bilangan pelawat

Wednesday, July 21, 2010

nota adab tingkatan 4

BAB 1 AKAL CAHAYA HIDUP

1. Keperluan akal:
Membezakan antara manusia dan haiwan
Berfikir, berusaha dan mereka cipta untuk meningkatkan taraf hidup
Menjadikan manusia makhluk yang lebih istimewa.

2. Berfikir berlandaskan wahyu/syariat:
Akal manusia terbatas terutamanya tentang perkara ghaib yang dapat diketahui melalui wahyu.
Membezakan antara hak/kebenaran dan batil
Tindakan yang lebih rasional
Supaya tidak terkeluar dari Islam.

3. Adab berfikir:
a. Bersumberkan:
i Wahyu dan syariat Islam
ii Akal fikiran
iii Bukti-bukti kajian saintifik
iv Maklumat dan fakta yang benar dan tepat
v Matlamat yang jelas

4. Cara berfikir:
Mengetahui tujuan berfikir
Mengetahui cara mencapai matlamat
Mengetahui risiko yang akan berlaku
Mengetahui tujuan berfikir
Mengetahui perkara yang difikirkan
Mengetahui batas dan kemampuan akal

5. Hikmat berfikir:Memantapkan iman
Menyedari kekuasaan Allah
Dihormati dan disanjungi
Proaktif dan berdaya maju
Boleh menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkesan
Menceburi bidang baru dan bermanfaat
Menghindari perkara khurafat
Menghindari perkara negatif.


BAB 2 ADAB BERHIAS DIRI

1. Tujuan berhias diri :
Selaras dengan fitrah
Menzahirkan nikmat Allah
Mensyukuri nikmat Allah

2. Adab-adab berhias diri:
Mandi
Bersugi/menggosok gigi
Memakai bauan – sunat bagi lelaki, haram bagi perempuan ketika keluar rumah/bersama dengan bukan muhram.
Menyikat rambut
Memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan bulu ari-ari
Menghias muka
Cara berpakaian – cantik, kemas dan menutup aurat.

3. Panduan berpakaian menurut Islam :
a. Niat ikhlas kerana Allah
b. Bukan untuk berbangga
c. Menutup aurat
d. Tidak jarang
e. Tidak ketat
f. Tidak menyerupai pakaian upacara agama lain

4. Amalan-amalan berhias yang dilarang:
Emas dan sutera tulen bagi lelaki
Berpakaian berlawanan jantina
Menyambung rambut/memakai rambut palsu
Membuat tatu
Pembedahan anggota badan untuk kecantikan, juga mengubah suai anggota badan, contoh mencabut bulu kening adalah haram.
* berkuku panjang bertentangan dengan ajaran Islam

5. Hikmat berhias diri:
Disukai oleh Allah dan manusia
Menjauhkan diri daripada kehinaan
Menjaga maruah diri dan agama
Mendapat pahala kerana menzahirkan nikmat Allah.


BAB 3. ADAB MENJAGA ORANG SAKIT

1. Hukum menjaga dan menziarahi orang sakit : fardu kifayah

2. Tuntutan menjaga orang sakit :
Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud :
“Tanggung jawab seorang Muslim kepada Muslim yang lain ada lima perkara :
ii. Menjawab salam
iii. Menziarahi orang sakit
iv. Mengiringi jenazah ke tanah perkuburan
v. Memenuhi jemputan
vi. Mendoakan orang yang bersin”


3. Adab menjaga orang sakit :Aspek
Huraian

Rohani
i. Memberi peringatan bahawa sakit itu ujian Allah
ii. Menasihati agar bersabar dan tabah
iii.Mengingatkan tentang solat lima waktu
iv. Membantu menjalankan kewajipan terhadap Allah
v. Mengingatkannya agar sentiasa mengingati Allah

Emosi
i. Tutur kata dan bahasa lemah lembut
ii. Memahami keperitan/kesakitan pesakit
iii.Melayan dengan mesra
iv.Sabar mendengar rungutan dan tingkah laku pesakit

Fizikal
i. Memastikan kebersihan
ii. Menghantar ke tempat rawatan yang sesuai
iii.Mengingatkan supaya makan ubat
iv.Memberikan kerehatan yang cukup
v. Bertanya tentang keinginan/keperluan.

4. Hikmat beradab ketika menjaga orang sakit:
Mewujudkan ikatan silaturahim
Meringankan penderitaan pesakit
Memenuhi tanggung jawab
Menegakkan syiar Islam
Melahirkan sifat prihatin
Memberikan keinsafan supaya mensyukuri dan menjaga kesihatan diri


4. ADAB AMAR MAKRUF DAN NAHI
MUNKAR


1. Definisi :
Amar Makruf : Mengajak , menyuruh atau menyeru supaya melakukan kebaikan.
Nahi Munkar : Mencegah atau menghalang daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syarak.

2. Hukum : wajib

3. Sifat pendakwah :
Berilmu
Beramal dengan ilmu
Berakhlak mulia

4. Adab Amar Makruf dan Nahi Munkar
Cara berhikmah
Mauizah hasanah/nasihat yang baik
Berbincang dengan cara yang baik

5. Cara amar makruf dan nahi munkar Rasulullah s.a.w
Memilih masa dan tempat yang sesuai
Secara diplomasi
Meninggalkan perkara yang tidak memudaratkan untuk kemaslahatan yang lebih besar
Memberi hadiah kepada orang yang baru berjinak-jinak dengan Islam
Melembutkan hati dengan kata-kata, perbuatan dan muamalah yang baik
Memberi kemaafan
Menceritakan sesuatu berdasarkan kisah-kisah umat terdahulu.

6. Hikmat:
Hukum dan syariat Allah dapat ditegakkan
Menghapuskan kemungkaran dan gejala sosial
Pembangunan negara berjalan lancar
Ekonomi bertambah baik
Keselamatan terjamin
Mengangkat martabat Islam
Memelihara maruah, harta, keturunan dan hak individu dan awam.

7. Kesan/Akibat tidak melakukan amar makruf dan nahi munkar
Umat Islam akan mundur dan dipandang hina.
Kemungkaran dan gejala sosial akan berleluasa.
Negara akan mundur dan pembangunan tidak dapat dijalankan.
Mendapat bala/azab daripada Allah SWT


5. ADAB DI TEMPAT REKREASI

1. Definisi rekreasi :
Kegiatan menyeronokkam yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan

2. Kategori :

1. Aktif
2. Pasif
Def.: Aktiviti lasak yang melibatkan ketahanan fizikal dan mental
Def.: Tidak memerlukan tenaga fizikal dan pergerakan yang banyak
Contoh : mendaki, berkuda
Contoh : bersiar-siar, berkelah

3. Faedah :
Aspek
Jangka Pendek
Jangka Panjang

Fisiologi
*menguatkan stamina
*mengimbangi mental
*mengeluarkan peluh
*ketahanan daripada serangan penyakit
*memantapkan kecergasan badan
*menguatkan antibodi

Psikologi
*menenangkan fikiran
*mengurangkan tekanan perasaan
*badan lebih ceria
*otak lebih cergas
*minda lebih aktif
*cepat bertindak

Sosiologi
*semangat kerjasama
*memupuk perpaduan
*menguatkan silaturrahim
*individu aktif
*masyarakat sejahtera
*negara maju

4. Adab berekreasi :
Menutup aurat
Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan
Aktiviti yang tidak bertentangan dengan syarak
Menjaga harta awam
Mematuhi peraturan yang ditetapkan
Menjaga kebersihan
Menjaga alam semula jadi
Menghormati pengunjung lain/tidak mengganggu orang lain.

5. Ciri-ciri tempat rekreasi yang baik
Aspek
Contoh

Kemudahan Fizikal
*Musalla, tempat berwuduk
*tandas/bilik air
*tempat istirahat dan penginapan
*kawasan letak kereta, jalan raya dan telefon awam

Keselamatan
*alat pemadam api
*penguat kuasa undang-undang
*peraturan jelas dan tidak berbahaya

Keistimewaan
*pemandangan/landskap yang cantik
*kedai/gerai
*sesuai untuk semua aktiviti-lasak/ringan, perseorangan/berkumpulan, kanak-kanak/remaja dan orang dewasa
*kawasan khas bagi wanita

6. Perbuatan tidak beradab di tempat rekreasi:
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan muhram
Pendedahan aurat
Tidak menjaga kebersihan dan mencemarkan alam semula jadi.
Merosakkan harta awam/vandalisme

7. Strategi pengawalan :
Mengenakan denda yang setimpal
Penguatkuasaan undang-undang
Mengadakan rondaan secara kerap
Mengadakan kempen kesedaran, mengedarkan risalah.

8. Hikmah beradab di tempat rekreasi :
Mendapat keredaan Allah
Memupuk silaturahim antara pengunjung
Melahirkan masyarakat yang cintakan alam sekitar
Mengekalkan warisan alam untuk dinikmati generasi akan datang
Menghindar perkara mungkar
Menyelamatkan harta awam

6. ADAB MENJAGA KEMUDAHAN
AWAM


1. Definisi kemudahan awam:
Kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk kegunaan orang ramai
Contoh : telefon awam, dewan orang ramai

2. Adab menjaga kemudahan awam
Menggunakannya mengikut peraturan
Bertimbang rasa dengan pengguna lain
Melaporkan kerosakan
Gunakan mengikut keperluan tanpa pembaziran
Bertanggung jawab terhadap keselamatan kemudahan awam

3. Kepentingan/faedah kemudahan awam

Individu
*kemudahan kepada golongan kurang mampu
*menjamin kesejahteraan hidup
*membantu ketika kecemasan
*menjimatkan perbelanjaan

Masyarakat
*menjalin hubungan silaturahim
*menjalin semangat perpaduan
*memupuk sikap toleransi

Negara
*menarik pelancong
*menjimatkan peruntukan kewangan
*meningkatkan ekonomi

4. Penyalahgunaan kemudahan awam
a. Menggunakan paip bomba untuk kegunaan peribadi
b. Membuat panggilan palsu kepada pihak polis/bomba
c. Membuang sampah merata-rata
d. Menconteng papan-papan tanda

5. Tanggung jawab menjaga kemudahan awam.
a. Perbuatan merosakkan kemudahan awam adalah satu jenayah dan berdosa serta dimurkai oleh Allah.
b. Orang yang sering melakukan vandalisme disebut sebagai al-mufsidun ( )

c. Kesan vandalisme :
i Menyusahkan orang lain
ii Dibenci oleh Allah dan masyarakat sekeliling
iii Menjatuhkan imej negara
iv Kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membaik pulihnya.

6. Cara meningkatkan tanggung jawab menjaga kemudahan awam:
a. Kempen kesedaran
b. Menguatkuasakan undang-undang
c. Menerapkan pendidikan awal kepada kanak-kanak dalam menghargai kemudahan awam.


7. ADAB MENZIARAHI JENAZAH

1. Adab menziarahi jenazah
a. Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah
b. Menunaikan solat jenazah
c. Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian
d. Melahirkan perasaan dukacita kepada waris
e. Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah
f. Mengingatkan supaya bersabar atas ujian Allah
g. Mengucapkan takziah tidak melebihi 3 hari
h. Membanyakkan membaca al-Qur’an dan berdoa sebelum jenazah dikebumikan

2. Perkara yang dilarang ketika menziarahi jenazah
a. Merasa kesal , meratap/meraung
b. Membebankan keluarga jenazah dengan permintaan yang mereka tidak mampu
c. Membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah (mengumpat atau bergurau senda)
d. Tidak redha dengan taqdir Allah
# haram meratap/meraung-raung serta merobek-robekkan pakaian, kerana perbuatan ini boleh menyiksa diri mayat dalam kubur.

3. Hikmah menziarahi jenazah
d. Dapat mengeratkan silaturahim dengan keluarga jenazah
e. Mengurangkan tekanan emosi keluarga yang kehilangan ahlinya
f. Memberi keinsafan – kematian adalah sebahagian daripada qadak Allah yang perlu diterima
g. Dapat menunaikan hak sebagai seorang muslim ke atas muslim lain

8. ZIKRULLAH PENGUBAT HATI

1. Definisi berzikir :
Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan

2. Adab berzikir :
a. Menyebut lafaz zikir dengan betul dan memahami maksudnya
b. Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas
c. Zikir dengan lafaz yang terdapat dalam nas al-Qur’an atau as-Sunah
d. Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah
e. Menggunakan suara perlahan
f. Perbanyakkan zikir ketika suasana genting
g. Berzikir menggunakan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat
h. Tidak berzikir semasa qadak hajat

3. Sebab perlu beradab ketika berzikir
a. Tidak mengganggu orang lain
b. Untuk mencapai kesempurnaan ibadah
c. Selaras dengan sunah Rasulullah s.a.w
d. Supaya diterima oleh Allah SWT
e. Berdisiplin dalam beribadah

4. Hikmah beradab ketika berzikir
a. Dikasihi oleh Allah
b. Mendapat ketenangan jiwa
c. Mendidik jiwa supaya sentiasa ingatkan Allah
d. Mendapat pahala

5. Kerugian orang yang tidak berzikir
a. Terdedah kepada perkara yang dimurkai Allah kerana mudah dikuasai oleh syaitan dan sukar mengawal nafsu
b. Lupa kepada tanggung jawab terhadap agama
c. Berada dalam keadaan gelisah


9. ADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W

1. Adab dengan Rasulullah s.a.w
Bil
Adab
Huraian

a
Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.wv Bagi menunjukkan rasa kasih kepada Baginda.
v Untuk memberi ucapan selamat bagi menghormati Baginda.
v Antara adabnya : berselawat dengan suara yang sederhana tidak terlalu nyaring.

b
Tawadhuk dan bersopan santun
v Dilarang meninggikan suara ketika hayat Baginda
v Setelah wafat kita hendaklah tawadhuk dan bersopan ketika hadis Rasulullah s.a.w dibacakan

c
Menziarahi maqam Rasulullah s.a.w

v Semasa menunaikan ibadah haji atau umrah, kita disunatkan menziarahi maqam Baginda yang terletak di Masjid Nabawi di Madinah
v Maksud hadis :
“Sesiapa yang menziarahi aku selepas kewafatanku seolah-olah dia menziarahiku semasa hidupku”

d
Mengasihi para Sahabat Baginda
v Sahabat Rasulullah : Mereka yang memeluk Islam dan sempat berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w ketika hayanya walaupun seketika dan meninggal dunia dalam keadaan beragama Islam
v Mereka mendapat didikan secara langsung daripada Rasulullah
v Mereka mencintai Rasulullah melebihi cintakan diri sendiri
v Kita tidak boleh mencaci atau memandang rendah pendapat mereka.


e
Beriltizam dengan sunah Rasulullah s.a.w

v Kita dikehendaki mengikut segala sunah, sama ada perbuatan, perkataan, hukum, sikap dan pandangan Rasulullah s.a.w.
v Kita hendaklah memastikan setiap amalan kita selari dengan ajaran Islam untuk mengelakkan daripada ditolak amalan kita.

2. Tingkah laku tidak beradab dengan Rasulullah s.a.w
a. Tidak mentaati perintah Rasulullah s.a.w
b. Bercakap-cakap atau berbuat bising semasa menziarahi maqam Baginda
c. Tidak mengucapkan selawat ketika nama Baginda disebut
d. Tidak menghormati Sahabat Baginda

3. Hikmah beradab dengan Rasulullah s.a.w
a. Orang yang mengasihi Rasulullah s.a.w akan dikasihi Allah
b. Orang yang mengamalkan sunahnya akan mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan keredaan Allah di akhirat
c. Beradab kepada Rasul mendorong kita mengamalkan sunahnya.
d. Melahirkan insan beradab sesama makhluk
e. Mendapat rahmat dan keampunan Allah.

4. Kerugian orang yang tidak melakukan sunah Rasulullah s.a.w
a. Tidak berpeluang menerima syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.
b. Merosakkan iman seseorang
c. Tidak berpegang dengan sunah Rasulullah bererti tidak berpegang dengan ajaran Allah.
d. Terhapus pahala atas kebaikan yang dilakukannya.
Saidina Ali karramallahu wajhah :
“Sesiapa yang ingin cemerlang di dunia, hendaklah memiliki ilmu. Sesiapa yang mahu cemerlang di akhirat, hendaklah memiliki ilmu. Sesiapa yang angin cemerlang kedua-duanya (dunia dan akhirat) juga perlu memiliki ilmu”

No comments:

Post a Comment