bilangan pelawat

Monday, July 19, 2010

nota akidah tingkatan 4

BAB 1 PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

1. MAKSUD IMAN
- DARI SEGI BAHASA :
§ percaya
- DARI SEGI ISTILAH :
§ Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota

2. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM
- membentuk insan muslim sejati
- supaya istiqamah dalam ibadat
- melahirkan generasi berakhlak mulia



3. PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN
· SYIRIK
· MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya
· JENIS-JENIS SYIRIK :
1. Syirik Jali
- Maksud :
§ perlakuan syirik secara terang-terangan
- Contoh :
§ menyembah patung dan berhala
§ menyembah bulan atau matahari
§ mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan
- Akibat :
§ rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat

2. Syirik Khafi
- Maksud :
§ tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat
- Contoh :
§ riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),
§ ujub (mengagumi diri sendiri),
§ takbur (membangga diri)
- Akibat :
§ dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
§ sukar menerima pandangan orang lain

3. Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :
· Ia membatalkan iman seseorang
· Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
· Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik
· Mencemarkan kesucian agama Islam

4. Cara mengelak perbuatan syirik
· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas
· Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi
· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik

5. Kesan syirik
· Membatalkan iman
· Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
· Dimurkai Allah


· KUFUR
· MAKSUD :
- tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W

· JENIS-JENIS KUFUR :
1. Kufur Hakikat :
- Maksud :
§ ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah
- Contoh :
§ tidak mengakui balasan diakhirat
§ menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
§ menyatakan solat fardhu merugikan masa
§ menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi
2. Kufur Nikmat :
- Maksud :
§ mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan
- Contoh :
§ menggunakan nikmat kejalan maksiat
§ enggan mengeluarkan zakat / sedekah
§ boros membelanjakan harta

· FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :
§ pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala
§ terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan
§ kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

· KESAN PERBUATAN KUFUR ….


· RIDDAH
· MAKSUD :
- berpaling atau keluar daripada agama islam

· SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA
- Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam
- Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam
- Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam

· SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH
- lemah pegangan agama
- jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam
- terpengaruh dengan tawaran kebendaan

· AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD
- hubungan suami isteri terfasakh
- haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam
- haram dikebumikan diperkuburan Islam
- menjadi penghuni neraka selama-selamanya

· CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD
- memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
- memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
- pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum

· TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD
- menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam
- sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh

· HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD
- memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan
- mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam
- menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara

· LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD
- berpegang teguh dengan ajaran islam
- menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah
- mendalami ilmu-ilmu agama

· LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD
- memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam
- memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad
- mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad

· KESAN PERBUATAN MURTAD …


· KHURAFAT
· MAKSUD
- Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat

· CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
- mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
- mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
- membuang ancak bagi menghalau hantu
- mengunjungi kubur yang dianggap keramat

· FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM
- iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat
- terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
- ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal

· CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
- menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
- mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
- mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat

· AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT
- menyebabkan syirik dan batal iman
- membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
- menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik


· SIHIR
· MAKSUD
- ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia

· CONTOH
- menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
- mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
- pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus

· PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
- perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
- iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
- ada perasaan benci terhadap seseorang

· CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR
- mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir
- menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat
- tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut

· AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR
- merosakkan akidah dan membatalkan iman
- memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
- hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan

· HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR
- supaya akidah seseorang tetap terpelihara
- supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
- supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar

· CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR
- membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
- membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
- banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah


· NIFAK
· MAKSUD
- Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

· CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
- berdusta apabila bercakap
- khianat apabila diberi amanah
- bersikap melampaui batas apabila bertengkar
- selalu mungkir janji

· CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK
- meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
- bercakap benar apabila berbicara
- bersifat jujur dan amanah
- menunaikan janji

· AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK
- menghilangkan sikap percaya-mempercayai
- melemahkan perpaduan masyarakat
- menghancurkan kekuatan umat islam



4. CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN
· Berpegang teguh pada ajaran Allah
· Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah
· Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah

5. KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL
· Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah
· Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah
· Dilaknat dan dibenci oleh Allah
· Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah

6. PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA
ORANG FASIK
· Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah
· Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah
ORANG MUNAFIK
· Keimanan mereka berpura-pura sahaja
· Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Allah
ORANG YANG SEMPURNA IMAN
· Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayat-yat Allah
· Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan
· Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan

BAB 2 DOSA-DOSA BESAR
1. Pengertian Dosa:
Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhanNya
2. Faktor Yang Mendorong Manusia Melakukan Dosa
a. Kurang didikan agama
b. Iman kurang mantap
c. Terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
d. Ingin hidup bebas tanpa batas agama
3. Kategori Dosa
Jenis
Pengertian
Akibat
Dosa Besar
Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat
Contoh : minum arak dan berzina
- Qisas, hudud dan takzir
- Seksa neraka jika tidak bertaubat
Dosa Kecil
Kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat.
Contoh : melihat aurat, bercakap sia-sia
- Jika dilakukan berterusan boleh menjadi dosa besar
-
Dosa Besar Yang Mesti Dihindari
4. Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa
a. Hukum menghina dan menderhaka:
Haram dan berdosa besar serta akan diazab dalam neraka di akhirat kelak.
b. Jasa ibu bapa yang patut dikenang
i. Mengandung dan melahirkan
ii. Menyusu dan membesarkan
iii. Menjaga dan mendidik
iv. Memberi kasih saying
c. Cara menghormati ibu bapa
i. Sentiasa mendengar nasihat dan tunjuk ajar
ii. Bersopan apabila bercakap
iii. Memelihara kebajikan mereka
iv. Tidak melakukan perkara yang boleh menyakiti hati mereka
d. Perbuatan yang menderhaka kepada ibu bapa
i. Melawan percakapan ibu bapa
ii. Meninggikan suara apabila bercakap
iii. Tidak mendengar nasihat
iv. Melayan mereka dengan kasar
e. Tanggung jawab anak terhadap ibu bapa yang telah tua
i. Menjaga mereka dengan sebaik2nya
ii. Sabar menghadapi karenah mereka
iii. Menjaga kebajikan mereka
iv. Tidak menyerahkan tanggung jawab kepada pihak lain
f. Tanggung jawab anak terhadap ibu bapa yang telah meninggal dunia
i. Mendoakan mereka supaya mendapat keampunan dan rahmat Allah
ii. Menyelesaikan dan menyempurnakan hutang dan wasiat yang mereka tinggalkan
iii. Mengekalkan hubungan silaturrahim dengan sahabat handai mereka.
g. Akibat anak derhaka:
i. Mendapat azab di akhirat
ii. Tidak mendapat rahmat Allah
iii. Terputus rezeki daripada Allah
iv. Dibenci oleh orang sekeliling
Terhadap Individu
Terhadap Masyarakat
- Menanggung kesusahan di dunia berpanjangan
- Tidak mendapat rahmat Allah
- Dibenci oleh orang lain
- Akan mendapat azab di akhirat
2. menimbulkan pergaduhan dan permusuhan
3. wujud masyarakat yang berakhlak buruk
4. mewujudkan suasana yang tidak aman
h. Implikasi menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua:
i. Mereka mungkin akan hilang kasih sayang anak dan cucu
ii. Menimbulkan tekanan perasaan kerana merasa diri tidak diperlukan lagi.
iii. Dipandang serong oleh masyarakat kerana menyalahi cara hidup Islam
5. Menipu dan Berbohong
Pengertian : Melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan kepentingan diri sendiri atau memudaratkan orang lain
Hukum menipu dan berbohong :
Haram dan berdosa besar
Contoh :
i. Menipu: mengurangkan sukatan/timbangan, menjual barang yang rosak dan meniru dalam peperiksaan
ii. Berbohong: menyatakan barang yang dijual berkualiti tetapi sebaliknya, memalsukan fakta/maklumat
Kesan perbuatan menipu dan berbohong
Terhadap Individu
Terhadap masyarakat
- Melahirkan individu yang bersifat mementingkan diri
- Menjatuhkan maruah
- Tidak dipercayai oleh orang lain
- Hasil kerja yang tidak bermutu
- menimbulkan permusuhan dan pergaduhan
- masyarakat mundur dan ketinggalan
- tidak wujud sifat jujur dan amanah
- masyarakat bermoral rendah
6. Mencuri dan Merompak
a. Pengertian :
i. Mencuri : Mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin
ii. Merompak : Mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin.
b. Hukuman terhadap pencuri
i. Berdosa besar dan jika sabit kesalahan akan dipotong tangan.
ii. Syarat-syarat perlaksanaan hukuman potong tangan :
Aspek
Syarat
Pencuri
cukup umur dan berakal kemahuan sendiri
Niat
Untuk melakukan jenayah bukan kerana terlalu lapar atau miskin
Barang/ harta
- kepunyaan orang yang tertentu
- mencukupi nisab
- disimpan di tempat yang sewajarnya.
c. Implikasi perbuatan mencuri
Terhadap individu
Terhadap masyarakat
- dipandang hina
- tidak dipercayai
- dipulau dan disisihkan
- masyarakat tidak tenteram
- menimbulkan pergaduhan dan permusuhan
- masyarakat hidup dalam kebimbangan
d. Langkah-langkah untuk menangani perbuatan mencuri
i. Kerjasama antara ahli masyarakat-mengadakan rondaan .
ii. Memberi kesedaran tentang keburukan mencuri serta hukumannya.
iii. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat
iv. Menghayati ajaran Islam dalam kehidupan.
7. Riba
a. Definisi:
Faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang, dan pertukaran makanan yang sejenis
b. Hukum riba:
Haram dan berdosa besar serta akan menerima azab di akhirat.
c. Jenis-jenis Riba:
i. Riba al-Fadhl : pertambahan yang diperoleh melalui pertukaran barang yang sama.
ii. Riba an-Nasi’ah : pertambahan yang diperoleh melalui penangguhan tempoh bayaran.
d. Faktor berlaku perbuatan riba
i. Terpengaruh dengan kemewahan dunia
ii. Kemiskinan dan kesusahan hidup mendorong seseorang itu terlibat dengan riba.
iii. Tamak dan ingin mengaut keuntungan semata-mata.
e. Langkah menangani perbuatan riba
i. Melaksanakan system ekonomi Islam yang berlandaskan Islam
ii. Memberi penjelasan kepada masyarakat tentang kesan buruk amalan riba dan kebaikan system ekonomi Islam
iii. Menghapuskan sistem lama dan menggantikan dengan sistem Islam
f. Hikmat pengharaman perbuatan riba
i. Membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
ii. Mewujudkan kestabilan ekonomi masyarakat
iii. Menggalakkan semangat tolong menolong sesama manusia
iv. Mengecilkan jurang kehidupan antara golongan kaya dan miskin
v. Mencegah sifat mementingkan diri sendiri
8. Makan Harta Anak Yatim
a. Anak yatim : Kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh
b. Harta anak yatim : diperoleh melalui pusaka, wasiat dan hadiah
c. Hukum: haram dan berdosa besar
d. Sebab-sebab dilarang memakan harta anak yatim :
i. Anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
ii. Mengelakkan anak yatim hidup terbiar dan melarat
iii. Mengelakkan berlaku pergaduhan dan terputus silaturrahim
iv. Mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta pusaka.
9. Lari Daripada Medan Perang
a. Perang jihad : Peperangan antara orang Islam dengan orang kafir bagi mempertahankan kesucian Islam.
b. Hukum : wajib kepada rakyat yang baligh dan berakal serta berkeupayaan menyertai jihad jika kesucian Islam telah dicabuli atau dihina dan pemimpin telah mengishtiharkan perang.
c. Hukum lari dari medan perang : haram dan berdosa besar serta dilaknat oleh Allah.
d. Faktor lari dari medan perang :
i. Takut berhadapan dengan risiko dalam peperangan serti tercedera,terkorban atau cacat.
ii. Tidak yakin dengan pertolongan Allah.
iii. Mencintai dunia melebihi cinta akhirat.
e. Implikasi lari dari medan perang :
i. Dipandang hina
ii. Umat Islam akan ditindas
iii. Memberi peluang kepada musuh Islam menghancurkan Islam
iv. Merendahkan martabat agama dan umat Islam
10. Mengumpat dan Memfitnah
a. Definisi:
Mengumpat
Memfitnah
mengata atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan di hadapannya.
melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti.
b. Hukum mengumpat dan memfitnah ; haram dan berdosa besar.
c. Sebab mengumpat dan memfitnah :
i. Ingin melihat orang lain menderita
ii. Takut persaingan hidup
iii. Iri hati atau hasad dengki terhadap kelebihan orang lain
iv. Suka bermegah dan merasa bangga dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri.
d. Akibat mengumpat dan memfitnah :
i. Berlaku permusuhan dan pergaduhan
ii. Masyarakat Islam akan ketinggalan dan mundur
iii. Putus silaturrahim dan menghalang perpaduan
iv. Akan dipinggirkan atau dipulaukan oleh orang sekeliling.
e. Cara mengatasi perbuatan mengumpat dan memfitnah :
i. Reda dengan ketentuan Allah.
ii. Menyemai sifat kasih sayang sesama manusia
iii. Meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan amalan soleh
iv. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
f. Cara untuk mengelakkan daripada perbuatan mengumpat dan memfitnah:
i. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
ii. Jangan percaya dengan berita-berita yang belum tentu kesahihannya
iii. Tidak menyebarkan berita-berita yang tidak benar kepada orang lain.
iv. Jangan mendengar berita tentang keburukan orang lain.
Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat
11. Minum Arak dan Menagih Dadah
a. Definisi :
Arak
Dadah
minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam
sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir
b. Hukuman bagi peminum arak:
i. Jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman sebat 40 kali sebatan.
ii. Syarat-syarat dikenakan hukuman:
1. peminum arak sempurna akal
2. dilakukan dengan kemahuan sendiri
3. peminum mengetahui bahawa apa yang diminum adalah arak.
c. Akibat minum arak dan penagihan dadah:
Terhadap individu
Terhadap masyarakat
- membazir harta, masa dan tenaga
- menjatuhkan maruah diri dan keluarga
- lalai daripada mengingati dan menunaikan perintah Allah
- mendorong kepada kegiatan jenayah lain dan maksiat.
- menjadi mundur kerana tidak mempunyai daya maju
- tidak tenteram kerana berlaku pergaduhan dan perkelahian
- banyak wang negara dihabiskan untuk menyediakan pusat pemulihan
d. Hikmah pengharaman meminum arak dan penagihan dadah
i. Memelihara kewarasan akal fikiran
ii. Mengelakkan kesihatan fizikal dan mental
iii. Mengelakkan penyakit yang berbahaya
iv. Membendung kegiatan jenayah social dalam masyarakat.
v. Menjamin keharmonian keluarga dan masyarakat.
e. Langkah pencegahan :
Meminum arak
Menagih dadah
- kempen dan penerangan secara meluas
- mengamalkan cara hidup sihat dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan
- mengenakan cukai yang tinggi terhadap minuman keras.
- Melaksanakan undang-undang Islam terhadap peminum arak.
- sikap mengambil berat/prihatin terhadap ahli keluarga dan masyarakat
- Tindakan yang tegas terhadap penagih dan pengedar
- Memberikan didikan agama yang secukupnya kepada masyarakat.
- Kerjasama dengan pihak polis atau antinarkotik
12. Zina, Liwat dan Musahaqah
a. Definisi :
Zina
persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah.
Liwat
Hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki (homoseks)
Musahaqah
Hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan (lesbian)
b. Hukum dan hukuman :
Zina
Jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hudud:
Penzina Muhsan/ yang telah berkahwin
Penzina Ghairu Muhsan /belum pernah berkahwin
Direjam sampai mati
Sebat 100 sebatan
Syarat-syarat perlaksanaan hukuman :
- Yakin melakukan zina
- Disaksikan 4 lelaki yang adil
- Keempat-empat saksi melihat perbuatan zina
Liwat
Jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman takzir: dipisahkan pasangan tersebut dan ditahan dalam rumah sehingga bertaubat atau meninggal dunia
Musahaqah
c. Faktor berlaku :
Zina
Liwat dan Musahaqah
- Kurang didikan agama
- Iman kurang mantap
- Terpengaruh dengan bahan bacaan/tontonan yang berunsur lucah
- Pergaulan bebas
- Kurang didikan agama
- Iman kurang mantap
- Terpengaruh dengan budaya barat/liar
- Tidak sanggup memikul tanggung jawab suami isteri
13. Menuduh Zina (Qazaf)
a. Definisi : menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa empat orang saksi lelaki yang adil.
b. Hukuman bagi penuduh : 80 kali sebatan dan segala penyaksian mereka tidak boleh diterima selama-lamanya kecuali setelah benar-benar bertaubat
c. Syarat-syarat perlaksanaan hukuman:
Pihak Yang Menuduh
i. berakal
ii. cukup umur
iii. kemahuan sendiri
Pihak Yang Kena Tuduh
i. berakal
ii. cukup umur
iii. Islam
iv. merdeka
v. belum pernah
berzina dan sentiasa
menjauhi zina
14. Membunuh Diri
a. Definisi : Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri.
b. Hukum : haram dan berdosa besar
c. Faktor berlaku perbuatan membunuh diri ;
i. Putus asa dengan rahmat Allah
ii. Tidak menyakini kehidupan hari akhirat
iii. Menganggap dengan membunuh diri menamatkan penderitaan
iv. Tidak sanggup menghadapi kegagalan atau penderitaan.
d. Cara mengatasi :
i. Hendaklah yakin dengan rahmat Allah
ii. Berusaha memajukan diri dengan mengikut lunas-lunas yang betul
iii. Mengatur strategi hidup berpandukan al-Qur’an, as-Sunnah dan akal yang waras.
iv. Mengingati bahawa dunia adalah tempat sementara dan yang kekal adalah kehidupan akhirat
e. Membunuh diri adalah satu pencabulan hak Allah, kerana :
i. Penetapan ajal maut adalah hak Allah. Oleh itu jika membunuh diri kita seolah-olah kita membuat penetapan sendiri ajal maut.
ii. Mengambil nyawa adalah hak Allah. Jika kita membunuh diri kita telah mengambil alih

BAB 3 TUNTUTAN TAUBAT
1. PENGERTIAN TAUBAT : · Kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangannya 2. HUKUM TAUBAT : · Wajib dilakukan bagi mereka yang telah melakukan dosa 3. SEBAB MANUSIA PERLU BERTAUBAT : · Telah melakukan dosa kecil atau dosa besar · Supaya setiap amalan diterima oleh Allah dengan mudah · Supaya manusia tidak bongkak dengan kekuasaan dan keagungan Allah 4. SEBAB ALLAH MENERIMA TAUBAT HAMBANYA · Allah maha penyayang dengan mengampunkan dosa hambanya · Supaya hambanya bersih daripada dosa dan memperoleh balasan syurga d akhirat · Orang yang bertaubat akan berasa benci dengan dosa yang dilakukan · Supaya seseorang itu sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan 5. SYARAT-SYARAT TAUBAT : · Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan · Berhenti melakukan maksiat denga segera · Berazam tidak akan mengulangi lagi · Berterus terang memohon maaf jika berkaitan dengan hak orang lain 6. HIKMAH TAUBAT : · Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali kejalan Allah · Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat · Mendapat keampunan serta petunjuk Allah · Sebagai satu cara mendekatkan diri kepada Allah 7. SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP MASA TAUBAT : · Bertaubat hanya jika sudah tua · Mempersendakan taubat dengan mengulangi taubat jika melakukan dosa yang sama pada masa yang lain · Melaksanakan taubat jika benar-benar sudah bersedia. LAFAZ TAUBAT : أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمْ الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمْ وَأَتُوْبُ إِلَيْهْ

1 comment:

  1. Bagus dan bermanfaat artikelnya Gan, semoga dapat membuka wawasan dan kesadaran saudara kita
    Gan sy minta ijin share info cara mendapatkan uang dari internet, klik disini ya Gan https://bit.ly//2wMECYG
    caranya tinggal Register dan open user area untuk log in, start making money

    ReplyDelete