. Struktur Organisasi Mahkamah Syariyyah
i. Mahkamah Rendah
ii. Mahkamah Tinggi
iii. Mahkamah Rayuan
e. Peranan Mahkamah Syariyyah:
i. Khidmat nasihat
ii. Menyelesaikan kes
iii. Memberikan maklumat perundangan kepada orang ramai
f. Info Istilah :
i. Akta : Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat
ii. Enakmen : Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri
iii. Ordinan : Rang undang-undang yang diluluskan sebelum merdeka
iv. Harta sepencarian : Harta yang diperoleh dalam masa perkahwinan suami isteri, hasil atau usaha mereka bersama.
29. Anak Amanah Allah
a. Pengertian anak angkat :
Anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya.
b. Hukum mengambil anak angkat : harus
c. Peraturan pengambilan anak angkat
i. Haram membin atau membintikan anak angkat kepada bapa angkat
ii. Batas-batas pergaulan anak angkat – dianggap sebagai ajnabi / bukan muhram
iii. Harta pusaka – anak angkat tidak boleh mempusakai harta pusaka keluarga angkat
Cara anak angkat
Memperoleh harta melalui :
§ hibah
§ hadiah
§ wasiat dengan syarat tidak melebihi 1/3 harta keluarga angkat.
§ Harta pusaka daripada keluarga kandung
d. Hikmah larangan membin/ membintikan anak angkat kepada bapa angkat
i. Mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan pertalian nasabnya.
ii. Memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandungnya.
iii. Menjaga batas pergaulan
iv. Memelihara hak wali nikah.
e. Hadhanah :
i. Pengertian:
Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumayyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.
ii. Hukum : wajib bagi anak yang belum mampu berdikari.
iii. Hak Hadhanah :
1. Ibu adalah yang lebih berhak memelihara anaknya.
2. Sekiranya ibu hilang kelayakan :
· Nenek sebelah ibu
· Bapa
· Nenek sebelah bapa
· Datuk
· Saudara perempuan seibu sebapa
· Saudara perempuan seibu
· Saudara perempuan sebapa
· Anak saudara perempuan daripada adik-beradik perempuan seibu sebapa
· Anak saudara perempuan daripada adik-beradik perempuan seibu
· Anak saudara perempuan daripada adik-beradik sebapa
· Emak saudara mebelah ibu
· Emak saudara sebelah bapa
· Waris lelaki yang boleh menerima ‘usbah’- muhram kepada kanak-kanak tersebut
iv. Syarat-syarat mendapat hadhanah:
1. Islam
2. Berakal
3. Dewasa
4. Berakhlak mulia dan memelihara kehormatan diri
v. Sebab-sebab gugur hak :
1. Berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian nasab dengan kanak-kanak tersebut.
2. Berkelakuan buruk
3. Berpindah tempat kediaman dengan tujuan menghalang bapa menziarahinya
4. Cuai atau menganiaya
5. Murtad
vi. Tempoh Hadhanah
1. Apabila telah dewasa, kerana sudah mampu berdikari
2. Mumayyiz – kanak-kanak

No comments:

Post a Comment